
Gaji CEO paling tinggi adalah di Malaysia adalah Tan Sri Lim Kok Thay. Gaji bulanannya adalah RM16.74 juta. Jika dibandingkan dengan purata gaji pekerja di Malaysia iaitu RM2,603 sebulan, ianya akan mengambil masa sejumlah 536 tahun untuk menyamai gaji bulanan Tan Sri Lim Kok Thay.
Gaji CEO di tempat pertama dan kedua adalah milik Tan Sri Lim Kok Thay menerusi dua syarikatnya iaitu Genting Berhad dan Genting Malaysia. Di tempat ketiga gaji CEO paling tinggi di Malaysia barulah kepada CEO Public Bank iaitu Tan Sri Tay Ah Lek dengan pendapatan tahunan RM38 juta dan bulanan sejumlah RM3.17 juta.

Tan Sri Lim Kok Thay mewarisi Genting daripada bapanya Lim Goh Tong. Pada 2009, Lim Kok Thay dinamakan “Travel Entrepreneur of the Year” oleh Travel Trade Gazette (TTG) Asia.
Tempat keempat dengan gaji bulanan sejumlah RM1.68 juta sebulan adalah Dr Kelvin Loh Chi Keon daripada syarikat IHH Healthcare Berhad. Di tempat kelima pula adalah CEO syarikat Hong Leong Bank iaitu Mr Domenic Fuda dengan gaji bulanan sejumlah RM1.21 juta sebulan.
Semua gaji bulanan CEO ini dikira berdasarkan jumlah gaji, bonus, imbuhan dan beberapa emolumen lain. Setiap syarikat mempunyai polisi pampasan dan imbuhan yang berbeza bergantung kepada kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

Gaji CEO paling rendah bagi syarikat yang tersenarai di bursa adalah lima syarikat berikut. Paling rendah adalah Petronas Gas Berhad yang hanya membayar CEO nya RM18,042 sebulan, kemudian kedua terendah Petronas Dagangan Bhd yang membayar hanya RM26,917 sebulan kepada CEO nya. Ketiga adalah syarikat Digi.com Berhad yang membayar sebulan RM27,274 untuk jawatan CEO.