Wartawan Malaysiakini ‘Kaki Pau’ B Nantha Kumar dibebaskan petang semaam selepas empat hari ditahan reman oleh SPRM.
Nantha Kumar ditahan atas dakwaan meminta rasuah RM100 ribu Jumaat lalu keluar dari ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam tiga petang.
Hadir bersama rakan subahatnya Editor Eksekutif Malaysiakini, RK Anand. Anand membayar jaminan RM10,000 untuknya.
Minta rasuah RM100 ribu
Padah meminta rasuah RM100ribu namun diberi RM20,000 daripada syarikat ejen dengan pekerja asing, sebagai pertukaran untuk memadam dua artikel yang mendedahkan kartel tersebut dan artikel akan datang.
Malaysiakini melaporkan Nantha Kumar menjadi wartawan sejak 2018 dan telah menulis secara meluas tentang sindiket imigresen, termasuk yang melibatkan Jabatan Imigresen terutama isu ‘Datuk Bangla’ Datuk Aminul Islam pengasas Bestinet.
Tiada isu dari segi penulisan atau apa saja yang didedahkan Malaysiakini namun rasuah tetap rasuah. Meminta rasuah tetap salah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata, wartawan itu dibebaskan selepas tempoh remannya tamat.
“Beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM dan siasatan masih diteruskan,” katanya sambil menambah pihaknya akan memanggil beberapa individu lain bagi membantu melengkapkan siasatan.
Azam berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Penahanan Nantha dibuat berhubung dakwaan kes rasuah dan bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya, serta disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Malaysiakini tidak wajar membela perasuah
Sering melapor dan menulis mengenai rasuah namun Malaysiakini dimalukan oleh wartawan sendiri kerana meminta rasuah.
Hakikatnya kredibiliti Malaysiakini tercalar teruk.
Malaysiakini wajib menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengetahui fakta sebenar.
Maklumat yang diperolehi daripada SPRM tangkapan SPRM secara ‘trap’ biasanya dilengkapi rakaman video dan bergambar. Sukar Malaysiakini untuk menafikan bukti-bukti itu. Ia perangkap membuktikan rasuah berlaku.Nantha hanya terlupa ‘Jerat tidak pernah melupakan pelanduk’
Perkhidmatan Nantha yang cemerlang di Malaysiakini tidak boleh menutup isu moral kakitangannya sendiri. Malaysiakini tidak boleh acah-acah ‘kurang faham mengapa terjadi kepada Nantha Kumar. Ini semua mengenai wang, rasuah dan kesempatan.
Jika Malaysiakini berpegang teguh pada komitmen terhadap integriti kewartawanan, ketelusan, dan pelaporan beretika sejak sejak penubuhan, mereka tiada pilihan selain menggantung tugas Nantha Kumar. Bayangkan laporan yang akan beliau tulis selepas ini mesti dengan anggapan meminta rasuah daripada mangsa.
Selain SPRM, Malaysiakini perlu menyiasat B.Nantha Kumar secara menyeluruh dan tegas. Beliau memalukan dunia kewartawanan.
Hakikat yang jelas Nantha sedang mengambil kesempatan demi wang bukan isu menutup mulutnya atau menjejaskan reputasi Malaysiakini tetapi sikap sebenar wartawan Malaysiakini.
Isu ejen pekerja asing bukan hanya sekadar apa yang didedah Malaysiakini ada banyak lagi yang melaporkannya. Maka tiada isu dari segi melindungi pemberi maklumat.