Beberapa dokumen daripada INTERPOL Bangladesh (NCB Dhaka) kepada NCB Interpol Malaysia telah membuka semula persoalan mengenai sejauh mana pihak berkuasa negara ini memberikan kerjasama terhadap siasatan rentas sempadan berhubung dakwaan sindiket pengambilan pekerja Bangladesh ke Malaysia.
Surat bertarikh 24 Oktober 2024 itu dilaporkan dihantar oleh National Central Bureau (NCB) Dhaka Bangladesh kepada NCB Interpol Malaysia, iaitu saluran rasmi kerjasama kepolisan antarabangsa di bawah rangkaian INTERPOL.
NCB merupakan biro pusat kebangsaan yang menghubungkan agensi penguatkuasaan sesebuah negara dengan rangkaian INTERPOL dan NCB negara lain.
Dokumen itu tular dalam beberapa blog dan media sosial baru-baru ini yang pernah dilaporkan oleh media Bangladesh dan portal Malaysiakini mengenai usaha NCB Dhaka pernah meminta kerjasama pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan terhadap dua ahli perniagaan, iaitu Md Aminul Islam (Amin Bangla) dan Mohammed Ruhul Amin, susulan dakwaan berkaitan pemerdagangan manusia dan pemerasan dalam pengambilan pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Permintaan tersebut bukan perkara kecil kerana ia datang melalui saluran kerjasama polis antarabangsa antara NCB Dhaka dengan NCB Interpol Malaysia.
Berikut merupakan dokumen-dokumen bukti NCB Dhaka terkait Interpol laporan kes pemerdagangan dan sindiket pekerja asing.





NCB Dhaka turut bangkitkan FWCMS
Lebih signifikan, dokumen berkenaan turut dilaporkan menyentuh Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS), sistem yang digunakan dalam pengurusan kemasukan pekerja asing ke Malaysia.
Malaysia kini dan media Bangladesh melaporkan bahawa NCB Dhaka meminta operasi FWCMS dihentikan sementara dalam konteks siasatan yang sedang dijalankan.
FWCMS dikaitkan dengan Bestinet Sdn Bhd, syarikat yang diasaskan oleh Dato’ Aminul Islam dan telah lama memainkan peranan dalam ekosistem pengurusan pekerja asing Malaysia.

Beliau menggunakan kuasa wang untuk membayar penguatkuasa dan pegawai kerajaan
Perkara ini menjadikan surat NCB Dhaka bukan sekadar permintaan mendapatkan maklumat mengenai dua individu. Ia membawa persoalan lebih besar mengenai sistem dan struktur yang digunakan dalam proses pengambilan pekerja Bangladesh ke Malaysia.
Sekalipun NCB INTERPOL tidak semestinya satu permohonan ekstradisi formal namun siasatan penglibatan pemerdagangan migran terhadap Dato’ Amin Bangla dan rakan jenayahnya perlu disiasat pihak berkuasa dua negara.
Apakah tindakan susulan yang dilakukan terhadap maklumat dan permintaan bantuan siasatan yang dikemukakan oleh NCB Dhaka?
Sekiranya pihak Bangladesh sedang menyiasat dakwaan pemerdagangan manusia, pemerasan atau aliran kewangan berkaitan pengambilan pekerja ke Malaysia, sebahagian daripada bukti, transaksi, syarikat dan individu yang hendak diperiksa berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Malaysia.
Ini menjadikan kerjasama antara kedua-dua negara penting.
Antara persoalan yang wajar dijelaskan ialah sama ada NCB Kuala Lumpur telah menerima surat tersebut; agensi Malaysia mana yang dirujuk selepas penerimaan surat itu; apakah maklumat yang telah diberikan kepada Bangladesh; dan sama ada mana-mana individu yang dinamakan telah dipanggil untuk membantu siasatan di Malaysia.
Begitu juga, sekiranya pihak Malaysia berpandangan permintaan Bangladesh tidak memenuhi syarat undang-undang tertentu, perkara itu seharusnya dapat dijelaskan secara telus tanpa mencampuradukkan kerjasama siasatan NCB dengan proses ekstradisi formal.
Dua negara, satu rangkaian pengambilan pekerja
Kontroversi pengambilan pekerja Bangladesh bukan isu domestik Bangladesh semata-mata.
Pekerja direkrut di Bangladesh untuk memasuki pasaran pekerjaan Malaysia. Sistem pemprosesan, kelulusan dan penempatan pula melibatkan pihak serta infrastruktur di kedua-dua negara.
Sebab itu siasatan terhadap dakwaan sindiket tersebut secara logiknya memerlukan kerjasama rentas sempadan.

Laporan portal Bangladesh Prothomalo pada 19 September membongkar segalanya siapa Dato’ Ami Bangla. Begitu juga media di Malaysia seperti Malaysiakini dan The Star pada November 2024 menyatakan NCB Bangladesh telah menulis kepada NCB Malaysia pada 24 Oktober bagi mendapatkan kerjasama berkaitan Aminul Islam dan Ruhul Amin. Laporan sama turut menyebut permintaan supaya operasi FWCMS dihentikan sementara.
Perkembangan itu menunjukkan bahawa perkara berkenaan telah sampai ke tahap komunikasi rasmi antara saluran NCB kedua-dua negara.
NCB Interpol Malaysia perlu jelaskan kedudukan
Selepas kewujudan surat tersebut diketahui umum, persoalan yang masih memerlukan jawapan ialah apa yang berlaku selepas 24 Oktober 2024?
Adakah NCB Kuala Lumpur membuat semakan terhadap dakwaan yang disampaikan?
Adakah perkara tersebut dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia atau agensi penguatkuasaan lain?
Adakah pihak Bangladesh diminta mengemukakan dokumen tambahan?
Dan sekiranya Malaysia telah memberikan kerjasama, apakah bentuk kerjasama tersebut?
Penjelasan ini penting kerana isu yang dibangkitkan bukan semata-mata pertikaian komersial. Ia melibatkan dakwaan serius mengenai pemerdagangan manusia, eksploitasi pekerja migran dan aliran kewangan rentas sempadan.
Surat NCB Dhaka menunjukkan sekurang-kurangnya bahawa pihak berkuasa Bangladesh pernah menggunakan saluran kerjasama INTERPOL untuk mendapatkan bantuan daripada Malaysia.
Kini persoalannya bukan lagi sama ada surat itu pernah dihantar.
Persoalannya: apakah tindakan yang diambil selepas NCB Kuala Lumpur menerimanya — dan sejauh mana permintaan siasatan rentas sempadan itu telah disusuli?
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada Jun 2026 memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Kerajaan Bangladesh atau wakil diplomatik negara itu untuk mengekstradisi pengasas Bestinet Sdn Bhd, Datuk Seri Mohamed Aminul Islam Abdul Nor, yang turut dikenali sebagai “Amin Bangla”. Menurut Saifuddin dalam jawapan bertulis Parlimen, Malaysia dan Bangladesh tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, namun Dhaka masih boleh
Persoalannya mengapa Dato’ Amin Bangla ini terlalu kebal? Disebalik desas-desus pengambilalihan projek MyKad Malaysiapun beliau disebut bersama Datuk Seri Farhash mahu merampas projek MyKad dan INPReS.
