Hak 40% Sabah: Roger Chin perlu tumpu selamatkan Invest Sabah daripada pelabur ‘Scammer’, bukan serang kawan sendiri

Roger Chin secara tegas menyangkal kenyataan Mustapha Sakmud Menteri JPM (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) berhubung isu tuntutan 40% hasil Sabah, sambil menyifatkan penjelasan tersebut sebagai tidak tepat dan berpotensi mengelirukan rakyat.

Menteri kata tiada rayuan bermaksud 40 peratus hasil kekal. Tak kan Menteri nak kata
semua ini salah 9 Perdana Menteri terdahulu tak laksana 40 peratus.

Menurut Roger Chin, naratif bahawa “tiada rayuan” telah dibuat memberi gambaran seolah-olah isu berkenaan sudah dimuktamadkan dan diterima sepenuhnya, sedangkan hakikatnya dokumen Memorandum Rayuan menunjukkan perkara sebaliknya.

Beliau menegaskan bahawa walaupun kerajaan Persekutuan tidak mencabar formula 40% secara langsung, rayuan yang difailkan menyasarkan hampir keseluruhan dapatan penting yang menjadi asas kepada tafsiran sebenar hak tersebut.

Roger Chin menegaskan bahawa rayuan itu melibatkan cabaran terhadap dapatan Mahkamah Tinggi bahawa Sabah telah dibayar kurang selama beberapa dekad, kegagalan semakan sah dari tahun 1974 hingga 2021, pelanggaran tanggungjawab perlembagaan, serta arahan berkaitan akauntabiliti, pembayaran balik dan semakan masa hadapan yang lebih telus. Dalam erti kata lain, hak 40% itu mungkin kekal secara teori, tetapi implikasi pelanggaran hak tersebut sedang cuba diketepikan.

Tambahnya lagi, risiko sebenar bukanlah kehilangan formula 40%, tetapi kehilangan pengiktirafan “Lost Years” dalam undang-undang serta peluang pemulihan yang sepatutnya dinikmati Sabah. Jika rayuan ini berjaya, dapatan penting yang mengesahkan kegagalan perlembagaan dan keperluan akauntabiliti boleh terhapus, sekali gus menggugurkan kewajipan untuk menjelaskan kerugian lampau. “Ini bukan soal penerimaan, tetapi usaha mengelak tanggungjawab,” kata Roger Chin, sambil menekankan bahawa hak Sabah bukan sekadar slogan politik, tetapi jaminan perlembagaan yang mesti diterjemah dalam tindakan sebenar.

Namun apa sebenarnya Roger Chin adun lantikan yang juga Pengerusi Invest Sabah itu mahu? Beliau bukan lagi Presiden SLS namun menggunakan badan itu sebagai suara sedangkan  SLS mempunyai Presiden sendiri untuk bersuara.

Kenyataan Roger Chin berhubung tuntutan bayaran tertunggak Sabah sejak 1974 hingga 2021 menimbulkan satu persoalan asas: adakah kita sedang menuntut keadilan — atau membuka ruang kepada polemik yang tidak praktikal? Kerajaan dah setuju bayar 40 peratus maka mekanismenya perlu diselesaikan menteri berkaitan.

Logik “Tuntutan Berbilion”: Siapa Sebenarnya Dipersalahkan?

Hujah bahawa menuntut bayaran tertunggak sejak 1974 akan melibatkan jumlah berbilion ringgit bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika diterima sepenuhnya, ia secara tidak langsung:

          •         Menyalahkan semua Perdana Menteri Malaysia dari awal hingga kini

          •         Mempersoalkan tindakan pentadbiran Kerajaan Persekutuan selama hampir lima dekad

          •         Mengheret sekali peranan pegawai dan penasihat undang-undang kerajaan yang sejak awal bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan

Persoalannya, adakah wajar untuk menilai keputusan berdekad lalu menggunakan standard hari ini — dan kemudian menuntut pampasan secara retrospektif?

Perkara 112D: Pelaksanaan Tidak Sempurna, Tetapi Wujud

Realitinya, bayaran kepada Sabah tidak pernah “tiada”. Ia dibuat melalui mekanisme Perkara 112D serta peruntukan lain yang dipersetujui dari semasa ke semasa.

Ya, hujah bahawa bayaran tersebut tidak mencukupi boleh diperdebatkan. Namun, untuk mengatakan ia satu pelanggaran total yang memerlukan bayaran balik penuh sejak 1974 membuka ruang kepada tuntutan kewangan yang sangat besar — dan sukar dilaksanakan.

Isu hak 40% Sabah bukan sekadar soal angka, sebaliknya mencerminkan keseimbangan kompleks antara keadilan sejarah, keupayaan fiskal semasa dan kestabilan institusi negara. Dalam konteks ini, pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan telah beberapa kali disemak dan dinaikkan — bermula sekitar RM53.4 juta ketika pentadbiran Warisan (terendah), kemudian meningkat kepada kira-kira RM125.6 juta (PN), sebelum melonjak kepada RM300 juta (Ismail Sabri) pada 2022, seterusnya kini mencecah RM600 juta (Madani) hingga kini.

Peningkatan ini menunjukkan adanya usaha penyesuaian berasaskan rundingan, namun masih belum memenuhi sepenuhnya semangat tuntutan 40% hasil yang diperjuangkan Sabah. Justeru, walaupun tuntutan keadilan itu sah dari sudut prinsip, pelaksanaannya perlu mengambil kira realiti ekonomi dan struktur kewangan negara agar tidak berlarutan tanpa penyelesaian. Dalam politik dan tadbir urus, kemajuan sebenar jarang lahir daripada retorik populis atau konfrontasi berpanjangan, sebaliknya memerlukan kompromi strategik yang mampu mengimbangi hak negeri dengan kestabilan keseluruhan sistem.

Isu Praktikal: Bayar Bagaimana?

Jika tuntutan ini diterima dengan bersetuju menyalahkan Kerajaan terdahulu

          •         Adakah bayaran dibuat secara sekaligus?

          •         Atau melalui ansuran jangka panjang?

          •         Apakah implikasinya terhadap fiskal negara?

Ini bukan sekadar isu undang-undang, tetapi juga keupayaan kewangan negara. Tuntutan berbilion ringgit tanpa kerangka pelaksanaan yang jelas berisiko menjadi retorik yang tidak berpijak pada realiti.

Rayuan Kerajaan Persekutuan: Lindungi Institusi, Tidak pernah Nafikan Hak

Rayuan oleh Kerajaan Persekutuan tidak semestinya bertujuan menafikan hak Sabah, sebaliknya boleh ditafsir sebagai langkah mempertahankan kedudukan institusi daripada implikasi yang lebih besar. Dalam konteks ini, rayuan tersebut dilihat sebagai usaha menolak naratif bahawa telah berlaku salah laku sistemik sejak tahun 1974. Sekiranya kerajaan menerima sepenuhnya dapatan Mahkamah Tinggi, ia berpotensi membawa kesan besar termasuk pengakuan terbuka terhadap kelemahan pentadbiran lampau, pendedahan kepada liabiliti kewangan yang tinggi, serta risiko menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan terhadap institusi kerajaan secara keseluruhan.

Analogi Invest Sabah: Adakah Kita Menghukum Generasi Semasa?

Sebagai Pengerusi Invest Sabah Berhad, Roger Chin pastinya memahami dilema antara akauntabiliti dan keadilan terhadap generasi semasa. Jika sesebuah agensi membuat keputusan pelaburan yang lemah pada masa lalu, timbul persoalan sama adakah wajar untuk kepimpinan baharu menyalahkan sepenuhnya pengurusan terdahulu, menuntut semua kerugian lama dibayar balik, malah mengheret individu tertentu untuk menanggung akibat keputusan lampau.

Apakah beliau akan menyalahkan Tan Sri Anifah Aman bekas Pengerusi Invest Sabah jika ada berlaku kecuaian dan kerugian kepada Invest Sabah?

Beliau kini sebagai Pengerusi Invest Sabah belumpun 100 hari berdepan skandal yang berat salah guna kuasa CEO, hubungan tidak wajar ditempat kerja dan pemilihan pelabur ‘scammer’ berbilion yang beliau umumkan di Sabah. Roger Chin sendiri tiada  semakan wajar (due diligence) memiih pelabur yang mungkin akan menjejaskan kewangan Sabah. Segala perbelanjaan kewangan ke luar negara bertemu Kumpulan PETRA – , Datuk (Dr) Vinod Balachandra Sekhar atau Vinod Sekhar apakah ditanggung Kerajaan? Atau ditanggung syarikat pelobi?

BACA –

Ya jika berlaku kerugian apakah beliau sebagai pengerusi akan menanggungnya.

Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk tidak merayu isu tuntutan 40 peratus hasil namun apakah perlu menuntut lagi kesilapan pemimpin terdahulu. Sepatutnya beliau sebagai peguam bukan mencari siapa salah, tetapi bagaimana membina masa depan yang lebih baik.

Jadi kenyataan media Datuk Mustapha Sakmud Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) tiada salahnya. Ia bukan satu cara mengelirukan rakyat. Ia memperakukan tuntutan 40 peratus yang sedang beliau laksanakan selaku Menteri berkaitan.

Fokus Ke Hadapan: 40% yang Realistik

Dalam konteks ini, pendekatan yang lebih praktikal mungkin adalah:

          •         Memberi tumpuan kepada pelaksanaan penuh 40% pada masa hadapan

          •         Memperkukuh mekanisme semakan agar tidak berulang kelemahan lalu

          •         Rundingan yang mengambil kira keupayaan fiskal negara

Kerana akhirnya, hak yang tidak dapat dilaksanakan secara praktikal hanya akan kekal sebagai slogan. Keutamaan sekarang ialah dapatkan tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

Pelantikan Roger Chin sebagai Pengerusi Invest Sabah meletakkan beliau dalam posisi untuk memahami secara langsung realiti pelaksanaan dasar, khususnya dari sudut pelaburan, fiskal dan keupayaan institusi. Apabila berada dalam sistem, seseorang pemimpin akan melihat bahawa tidak semua tuntutan boleh dilaksanakan secara segera tanpa mengambil kira implikasi praktikal dan kesan terhadap kestabilan ekonomi. Dalam keadaan Invest Sabah sendiri berdepan cabaran tadbir urus dan keperluan penstrukturan yang lebih tersusun, adalah lebih wajar untuk beliau memberi tumpuan penuh kepada peranan tersebut.

Sementara itu, isu tuntutan 40% hasil Sabah boleh terus dipacu oleh kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah melalui Hajiji Noor dan pasukannya selain Menteri JPM daripada Sabah yang mempunyai mandat serta saluran rasmi untuk meneruskan rundingan di peringkat Persekutuan.

Roger Chin tidak perlu menyerang Menteri Sabah dalam pasukan yang sama. Beliau sepatutnya memberikan Kerjasama bukan sebagai seorang populis politik. Berhenti menganggap diri sendiri saja betul. Buktikan diri boleh mengubah Invest Sabah, bawa banyak pelabur bukan bawa ‘scammer’ masuk ke Sabah.

Roger Chin bersama ‘Scammer’ Vinod Sekhar

Back To Top