Abd Halim Aman, Ketua Pesuruhjaya Baharu Digesa Singkir Pegawai ‘Budak Azam Baki’ Sebelum Rosakkan SPRM!

KUALA LUMPUR — Tamat sudah satu era paling kontroversi dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia apabila Tan Sri Azam Baki menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei 2026. Kekosongan itu kini diisi oleh Dato’ Sri Abdul Halim Aman, seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi yang dilihat membawa imej lebih profesional dan bersih ke dalam agensi antirasuah negara itu.

Azam Baki mungkin dinamakan sebagai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM paling kaya di negara ini.

Pemergian Azam Baki tidak bermakna segala kontroversi yang membelenggu SPRM selama ini akan lenyap begitu sahaja. Malah, ramai melihat cabaran sebenar kini baru bermula apabila Abdul Halim Aman perlu berdepan dengan “warisan dalaman” yang dikatakan masih kuat berakar dalam organisasi tersebut.

Sepanjang tempoh kepimpinan Azam Baki, SPRM sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk dakwaan penglibatan pegawai tertentu dalam rangkaian mafia korporat, konflik kepentingan dan campur tangan dalam perebutan syarikat senarai awam. Antara nama yang sering dikaitkan dalam pelbagai laporan dan dakwaan ialah Victor Chin Boon Long dan Dato’ Fam Chee Way ketua “Ali Baba” korporat dan jaringan pemegang saham dalam Velocity Capital Partner Bhd.

Walaupun pelbagai laporan polis dan aduan telah dibuat sebelum ini, SPRM secara konsisten menafikan bahawa pegawainya terlibat dengan mana-mana sindiket mafia korporat. Namun persepsi awam terhadap integriti institusi itu semakin tercalar selepas timbul semula isu pemilikan saham membabitkan Azam Baki yang didakwa mencecah nilai sekitar RM14 juta — satu angka yang mencetuskan persoalan besar memandangkan beliau merupakan seorang penjawat awam.

Lebih mengejutkan, siasatan yang dikatakan dijalankan terhadap kontroversi pemilikan saham tersebut tidak pernah diumumkan hasil akhirnya kepada rakyat sehingga hari ini. Ketiadaan penjelasan menyeluruh menyebabkan ramai mempersoalkan sama ada wujud “tangan ghaib” dalam sistem yang melindungi kelompok tertentu di dalam SPRM sendiri.

Kini, perhatian tertumpu sepenuhnya kepada Abdul Halim Aman. Ramai melihat beliau bukan sekadar perlu menjadi Ketua Pesuruhjaya baharu, tetapi juga simbol kepada usaha pemulihan integriti SPRM yang semakin terhakis akibat pelbagai kontroversi sebelum ini. Tugas beliau bukan kecil — malah mungkin paling sukar dalam sejarah agensi itu.

Antara cabaran terbesar yang dijangka dihadapi ialah kewujudan kelompok pegawai lama yang didakwa terlalu kuat pengaruhnya di dalam organisasi. Dalam kalangan pemerhati dalaman, kelompok ini mula digelar sebagai “vipernes” — istilah yang merujuk kepada ular berbisa yang bergerak secara senyap tetapi berbahaya dalam struktur kuasa SPRM.

Golongan “vipernes” ini dikatakan terdiri daripada pegawai-pegawai yang mempunyai jaringan kuat, akses kepada fail-fail sensitif, hubungan politik serta pengaruh besar dalam operasi tertentu sepanjang era Azam Baki. Mereka dipercayai mampu mempengaruhi siasatan, pergerakan pegawai, malah hala tuju dalaman organisasi jika tidak dikawal dengan tegas oleh kepimpinan baharu.

Persoalan utama kini ialah: mampukah Abdul Halim Aman melakukan rombakan menyeluruh terhadap SPRM? Atau beliau akhirnya akan terperangkap dalam sistem lama yang sudah terlalu lama dikuasai oleh kelompok tertentu?

Jika benar kerajaan serius mahu memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPRM, maka reformasi kosmetik semata-mata tidak lagi mencukupi. Apa yang diperlukan ialah pembersihan dalaman secara total — termasuk penstrukturan semula pegawai kanan, audit integriti dalaman, serta penyiasatan bebas terhadap semua dakwaan lama yang masih menghantui agensi tersebut.

Era Azam Baki mungkin sudah berakhir. Tetapi bayang-bayangnya dipercayai masih panjang di dalam SPRM. Kini seluruh negara sedang memerhati sama ada Abdul Halim Aman benar-benar mampu mematahkan pengaruh “vipernes” dan mengembalikan semula maruah institusi antirasuah paling penting negara.

SIAPA ‘BUDAK’ TAN SRI AZAM BAKI?

1. Datuk Azmi Kamaruzaman atau “Tok Mi”

Antara pegawai paling kanan dan paling dipercayai dalam era kepimpinan Azam Baki ialah Datuk Azmi Kamaruzaman atau lebih dikenali dalam kalangan dalaman SPRM sebagai “Tok Mi”. Beliau dipilih sendiri oleh Azam Baki untuk menduduki jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya dan dianggap sebagai antara individu paling berpengaruh dalam struktur kuasa dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam kalangan pegawai kanan SPRM, Tok Mi bukan sekadar dilihat sebagai orang kanan Azam Baki, malah sering disebut-sebut sebagai calon pilihan utama untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum kerajaan akhirnya memutuskan melantik Dato’ Sri Abdul Halim Aman. Kedudukan beliau yang terlalu rapat dengan Azam menyebabkan ramai melihat Tok Mi sebagai simbol kesinambungan struktur lama dalam SPRM.

Namun dengan persaraan beliau yang dijangka berlaku tahun depan, timbul pandangan bahawa Abdul Halim Aman perlu mula menyusun semula pengaruh Tok Mi lebih awal bagi mengelakkan blok lama terus menguasai struktur operasi dan pentadbiran agensi tersebut.

Dalam masa sama, terdapat kebimbangan dalam kalangan pemerhati dalaman bahawa pegawai-pegawai kanan tertentu yang terlalu lama berada dalam lingkaran kuasa lama mungkin mempunyai akses kepada fail-fail sensitif dan maklumat operasi yang boleh memberi kesan kepada sebarang siasatan baharu melibatkan era pentadbiran Azam Baki. Faktor inilah yang menyebabkan rombakan dalaman SPRM kini dilihat semakin mendesak bagi memastikan proses reformasi institusi itu benar-benar berlaku secara menyeluruh dan bebas daripada pengaruh lama.

2. Datuk Mohamad Zamri Zainul AbidinMamu

Dianggap antara pegawai paling berpengaruh dan “kebal” dalam struktur SPRM ketika ini ialah Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang kini memegang jawatan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK). Beliau sering dilihat sebagai pegawai yang mampu menyesuaikan kedudukan di bawah beberapa era kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang silih berganti. Sebelum kembali ke SPRM, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai integriti di Telekom Malaysia (TM). Mohamad Zamri kemudian kembali menyertai SPRM ketika era Tan Sri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya sekitar 2018 hingga 2019 dan dikaitkan dengan pengendalian urusan melibatkan AMLA termasuk siasatan pengubahan wang haram serta pelucuthakan harta dalam beberapa kes berprofil tinggi.

Ketika Latheefa Koya menerajui SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya dari Jun 2019 hingga Mac 2020, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dilihat sebagai antara pegawai kanan paling rapat dan berpengaruh dalam operasi melibatkan AMLA serta pelucuthakan aset berkaitan skandal 1MDB. Kedudukan beliau terus kukuh mengetuai Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM.

Di media sosial dan beberapa portal alternatif, nama Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin pernah dikaitkan dengan dakwaan kontroversi melibatkan wang RM20 juta ketika beliau mengetuai Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM sekitar pertengahan tahun 2024.

Dakwaan itu turut dikaitkan dengan isu melibatkan syarikat “Qatar Holdings” dan tersebar meluas di beberapa portal politik, blog serta media sosial. Oleh itu timbul dakwaan bahawa pertukaran beliau daripada jawatan Pengarah AMLA SPRM pada Julai 2024 kepada Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas mempunyai kaitan dengan kontroversi tersebut susulan tekanan dan perhatian umum ketika itu.

Namun hubungan beliau yang dikatakan cukup rapat dengan Tan Sri Azam Baki menyebabkan “Mamu” terus kekal berpengaruh sebelum akhirnya dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas. Keadaan itu turut mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan pemerhati mengenai sejauh mana pengaruh beliau dalam struktur dalaman SPRM serta rahsia besar yang didakwa diketahui mengenai era kepimpinan Azam Baki.

Walaupun tiada tindakan rasmi diumumkan terhadap beliau, pemerhati melihat kedudukan Zamri dalam struktur lama SPRM menjadikan beliau antara pegawai paling penting yang perlu diberikan perhatian oleh Abdul Halim Aman sekiranya mahu melakukan reformasi dalaman secara menyeluruh. Zamri pastinya pegawai yang akan menjerat Abdul Halim Aman nanti.

3. Datuk Norhaizam Muhammad atau “Buyau”

Seterusnya ialah Norhaizam Muhammad atau digelar “Buyau”, bekas Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan yang kini dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kalangan pegawai SPRM sendiri, Buyau dikatakan mempunyai pengaruh operasi yang besar khususnya dalam jaringan AMLA dan siasatan kewangan. Beliau budak suruhan Azam Baki diletakkan sebagai Pengarah AMLA untuk melindungi isteri kedua Azam Baki Nuraida Ariffin (Nur Aida L7). Beliau juga membawa bersamanya pegawai SPRM yang biasa terlibat ‘black ops’ ke AMLA iaitu Amin Fakrie Johari, Aliff Ezaqur Nazzlaq Bahari dan Mohd Bakri Saad.

Kesimpulannya Pengarah AMLA sebenar ialah Nur Aida isteri kedua Azam Baki bukan Norhaizam Muhammad. Jika sebelum ini Zamri Zainul Abidin @mamu begitu aktif menggunakan Bahagian AMLA namun sejak Buyau pengarah AMLA terus senyap kerana tidak mahu melangkaui Madam Nuraida Ariffin isteri Azam Baki.

Nur Aida begitu dilindungi oleh Azam Baki, tinggal di rumah ‘Safe house’ Bukit Tunku malah dalam laporan keterangan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan Francis Leong Seng Wui nama Aida disebut memperolehi kepentingan seperti kad bank khas dan kenderaan mewah.

Buyau antara pegawai SPRM yang terlibat dalam skandal mafia korporat Victor Chin Boon Long dan sekutunya. Pegawainya Wong Yun Fong atau sigemuk menggerakkan operasi untuk menyerang syarikat senarai awam seperti rampasan Green Packet, Classita, Revenue Group, Mjets dan lain-lain lagi.

Dato’ Sri Abdul Halim Aman KP SPRM baharu nak selamat beliau perlu pindahkan Buyau ke peringkat negeri atau agensi lain bagi mengurangkan dominasi kumpulan lama di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

4. Datuk Yuhafiz Mohd Salleh

Turut menjadi perhatian ialah Datuk Yuhafiz Mohd Salleh (B2) kini memangku jawatan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, di samping memegang jawatan hakiki sebagai Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM.

Dalam peranan tersebut, beliau bertanggungjawab menyelaras operasi siasatan di peringkat nasional termasuk pemantauan kes rasuah berprofil tinggi, kawalan tindakan penguatkuasaan serta pengurusan operasi siasatan di seluruh negara. Beliau juga sering tampil sebagai pegawai yang mengesahkan penahanan, proses reman dan perkembangan beberapa kes utama SPRM kepada pihak media.

Beliau juga antara yang terlibat dalam skandal mafia korporat bersama Wong Yun Fui dari bahagian siasatan SPRM.

Beberapa pihak melihat beliau lebih sesuai ditempatkan semula di peringkat negeri atau jabatan kerajaan lain bagi membuka ruang kepada pembentukan pasukan siasatan baharu yang lebih bebas daripada pengaruh lama.

5. Wong Yun Fui

Wong Yun Fui merupakan pegawai kanan dalam Bahagian Siasatan SPRM yang kini memegang Ketua Sektor Swasta (B5) Bahagian Siasatan SPRM. Sebelum itu, beliau di Bahagian Siasatan Sektor Swasta – Cawangan D (Seksyen D), iaitu unit yang mengendalikan siasatan melibatkan syarikat korporat dan sektor swasta termasuk kes berprofil tinggi membabitkan syarikat tersenarai awam.

Nama beliau beberapa kali disebut dalam laporan media alternatif serta portal pendedahan korporat berkaitan operasi pembekuan akaun, tangkapan dan siasatan melibatkan dakwaan “mafia korporat” termasuk tokoh seperti Victor Chin Boon Long. Beliau adalah dalang sebenar mafia korporat dalam SPRM.

Banyak aduan dan laporan polis penglibatan Wong Yun Fui dalam ugutan dan meminta rasuah namun semua disimpan di bawah karpet.

Dalam kes kehilangan Datin Sri Pamela Ling Yueh, isteri kepada Taikun Sarawak Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu, peguam Siti Kassim mendedahkan Timbalan Pengarah Siasatan SPRM- Wong Yun Fui terlibat dalam siasatan itu dilihat cuba campur tangan kes perceraian Pamela-Thomas Hah. Perkara ini turut disebut dalam Bloomberg. Misteri Pamela belum selesai hingga kini.

SPRM beberapa kali menafikan penglibatan pegawainya dalam skandal mafia korporat termasuk cubaan merampas NexG Bhd yang kecoh baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu menyingkirkan pegawai seperti Wong Yun Fui ini yang banyak merosakkan nama baik SPRM dan syarikat senarai awam di negara ini.

6. Syed Mohd Termizi Syed Musa

Seorang lagi orang kuat Azam Baki ialah Syed Mohd Termizi Syed Musa pegawai yang dilempar dari Pahang ke Putrajaya dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) SPRM. Tugas utama bahagiannya adalah untuk memperkukuh aspek integriti, tadbir urus serta profesionalisme organisasi dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tugasnya kipas Azam Baki. Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam SPRM termasuk melibatkan pengurusan operasi dan pembangunan organisasi. Di bawah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP), beliau diarahkan untuk memperkukuh budaya kerja profesional, pematuhan prosedur, tatakelola dalaman serta peningkatan mutu perkhidmatan warga SPRM. Apakah tercapai?

7. Mohd Shukri bin Mohd Said BOBO

Mohd Shukri bin Mohd Said atau BOBO merupakan pegawai di Bahagian Siasatan SPRM yang bertugas di Cawangan Siasatan C, sebuah unit yang mempunyai fokus khusus dalam mengendalikan kes, aduan serta siasatan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan badan berkanun di Malaysia. Cawangan ini memainkan peranan penting dalam memantau integriti, tadbir urus serta pematuhan prosedur dalam agensi yang ditubuhkan di bawah akta Parlimen.

Skop siasatan Cawangan Siasatan C merangkumi pelbagai institusi dan badan berkanun utama negara termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), FELDA, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),universiti awam dan lain-lain lagi. Unit ini turut terlibat dalam penyelarasan siasatan melibatkan salah guna kuasa, ketirisan dana awam dan isu integriti dalam pengurusan organisasi sektor berkanun.

Beliau bertugas melapor terus kepada Azam Baki. Tugas beliau mengugut dan menakut-nakutkan saksi.

Beliau turut dikaitkan secara kontroversi dengan WZR Property Sdn Bhd (WZR Group), iaitu syarikat pemaju dan kontraktor yang terlibat dalam pembangunan NU Mayang Mall di Kuala Terengganu. Projek Mayang Mall pernah menjadi perhatian apabila disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun 2022 berhubung dakwaan tuntutan palsu yang melibatkan beberapa pegawai Pelaburan Hartanah Berhad.

Menurut sumber, WZR Group yang juga merupakan pemaju utama projek Paraiso Residence (Paraiso @ The Earth) di Bukit Jalil didakwa pernah menyediakan sebuah unit kondominium kepada Mohd Shukri, aka “BOBO”, untuk didiami sementara ketika proses renovasi kediamannya dijalankan.

Beliau juga memainkan peranan di belakang skandal rasuah Prolintas apabila bersekongkol dengan Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP) mengheret beberapa nama pegawai bagi Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang Package SUKE CA3 bernilai lebih RM 1.053 billion. SMPP dikatakan membayar operasi itu dan menanggung ‘safe house’ di Cyberjaya.

8. Nur Aida AriffinPengarah AMLA di belakang tabir

Nur Aida Ariffin merupakan antara pegawai yang berkhidmat di Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, iaitu bahagian yang memberi fokus kepada siasatan berkaitan pengubahan wang haram, pelucuthakan harta, transaksi kewangan mencurigakan serta pengesanan aset hasil rasuah dan jenayah kewangan.

Nama Nur Aida Ariffin turut menjadi perhatian umum apabila Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa beliau merupakan isteri (Isteri kedua) kepada Tan Sri Azam Baki  sebagai pegawai penyiasat dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu didedahkan oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika prosiding mahkamah sebagai saksi pendakwaan ke-49 perbicaraan kes Najib Razak

Muhammad Shafee kemudian memberitahu hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa beliau telah mengesahkan perkara tersebut sendiri dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Azam Baki.

Inilah jawapan mengapa para pegawai SPRM takut kepada Nur Aida termasuk Pengarah AMLA Datuk Norhaizam Muhammad atau “Buyau” .

9. Galan Anak Ngadit

Seorang lagi pegawai yang sering dikaitkan dengan kelompok kepimpinan era Tan Sri Azam Baki ialah Galan Anak Ngadit yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Beliau sebelum ini mencipta sejarah sebagai anak Iban pertama memangku jawatan tertinggi dalam Bahagian Perisikan SPRM sebelum posisi tersebut kemudiannya diambil alih oleh Datuk Mohd Hafaz Nazar.

Galan ditempatkan di Bahagian Perisikan SPRM sejak 1 Disember 2020 dan dilihat sebagai antara pegawai yang mempunyai pengaruh dalam operasi risikan serta pengendalian siasatan berprofil tinggi, khususnya melibatkan kes-kes di Sarawak. Dalam kalangan ahli perniagaan dan taikun tempatan, namanya sering dikaitkan sebagai pegawai yang digunakan dalam koordinasi siasatan tertentu berkaitan kepentingan korporat dan politik negeri Sarawak.

Siapa lagi ‘Budak Azam Baki’ dalam SPRM? Sudah pasti ramai lagi budak Azam Baki kerana lamanya beliau dalam SPRM namun ini adalah beberapa pegawai yang perlu diambil perhatian oleh Dato’ Sri Abd Halim Aman terutamanya pegawai atasan kanan.

IKRAR KETUA PESURUHJAYA SPRM BAHARU

Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Abd Halim Aman yang mula melaporkan diri pada 13 Mei, berikrar memperkukuh SPRM sebagai institusi antirasuah yang lebih bebas, tegas dan berwibawa tanpa campur tangan mana-mana pihak. Beliau menegaskan setiap tindakan dan siasatan di bawah kepimpinannya akan berpaksikan kedaulatan undang-undang serta dilaksanakan tanpa gentar atau pilih kasih bagi memastikan integriti institusi terus terpelihara.

Menggantikan Tan Sri Azam Baki yang tamat kontrak sehari sebelumnya, Abd Halim berkata keutamaan beliau ialah memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPRM melalui penguatkuasaan yang lebih telus, profesional dan adil. Menurutnya, usaha mengembalikan kepercayaan masyarakat bukan lagi satu pilihan tetapi tuntutan penting agar SPRM kekal sebagai badan penguat kuasa yang diyakini rakyat. Beliau turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh pencegahan rasuah termasuk perlindungan pemberi maklumat serta kerjasama strategik bersama pelbagai agensi.

Abd Halim, 69, berasal dari Kampung Alai, Melaka dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman. Beliau merupakan graduan undang-undang Universiti Malaya serta University of Hull, United Kingdom sebelum memulakan kerjaya sebagai peguam persekutuan di Jabatan Peguam Negara pada 1982. Sepanjang lebih tiga dekad dalam institusi kehakiman, beliau pernah berkhidmat sebagai majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, pesuruhjaya kehakiman dan hakim Mahkamah Tinggi di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Johor Bahru dan Shah Alam.

Namun, cabaran terbesar yang bakal dihadapi Abd Halim Aman ialah usaha merombak budaya dalaman SPRM serta menangani kewujudan kelompok pegawai berpengaruh yang sering dilabel secara sinis sebagai “Vipernes” dalam kalangan pemerhati institusi. Kumpulan ini didakwa mempunyai rangkaian dan pengaruh tertentu dalam struktur operasi serta pentadbiran dalaman, sekali gus berpotensi menjejaskan agenda reformasi, ketelusan dan kebebasan institusi sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh oleh kepimpinan baharu SPRM.


Back To Top