IPO Northeast Group terlebih langganan sebanyak 73.42 kali

Pengeluar komponen kejuruteraan ketepatan, Northeast Group Bhd mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) terlebih langganan sebanyak 73.42 kali.

Di dalam satu kenyataan, Syarikat itu berkata bahawa IPO yang diterbitkan itu terdiri daripada terbitan awam sebanyak 168.99 juta saham baharu yang akan mengumpul sehingga RM84.5 juta. 

IPO Northeast Group menawarkan 37 juta saham kepada orang ramai, 29.6 juta saham kepada orang yang layak, 61.69 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih dan 40.7 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Di samping itu, syarikat menawarkan penjualan 51.8 juta saham penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera juga dikenal pasti oleh MITI.

Syarikat itu berkata, 29,702 permohonan untuk 2753.6 juta saham IPO telah diterima, menghasilkan kadar melebihi langganan keseluruhan sebanyak 73.42 kali.

Bahagian saham untuk Bumiputera telah terlebih langganan sebanyak 1,100.49 juta kali selepas menerima sejumlah 14,238 permohonan untuk 45.37 juta saham baharu. 

Sementara itu, sejumlah 15,464 permohonan untuk 1,653.123 juta saham terbitan telah diterima untuk bahagian awam Malaysia, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 88.36 kali.

Selain itu, 29.6 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta rakan perniagaan yang  telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan telah dilanggan sepenuhnya.

Affin Hwang Investment Bank Bhd, selaku penasihat utama, penaja, ejen penempatan tunggal dan penaja jamin tunggal IPO Northeast Group mengesahkan 154.189 juta saham disediakan untuk permohonan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih dan pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI telah ditempatkan sepenuhnya.

Notis peruntukan akan dihantar kepada semua pemohon yang berjaya sebelum 15 Oktober 2024.

Back To Top