HeiTech Padu Bhd (KL) memperoleh 30% Kepentingan dalam Souqa Fintech Sdn Bhd dengan RM16.17 juta
HeiTech Padu Bhd, sebuah penyedia perkhidmatan teknologi, mengumumkan pengambilalihan 30% pegangan dalam Souqa Fintech Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan platform pembayaran dalam talian dan memiliki gerbang pembayaran Islamik, PayHalal. Pengambilalihan ini melibatkan pembelian 10.78 juta saham baru pada harga RM1.50 setiap satu.
Syarikat induk HeiTech, Synergy Grid Sdn Bhd, akan membiayai pelaburan ini dengan RM11 juta secara tunai, manakala baki RM5.17 juta akan direalisasikan melalui invois yang merangkumi skop perkhidmatan yang diperlukan oleh Souqa Fintech.
Souqa Fintech kini dimiliki oleh Asad Capital Sdn Bhd (Pat Salam) dengan 58.29% kepentingan, sementara Crescent Capital Sdn Bhd memiliki 16.7% dikaitkan Mirzan Mahathir sebagai Pengerusi dan CEOnya yang juga pemegang saham terbesar Betamex
Dalam usaha untuk membangunkan perkhidmatan tempahan dan pembayaran dalam talian mereka, HeiTech Padu melihat kerjasama strategik dan pelaburan sebagai pendekatan yang lebih baik bagi beberapa inisiatif. PayHalal, yang memenuhi permintaan khusus untuk penyelesaian kewangan Islam, akan membolehkan HeiTech mengembangkan kehadirannya dalam industri fintech, terutama dalam ekosistem e-dagang berasaskan Islam.
Pemegang saham terbesar HeiTech Padu adalah Datuk Seri Mohd Hilmey Mohd Taib, yang mengawal 14.1% kepentingan melalui Padujade Corporation Sdn Bhd, bersama 3.76% kepentingan langsung. Selain itu, Rosetta Partners Sdn Bhd, milik Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memiliki 15.9% saham dalam HeiTech Padu.
Pemegang saham utama lain termasuk unit milik penuh MyEG Services Bhd, iaitu MyEG Capital Sdn Bhd dengan pegangan 15%, serta Redtone Digital Bhd (Berjaya) yang memiliki 6.4% saham dalam HeiTech Padu Bhd.
Saham HeiTech Padu mencatatkan kenaikan yang ketara, ditutup pada paras tertinggi RM3.82 pada hari Jumaat, dengan permodalan pasaran sebanyak RM425.35 juta. Sehingga kini, saham syarikat tersebut telah meningkat lebih 334%.
Menurut suember tertentu HeiTech Padu dilihat sebagai calon utama untuk memperoleh kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe) yang bernilai RM1 bilion, selepas diketepikan dari senarai tiga calon pada Mei lalu selepas isu pemilikan saham Farhash selesai apabila tidak lagi menjadi pemegang saham bersama Rosetta Partners Sdn Bhd, milik Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.