Sumber dakwa siasatan projek KKDW Sabah memasuki fasa baharu, namun SPRM belum mengeluarkan pengesahan rasmi
KUALA LUMPUR — Nama Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafii, kembali menjadi perhatian susulan maklumat sumber yang mendakwa beliau mungkin dipanggil dan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu hadapan.
Maklumat berkenaan dikatakan berkait dengan siasatan terhadap proses perolehan beberapa projek infrastruktur Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sabah.
Pendedahan projek lebih RM2 bilion
Isu berkenaan bukan perkara baharu. Pada Februari dan Mei 2024, sebuah blog tempatan menerbitkan beberapa siri pendedahan yang mendakwa wujud campur tangan pihak berkepentingan dalam penyusunan kontraktor bagi projek KKDW di Sabah yang dibolot ‘ORANG MALAYA’
Isu itu menyebabkan kontraktor bumiputera lain di Sabah meluahkan rasa tidak puas dan membuat laporan kepada SPRM.

Pendedahan pertama mengaitkan Razlan bersama bekas Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan Harun (Kini Pengerusi SPR); Datuk Mohd Rafi Ali Hassan (KB UMNO Labuan); dan Datuk Jamal Nerubi (Bekas SUPOL Zahid). Mereka didakwa mempunyai pengaruh dalam penyusunan kontraktor bagi projek-projek yang keseluruhannya dikatakan bernilai lebih RM2 bilion.

Blog tersebut mendakwa sebanyak 76 projek di Sabah disenaraikan, manakala 98 syarikat melepasi proses prakelayakan atau pre-qualification. Bagaimanapun, dakwanya, proses tender seterusnya telah disusun untuk memberi kelebihan kepada kumpulan kontraktor tertentu.


Antara dakwaan paling serius ialah syarikat tertentu kononnya perlu membayar RM500,000 untuk dimasukkan dalam kelompok lima pembida terpilih bagi setiap projek tersenarai dalam pre-q. Selain itu, komisen antara lima hingga 15 peratus daripada nilai projek turut didakwa dikenakan selepas kontrak diperoleh.
Projek Jalan Buayan dan Jalan Terian
Pendedahan berikutnya memberi tumpuan kepada dua projek di Penampang, iaitu:
- Naik taraf Jalan SK Buayan, Sabah, dengan anggaran kos RM75 juta; dan
- Naik taraf Jalan Terian, Penampang, dengan anggaran kos RM102 juta.
Blog itu mendedahkan syarikat, Kimolohing Jaya Sdn Bhd, mempunyai kaitan dengan kumpulan kontraktor yang didakwa mendapat kelebihan dalam proses tender terpilih. Razlan, SUSK, Datuk Megat turut didakwa memainkan peranan dalam melobi atau menyusun proses berkenaan.


Pengarah Kimolohing Jaya Sdn Bhd dilaporkan telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan dakwaam memperoleh projek melalui rasuah atau bahawa Razlan menerima sebarang wang sebagai balasan.
Dikatakan SUSK KKDW Datuk Megat Norezwan juga boleh ‘sailang’ surat permohonan untuk menyusun semula senarai syarikat lulus pre Q untuk diberi kepada syarikat pilihan dimahukannya atau arahan setiausaha politik.

Turut dipanggil seorang taikun cina terkenal di Sabah iaitu LIEW KUAT KIONG atau dikenali sebagai JUTALIEW yang didakwa memonopoli projek KKDW di Sabah. Datuk Razlan, Megat dan semua pegawai Zahid menggunakan Jutaliew untuk bolot projek.

Adakah siasatan lama kini diaktifkan semula?
Pada Mei 2024, blog sama mendakwa SPRM telah membuka fail siasatan berhubung projek KKDW Sabah yang mengaitkan Datuk Ramlan KSU, SUB Teknikal, pegawai kanan kementerian dan pemimpin politik. Namun, tiada pengumuman rasmi yang menerangkan status, nombor kes atau skop sebenar siasatan tersebut.
Namun sebelum PRN Negeri Sembilan baru-baru ini sumber mendedahkan beberapa Setiausaha Politik Zahid Hamidi dipanggil SPRM berhubungan laporan seorang kontraktor mengenai komisen projek KKDW yang telah didedahkan blog sejak 2024 itu.
Nampaknya minggu depan adalah minggu panas dan paling sibuk untuk pemimpin UMNO BN menjelang sebelum PRN Melaka.
Pengerusi SPR bakal disingkirkan?
Memandangkan semua skandal pegawai Zahid melibatkan Datuk Seri Ramlan Harun bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 26 Jun 2024 apakah ini sebahagian dari usaha penyingkiran terhadap Datuk Seri Ramlan?

