Gelombang rombakan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya baharu, Datuk Seri Abd Halim Aman terus menunjukkan perkembangan apabila seorang lagi pegawai kanan yang sebelum ini dikaitkan dengan pengendalian beberapa siasatan berprofil tinggi melibagtkan kumpulan mafia korporat diarahkan bertukar ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
KPKPj Wong Yun Fui diperintahkan bertukar ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) berkuat kuasa 15 Julai 2026 berdasarkan surat pertukaran rasmi bertarikh 3 Julai 2026 yang ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman.

Pertukaran tersebut merupakan perkembangan terbaharu selepas rombakan terdahulu membabitkan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK), Dato’ Zamri Zainal Abidin yang sebelum ini dilihat sebagai isyarat awal kepada penyusunan semula kepimpinan dalam SPRM.
Wong Yun Fui sebelum ini dikenali pegawai yang mempunyai hubungan rapat dengan mafia korporat Victor Chin Boon Long banyak menjahanamkan syarikat senarai awam seperti Green Packet, Cuscapi, Classita Holding (Caely), Revenue Group, Mjet-MMAG, GIIB, Datasonic (NexG), Velocity Capital, HongSeng dan lain-lain lagi. Malah terdapat laporan polis dan media terhadap Wong Yun Fui namun diselamatkan oleh Azam Baki ketika itu.

Surat pertukaran itu turut menjelaskan bahawa arahan berkenaan dibuat oleh Pengurusan Tertinggi SPRM dan kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Ramai melihat siri pertukaran pegawai kanan sejak Abd Halim Aman mengambil alih kepimpinan SPRM sebagai sebahagian daripada usaha menyingkirkan semua pegawai-pegawai pro Azam Baki bagi memperkukuh pentadbiran organisasi, menyusun semula barisan kepimpinan serta membawa pendekatan baharu dalam aspek tadbir urus dan operasi.
Walaupun pertukaran pegawai kanan merupakan amalan biasa dalam perkhidmatan awam, rentetan beberapa pertukaran dalam tempoh singkat telah mencetuskan perhatian ramai, khususnya apabila ia membabitkan pegawai yang mengendalikan kes-kes sensitif dan berprofil tinggi. Dijangka 20 lagi pegawai kanan bakal dipindahkan.
Pemindahan Wong Yun Fui selepas Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dilihat sebagai sebahagian daripada siri penstrukturan semula dalaman SPRM yang sedang diperhatikan ketika ini. Perubahan berperingkat ini menimbulkan persoalan sama ada ia akan diteruskan kepada beberapa pegawai kanan lain yang berada dalam posisi kritikal, khususnya dalam bahagian siasatan dan penguatkuasaan. Dalam perkembangan ini, nama seperti Datuk Norhaizam Muhammad @ Buyau yang mengetuai Bahagian AMLA serta Datuk Yuhafiz Mohd Salleh yang memangku Pengarah Siasatan kembali menjadi tumpuan pemerhatian kerana peranan strategik mereka dalam pengurusan kes-kes berprofil tinggi.

