YTL syarikat Malaysia tidak wajar dikaitkan sebagai pihak yang terlibat dalam dakwaan pengintipan, perangkap hubungan sulit dan pemintasan sekatan cip yang menyelubungi skandal CEO NVIDIA serta Megaspeed hanya berdasarkan kerjasama pusat data atau catatan biodata seseorang di LinkedIn.
Berdasarkan bahan yang dikemukakan, belum terdapat bukti yang disahkan bahawa YTL mengambil bahagian dalam kegiatan tersebut. Kerjasama teknologi dengan Nvidia, penyebutan pusat data YTL dalam profil pekerja dan kejatuhan harga saham bukan bukti tuduhan.
Persoalan mengenai hubungan komersial juga perlu dinilai secara berasingan daripada tuduhan salah laku. Kewujudan hubungan perniagaan, sekiranya disahkan sekalipun, bukan dengan sendirinya bukti pengintipan, pengalihan cip atau usaha memintas kawalan eksport.
Liputan media antarabangsa tertumpu pada Nvidia–Megaspeed
Liputan media antarabangsa mengenai kontroversi Nvidia–Megaspeed perlu dibaca berdasarkan entiti dan transaksi yang benar-benar dilaporkan. Dalam teks laporan Fortune dan WION yang dikemukakan, serta artikel Open Magazine dan The Business Times yang disemak, YTL tidak disebut.

Sebaliknya, laporan-laporan tersebut menumpukan perhatian kepada Megaspeed, Speedmatrix dan beberapa entiti lain. Open Magazine, misalnya, menamakan Speedmatrix sebagai syarikat sekutu Megaspeed di Malaysia yang membeli peralatan AI mengandungi teknologi Nvidia, sambil membezakan pembelian peralatan daripada persoalan destinasi akhirnya.
Financial Times turut meneliti rangkaian Megaspeed dalam laporan bertajuk “Nvidia spy scandal exposes Singapore’s role in China’s AI chip trade”. Petikan yang dapat disemak menumpukan hubungan Nvidia–Megaspeed–Alibaba, termasuk status Megaspeed sebagai rakan awan Nvidia dan penggunaan kemudahan sewaan di Asia Tenggara. Ini bermakna Megaspeed bekerjasa dengan pelbagai syarikat.
Di Malaysia, The Edge melaporkan bahawa semakan daftar syarikat menemukan dua entiti yang dikaitkan dengan Megaspeed, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd. Pengumuman Bursa yang disebut dalam laporan itu merupakan pengumuman Crescendo Corp mengenai penjualan tanah seluas 52.54 ekar kepada MSFusion pada harga RM263.21 juta — bukannya pengumuman YTL mengenai Megaspeed.
Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd ialah dua syarikat di Johor yang dikaitkan dengan kumpulan Megaspeed International Pte Ltd, dengan aktiviti berkaitan pemprosesan data dan penyediaan infrastruktur pengehosan. Berdasarkan dokumen syarikat Speedmatrix merupakan anak syarikat milik penuh Megaspeed. MSFusion pula pernah dikenal pasti sebagai anak syarikat Megaspeed dalam pengumuman Crescendo Corporation bertarikh 29 Ogos 2025 namun menyenaraikan WFCT Cayman Holdings Limited sebagai pemegang saham tunggalnya.
Siapa sebenarnya dibelakang Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd? Kedua-dua syarikat mempunyai hubungan melalui Tan Yong Pong (warga Singapura), yang disenaraikan sebagai pengarah Speedmatrix dan MSFusion. El Regina binti Tajudin pula merupakan pengarah MSFusion dan disenaraikan sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan dan Hubungan Strategik Speedmatrix (Pengumuman bertarikh 1 April 2026)




Oleh itu jika mereka terlibat maka sepatutnya pihak berkuasa menyiasat mereka.
The Business Times turut menyebut Bridge Data Centres (BDC) sebelum ini pernah mempunyai hubungan komersial dengan Megaspeed melalui peruntukan kapasiti pusat data di Malaysia. Susulan siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat terhadap Megaspeed, BDC dilaporkan menggantikan syarikat itu dengan Zenlayer bagi kapasiti 68.4 megawatt.
Biodata LinkedIn Akmal bukan bukti penglibatan YTL
Terdapat cubaan laporan Culper Research bertarikh 13 Mei 2026 mengaitkan profil Akmal Hadi Mustakim dengan YTL. Profil itu menyebut tugas sebagai jurutera infrastruktur pusat data di “YTL Johor Data Center 1”, manakala nama organisasi yang dipaparkan ialah Speedmatrix Sdn Bhd.

Perbezaan antara organisasi dengan lokasi tugas ini penting. Penyebutan pusat data YTL sebagai tempat bertugas tidak dengan sendirinya mengesahkan bahawa seseorang merupakan kakitangan YTL, jurucakap syarikat atau individu yang diberi kuasa menjelaskan urusan komersial kumpulan tersebut. Akmal dalam profil ini bukan staf YTL dan beliau menggunakannya untuk tuntutan pekerjaan.
Oleh itu, menjadikan biodata Akmal sebagai bukti muktamad penglibatan YTL merupakan kesimpulan yang melangkaui maklumat yang dipaparkan.
Selain profil LinkedIn, Culper turut memetik individu yang tidak dinamakan serta merujuk bahan pembentangan pelabur untuk menyokong dakwaan hubungan Megaspeed dengan YTL.
Faktanya jelas Pengumuman rasmi YTL Power pada 8 Disember 2023 mengenai pembangunan infrastruktur AI di Malaysia merujuk kerjasama YTL–Nvidia, bukannya pengumuman kontrak YTL–Megaspeed.
Tekanan harga saham kerana persepsi salah
The Edge melaporkan pada 10 November 2026 bahawa saham YTL Power berdepan tekanan jualan ketika Nvidia kembali menjadi tumpuan berhubung dakwaan pengintipan. Saham YTL Power ditutup pada RM4.69, sementara saham YTL Corporation ditutup pada RM2.00.
Pergerakan harga saham menggambarkan reaksi pasaran. Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Bhd, Hang Tuah Amin Tajudin, dipetik menyatakan bahawa belum ada apa-apa yang dibuktikan terhadap YTL, sementara kemungkinan implikasi pengawalseliaan Amerika Syarikat menimbulkan kebimbangan pelabur.
The Edge turut menyatakan bahawa tiada laporan berwibawa yang mengaitkan YTL Power dengan Megaspeed atau Speedmatrix.
Kenyataan MITI merujuk Speedmatrix
Menurut The Business Times, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menyatakan pada 10 November 2026 bahawa kementerian belum menerima bukti Speedmatrix melanggar undang-undang Malaysia dan belum memulakan siasatan terhadap syarikat itu.
Kenyataan tersebut merujuk Speedmatrix dan kedudukan maklumat yang diterima kementerian ketika itu. Ia tidak boleh diubah menjadi dakwaan bahawa YTL sedang disiasat.
Kerjasama pusat data dengan Nvidia tidak menjadikan YTL bertanggungjawab secara automatik terhadap dakwaan yang melibatkan Nvidia atau pelanggannya. Penyebutan lokasi kerja dalam biodata individu juga tidak membuktikan pengetahuan atau penglibatan pengendali premis dalam setiap urusan pihak lain.
Semuanya hanyalah laporan Megaspeed dengan syarikatnya Speedmatrix dan MFusion Sdn Bhd. Skandal Jenseng Nvidia dengan Alice Huang telah membongkar segalanya termasuk pejualan cip terhadap syarikat China. Namun apakah ia benar pihak berkuasa wajar menyiasat syarikat terlibat.
