MSR Green Energy Sdn Bhd (MSR-GE) syarikat bersekutu milik Aaron Chen Khai Voon Seal Incorporated Bhd memaklumkan bekerjasama dengan Sungrow untuk membangunkan projek sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) bernilai RM645 juta di Sabah. Maknanya pembekal bateri projek yang didedahkan ialah Sungrow!
Sungrow peneraju global dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui milik China ini merupakan pembekal terbesar sistem penyimpanan tenaga bateri di dunia. Tidak menghairankan jika Sungrow dipilih dengan kelayakannya
Namun berapa harga bekalannya?
SKANDAL BESS
Portal Malaysia Corporate baru-baru ini melaporkan projek pemasangan Battery Energy Storage System (BESS) dengan kapasiti 100MW di Lahad Datu terbesar di Asia Tenggara dianugerahkan kepada syarikat ‘Malaya’ Seal Incorporated Bhd milik bekas taukeh ‘Paparich’ Chen Khai Voon hasil lobi Datuk Bung Moktar Pengerusi UMNO Sabah itu di Semenanjung dengan nilai RM645 juta.
Menurut sumber pembekal Sungrow projek RM645 juta ini sangat tinggi kerana Sungrow hanya membekal projek ini dengan harga lebih kurang RM322 juta separuh dari harga kontrak Seal Incorporated Bhd. Dokumen bekalan harga membekal Sungrow ini boleh diperolehi kerana harganya dah standard tidak mungkin lebih tinggi.
Ini bermakna Chen Khai Voon ‘mark up’ projek ini. Jika pun Seal Incorporate mengambil untung RM100 juta masih boleh diterima berbanding RM322 juta separuh dari harga kos membekal. Ini bermakna jika Chen Khai Voon bayar rasuah Bung Moktar RM100 juta sebagai kerja melobi nampaknya tidak menjejaskan syarikat. Pengurus Sungrow Malaysia, Cobe He boleh menjelaskan perkara ini jika siasatan SPRM dibuat. Bagaimana teknikal dalam TNB dan SESB tidak melihat kos sebenar projek agar tidak merugikan kerajaan.
Lebih malang ramai tidak sedar termasuk Kerajaan Sabah, kos untuk mengecas menyimpan dan melepaskan 1 kWh berdasarkan harga kontrak sebanyak RM645 juta adalah sekitar 66.1 sen/kWh.
Semua ini akan merugikan Kerajaan Sabah dikemudian hari selepas mengambil alih SESB beberapa tahun lagi. Kerajaan Sabah selepas ini terpaksa menanggung kerugian hampir RM50 juta setiap tahun lagi. Apakah Kerajaan Sabah akan topup kerugian SESB ini atau membayar subsidi RM50 juta setiap tahun? Semua ini kos tersembunyi yang akan ditanggung rakyat Sabah kemudian hari.
Apakah Kerajaan Sabah akan setuju menanggung kos kerugian setiap tahun?
Namun siapa yang untung? Seal Incorporated Bhd telah ‘markup’ separuh dalam RM322 juta, Bung Moktar dapat RM100 juta. Maka taikun untung, Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette lah dapat RM100 juta! Kelemahan Bung ialah memasukkan wang dalam akaun isteri yang menyebabkan beliau sebelum ini didakwa sebagai Pengerusi Felcra.
Jika SPRM digesa menyiasat taikun Chen Khai Voon, Bung Moktar kerana rasuah RM100 juta ini dan memeriksa syarikat pembekal Sungrow pasti kantoi betapa Chen Khai Voon dan Bung Moktar dapat wang haram RM100 juta.
Baru-baru ini tular di laman sosial Bung Moktar kerugian RM3.5 juta berjudi di Casino Filipina. Namun bagi Bung Moktar kerugian RM3.5 juta hanyalah sebagai kerugian kecil.