Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) AS-Malaysia mewujudkan kepastian dan kestabilan yang kritikal untuk perniagaan tempatan kita!

AS telah bersetuju untuk menurunkan tarif daripada 25% kepada 19% untuk barangan Malaysia, yang menstabilkan dan melindungi produk kita dari ancaman kenaikan mendadak.

Malah, kita mendapat komitmen yang lebih baik: pengecualian daripada tarif 19% untuk 1,711 talian tarif (bernilai USD5.2 bilion!) meliputi eksport utama seperti minyak sawit, produk getah, dan alat ganti pesawat. Ini adalah jaminan nyata untuk industri tempatan! Ini memberikan ruang bernafas dan prospek yang jelas kepada eksport kita, serta menjamin pelaburan jangka panjang dalam sektor perkilangan.
Komitmen ini bukan sahaja membawa pelaburan berimpak tinggi, malah menjana peluang pekerjaan berkualiti. Kita teruskan momentum ini demi memastikan kemakmuran dan masa depan #MalaysiaMadani!

Benda macam ini Dr Maza tidak faham, sebab itu dia nampak tarian sambutan Trump itu dari sisi dia sahaja. Dr Maza tidak faham apa itu erti diplomasi dan seni geo politik antarabangsa. Terima kasih PMX kerana berperanan besar mengemudi ASEAN dan membuat Trump tenang dan gembira berada di Malaysia. Tengok tu, siap gelak besar lagi Donald Trump, ini bukan fake. Ini betul betul gembira ni.
