10 Januari lalu Bukit Aman mengesahkan menahan lima individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Haji Kushairi Abang milik Kumpulan Media Sarawak (SMG) kerana disyaki terbabit kes pengubahan wang haram menerusi Op Ragada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tangkapan ke atas kesemua mereka ekoran daripada satu laporan polis yang diterima pada Oktober tahun lalu.
Menurut beliau, pengadu memaklumkan mengesan beberapa transaksi mencurigakan membabitkan beberapa akaun bank yang dikesan berlaku antara 2017 hingga September tahun lalu.
“Susulan itu, kita menahan lima individu termasuk seorang wanita dan seorang lelaki berjawatan CEO sebuah syarikat serta dua anaknya dan dua lagi individu dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang dan Sarawak.
“Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 62 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan tangkapan dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman,” katanya kepada media.
Mengulas lanjut, katanya siasatan mendapati berlaku jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan mencurigakan dan kesalahan jenayah pecah amanah oleh pengarah syarikat.
“Suspek juga disyaki melakukan jenayah tipu tender selain dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri serta ahli keluarga.
“Hasil daripada serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA juga berjaya merampas, membekukan dan menyita pelbagai aset seperti kenderaan, akaun bank dan dokumen dianggarkan bernilai RM17.4 juta,” katanya.
Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Bekas wartawan TVS Sabah terlibat curi duit MBSB Bank RM24.2 juta
Jun 2024 Polis telah menangkap 14 orang – termasuk 4 pegawai bank, seorang penjawat awam dan ahli sindiket – berhubung kes kehilangan wang berjumlah RM24.2 juta ($6.94 juta) daripada beberapa akaun MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di Kota Kinabalu Sabah. Dua dalang utamanya ialah pengurus cawangan MBSB


Seorang lagi Amirul Mukminin merupakan bekas wartawan TV Sarawak (TVS) berpengkalan di Sabah yang bertunang dengan seorang pegawai Kementerian Kewangan Sabah. Dilaporkan Amirul banyak menjual data pelanggan kepada sindiket dan ‘Scammer’. Dikalangan pengamal media kekayaan tiba-tibanya sangat meragukan. Amirul dikatakan memindahkan wang hasil curinya ke akaun tunangnya yang seorang penjawat awam di Sabah. Tunangnya turut direman bagaimanapun dibebaskan kerana tidak mengetahui kegiatan Amirul.
Rangkaian wartawan TVS di bukan saja menyerlah di Sarawak, Sabah dan kini mungkin berkaitan di Semenanjung.
Amirul Mukminin dan beberapa pegawai Bank dikaitkan dengan kumpulan Kartel dadah terbesar Sabah didalangi Dato’ Seri Maslan Sani Pengerusi NGO PAKAT Sabah yang ditangkap disember 2023 dan didakwa atas jenayah terancang.
