Secara Purata Seorang Dapat RM19,085.71 Bila PDC Umum Bonus Enam Bulan Gaji

Hari ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memberikan bonus sehingga enam bulan gaji kepada kakitangannya awal tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Air Putih itu berpandangan keuntungan yang diperoleh seharusnya digunakan untuk pembangunan negeri.

Katanya, bonus berjumlah keseluruhan RM6.7 juta itu mungkin dianggap munasabah sekiranya tidak menjadi bahan bualan dalam kalangan penjawat awam negeri lain.

Beliau berkata, timbul persoalan sama ada badan kerajaan negeri yang lain yang turut mencatat keuntungan tinggi akan menerima bonus pada kadar serupa.

Menurut rekod, pada 2024, PDC merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM527.1 juta berbanding dengan tahun 2023 iaitu sejumlah RM276.6 juta. Keuntungan ini adalah paling tinggi dengan peningkatan sebanyak 91%;

25% daripada 350 orang kakitangan PDC telah menerima bonus tertinggi iaitu 6 bulan. Jumlah keseluruhan bonus bagi tahun 2024 yang dibayar oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) adalah berjumlah RM6.68 juta.

Antara 2018 dan 2025, PDC dilaporkan telah mengagihkan lebih RM41.5 juta dalam bentuk bonus dan bayaran kewangan khas.

Persoalannya, dalam situasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghadapi “cash crunch”, PDC joli sakan bayar bonus kepada kakitangannya.

Harap ada ADUN tanya berapakah “dividen” yang PDC pulangkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun lepas setelah untung besar? Jika dikira secara purata, bonus kepada 350 kakitangan selama 6 bulan, seorang staff akan mendapat sejumlah RM19,085.71.

Apakah Ketua Menteri Pulau Pinang selaku Pengerusi PDC tidak menikmati juga bonus ini? Ada kebenarannya juga Guan Eng bertanyakan soalan sebegitu dalam sidang DUN.

“Bagus perbahasan Lim Guan Eng di DUN Pulau Pinang menjelang tengah hari ini, yang membangkitkan kewajaran kakitangan PDC mendapat bonus enam bulan gaji ketika Kerajaan Negeri mengalami kekangan kewangan yang kian menekan.

Dalam dewan, benda sebegini sepatutnya dibahaskan, bukannya isu-isu sampingan yang sebenarnya boleh diselesaikan dalam Mesyuarat PBT dan Pejabat Exco” menurut pandangan Zainulfaqar Yaacob, seorang penganalisis politik di Pulau Pinang.

Back To Top