Dato’ Sri Pek Kok Sam bersama lima syarikatnya Southern Alliance Mining Ltd (SAM), Teguh Permata Sdn. Bhd, Southern Atlantic Metal Sdn. Bhd, Bumi Kinabalu Resources Sdn. Bhd dan Sri Aman Minerals Sdn. Bhd melalui firma guaman Thomas Philip Advocates and Solicirors mengeluarkan notis tuntutan terhadap laman berita The Malaysian Corporate atas penerbitan artikel yang didakwa berunsur fitnah berkaitan skandal perlombongan mineral di Sabah.
Surat tuntutan yang difailkan melalui peguam mereka menyatakan bahawa artikel bertajuk “Skandal Mineral Sabah: Terbongkar! Taikun Syarikat Singapura Pembiaya Datuk Albert Tei Rasuah Pemimpin UMNO Sabah” telah diterbitkan pada 3 Julai 2025 dan boleh diakses oleh umum.
Artikel berkenaan mengaitkan Dato’ Sri Pek Kok Sam — yang juga Pengasas dan Pengarah Urusan Southern Alliance Mining Ltd — dengan aktiviti rasuah, konspirasi politik, dan pemilikan lesen perlombongan palsu di Sabah menerusi beberapa syarikat, termasuk Teguh Permata Sdn Bhd, Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd, Sri Aman Minerals Sdn Bhd, Southern Atlantic Metal Sdn Bhd.
Semua syarikat ini terbukti atas nama Dato’ Sri Pek Kok Sam selain sebuah syarikat lagi YBS Mineral Resources Sdn Bhd yang terlibat dalam 50 syarikat Albert Tei dalam senarai LHDN dan 13 syarikat lagi yang tular dalam saman Sabah Mineral Management (SMM) terhadap Dato’ Sri Albert Tei dan Jontih Enggihon pada 10 januari 2025.


Menurut kandungan notis diemelkan kepada The Malaysian Corporate kenyataan-kenyataan dalam artikel tersebut termasuk dakwaan bahawa Dato’ Sri Pek merupakan “dalang” di sebalik Dato’ Albert Tei, bahawa lesen perlombongan diperoleh secara tidak sah, dan bahawa syarikat-syarikat terlibat menjalankan perniagaan secara tidak beretika serta bergantung kepada hubungan politik untuk keuntungan.




Peguam bagi pihak Dato’ Sri Pek dan syarikat-syarikat terlibat menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah “palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah”, dan telah menyebabkan kerosakan besar kepada reputasi serta kepentingan komersial anak guaman mereka.
Mereka menuntut agar The Malaysian Corporate:
- Menerbitkan permohonan maaf terbuka dan tanpa syarat dalam laman rasmi mereka,
- Memadam artikel tersebut dari semua platform digital,
- Memberi aku janji bertulis untuk tidak mengulangi kenyataan berkenaan, dan
- Membayar ganti rugi berjumlah RM10 juta kepada pihak plaintif.
Peguam Pek Kok Sam turut memberi tempoh 7 hari kepada The Malaysian Corporate untuk mematuhi tuntutan, dan memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tiada maklum balas.
Setakat ini, The Malaysian Corporate telah menerbitkan lagi dua artikel berita susulan artikel pertama iaitu;
dan maklumat terperinci penglibatan nama Dato’ Sri Pek Kok Sam di Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd dan Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd dua syarikat milik Datuk Mohd Rafi Alli Hassan Ketua Bahagian UMNO Labuan yang juga proksi Datuk Seri Bung Moktar Ketua Perhubungan UMNO Sabah. Bagaimana sebuah syarikat rugi dan jenis ‘cap ayam’ boleh dijual dengan harga RM2 juta setiap satu. Belum termasuk duit lobi lesen penerokaan di Sabah/Johor bernilai RM6.6 juta! Kamu pecaya hanya RM4 juta diterima oleh Datuk Mohd Rafi dan Bung?
BACA ARTIKEL
Apakah Pek Kok Sam tidak tahu sehingga sanggup membeli lesen penerokaan Teguh Permata dan Bumi Kinabalu yang belum pasti miliknya sehingga lesen-lesen itu dibatal kemudiannya?
Pek Kok Sam boleh menafikan tetapi bukti penama syarikat, aliran kewangan dan hubungannya dalam syarikat Albert Tei seperti YBS Mineral Resources Sdn Bhd sangat mencurigakan. Fakta perlu diingat tiada yang percuma jika berurusan dengan Bung Moktar dan pemimpin UMNO.



Apakah The Malaysian Corporate akan menarik artikel ini? semua fakta didepan mata dan semua perlu menunggu siasatan dan SPRM memanggil Datuk Mohd Rafi, adik beradiknya dan Dato’ Sri Pek Kok Sam. Apa akan jadi jika media melaporkan besar-besaran Dato’ Sri Pek Kok Sam disiasat SPRM?
Pek Kok Sam sepatutnya mengaku dia memberikan wang kepada Albert Tei yang menjual nama pemimpin Sabah untuk membayar rasuah. Atau paling mudah beliau mengaku kepada SPRM memberi wang kepada Bung Moktar dan Datuk Rafi Alli Hassan. Pek Kok Sam tidak perlu meniru watak Dato’ Albert Tei yang akhirnya menjerat diri sendiri selepas dituduh di mahkamah sebagai ‘Pemberi Rasuah’.