Disebalik pendedahan portal Malaysia Corporate mengenai skandal projek sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dengan skandal rasuah RM100 juta dan harga ‘mark up’ melampau muncul adun Warisan Junz Wong mempersoalkan projek itu.
Katanya kos projek itu melampau, MSR Green Energy sebuah syarikat yang rugi tidak menepati kelayakan membina projek BESS. Harganya lebih mahal lebih RM130 juta dari dua penender yang lain.
VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
Walau apapun dinyatakan oleh Junz Wong dari sudut kewangan dan sebagainya hakikatnya SPRM wajar menyiasat dakwaan rasuah dan salah laku rasuah bagi lobi projek ini di putuskan oleh TNB syarikat induknya. Nilai RM100 juta ke atas diputuskan oleh TNB Pusat. SESB hanya mengikut arahan.
MSR Green Energy sebuah syarikat yang rugi milik bekas taukeh Paparich Aaron Chen Khai Voon yang dibeli sahamnya oleh SEAL INCORPORATED BHD milik Aaron Chen Khai Voon sendiri. Ringkasnya SEAL INCORPORATED BHD dan MSR Green Energy entiti yang dimiliki orang sama Chen Khai Voon.
Chen Khai Voon perlu ‘mencuci’ wang dalam syarikat ini dan manipulasi saham bagi meningkatkan saham Seal Incorporated
Rekod kewangannya bagi tahun 2021, 2022 dan 2023 tidaklah sebagus mana malah tidak melayakkan mereka pun untuk memperolehi tender RM645 juta ini. Hanya syarikat induknya SEAL INCORPORATED BHD menyokong MSR Green Energy
Bukan lagi rahsia Chen Khai Voon memberi rasuah RM100 juta kepada Bung Moktar untuk menyokong politiknya di Sabah menentang kerajaan GRS. Beberapa juta wang itu cuba dimasukkan dalam akaun UMNO Sabah namun bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said tidak mahu memasukkannya melainkan diperakukan hasilnya daripada Bung Moktar. Maka tiada pilihan Bung terpaksa ke Filipina mencuci duit itu ke kasino dan beliau dilaporkan kerugian RM3.5 juta
SEAL INCORPORATED BHD melalui MSR GREEN ENERGY SDN BHD memperolehi tender Projek BESS bernilai RM645 juta namun hakikatnya projek markup itu bakal merugikan kerajaan Sabah kira-kira RM50 juta setiap tahun.
Kos untuk mengecas (berdasarkan kos marginal yang dianggarkan pada 2.3 sen/kWh), menyimpan dan melepaskan 1 kWh berdasarkan harga kontrak sebanyak RM645 juta adalah 66.1 sen/kWh.
PEMBEKAL PROJEK BESS – SUNGROW CHINA
SEAL INCORPORATED BHD dan MSR GREEN ENERGY SDN BHD mengumumkan Sungrow syarikat China sebagai pembekal projek sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) bernilai RM645 juta di Sabah. Maka di sini kantoi lagi Sungrow membekal projek ini kira kira RM322 juta separuh daripada kontrak MSR Green Energy. Jika MSR Energy ‘markup’ RM100 juta pun masih masuk akal berbanding kontrak RM645 juta.
Kerajaan Sabah sepatutnya diperjelaskan kos ini kerana suatu hari nanti bakal menerima kesannya.
MENGAPA MADIUS KATA TERATUR?
Namun sesuatu yang musykil berlaku selepas kontroversi SESB itu pada 16 Oktober Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau seorang yang anti Malaya tiba-tiba menyokong syarikat MSR Green Energy Sdn Bhd sebagai tender teratur dan ketat sekalipun markup melampau sehingga RM645 juta?
Dalam satu maklumat dalaman kos Projek BESS di bekalkan oleh Sungrow Power Supply Co, Ltd mendedahkan kos mereka hanya sekitar RM300 juta berbanding kontrak RM645 juta.
Jika pun ia produk lain seperti katalog ini ia tetap tidak akan melepasi RM300 juta!
Kata Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ia bukan sekadar kos, kos lebih RM100 juta merupakan keputusan TNB dan teliti yang dimaksudkan ialah tender dikeluarkan pada November tahun 2023, sebelum Krismas. Kemudian membukanya pada Januari hingga Ogos. Maka masa sekitar lapan bulan untuk membuat keputusan itu adalah satu ketelitian. Dia tidak menerangkan kelayakan syarikat yang mengalami kerugian. Hanya bulan februari 2024 kepentingan MSR Green Energy Sdn Bhd dibeli oleh Seal Incorporated. Rekod-rekod MSR Green tidak diambil kira. Malah syarikat itu tidak memenuhi keperluan teknikal dan komersial bagi projek itu.
Apa maksudnya? tempoh berbulan itu kerana lobi pihak Chen Khai Voon, Bung Moktar dan pelbagai pihak. Dalam situasi Madius Tangau U-turn kemungkinan besar Tangau juga mengambil rasuah dari lobi Chen Khai Voon dan MSR Green Energy Sdn Bhd. Tangau perlu menjelaskannya.
Apa yang Ahli Dewan Undangan Negeri Warisan, Datuk Junz Wong bangkitkan mengenai tender MSR-GE lebih mahal RM133 juta berbanding tender lain wajar disiasat paling penting dakwaan rasuah RM100 juta untuk Bung Moktar!. Jika fitnah minta Chen Khai Voon lapor polis agar siasat menyeluruh dapat dibuat.