Baru-baru ini Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bermula tahun hadapan, semua ketua pegawai eksekutif dan pengurusan tertinggi GLC serta badan berkanun diwajibkan mengemukakan laporan prestasi bertulis suku tahunan merangkumi kemajuan projek, status kewangan, pencapaian KPI dan kecekapan operasi, dengan kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan kedudukan mereka disemak termasuk diganti atau ditamatkan perkhidmatan.
Lebih keras Hajiji memberi amaran GLC dan badan berkanun Sabah yang gagal mencatat keuntungan selama lima tahun berturut-turut berdepan risiko ditutup sekiranya tidak menunjukkan sebarang prospek pemulihan.
Namun ada satu GLC milik kerajaan negeri Sabah yang sepatutnya menjadi tulang belakang promosi pelaburan negeri kini semakin dilihat sebagai ‘aset peribadi’ oleh seorang CEO lantikan pinjaman dari UiTM Sabah Dr. Firdausi Suffian dan pegawai PR pilihannya. Dengan gaji puluhan ribu ringgit, kemudahan bertaraf korporat, dan kuasa meluluskan perbelanjaan, GLC ini kini lebih sinonim dengan cinta pejabat, tuntutan luar batas, dan pelanggaran protokol.
Malah didapati bersekongkol dengan Datuk Thomas Logijin Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sabah yang banyak terlibat salah guna kuasa rasuah dan skandal pejabat

Berikut merupakan kronologi Salah Guna Kuasa & Dana Awam oleh Dr. Firdausi Suffian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad;
1. Trip Osaka-Tokyo-KL: Dalam lawatan rasmi ke Osaka, hanya dua kakitangan telah diluluskan oleh kabinet. Namun, CEO membawa masuk pegawai PRnya, Ily Lia Affiqah, tanpa kebenaran. Mereka lanjutkan lawatan dua hari untuk membeli-belah tanpa mengambil cuti dan masih menuntut elaun harian daripada dana syarikat. Kes ini bukan sahaja langgar prosedur, malah jelas menyalahguna kedudukan. Menggunakan kuasa Datuk Thomas Logijin Setiausaha Tetap (SUT) untuk membawa skandal mereka!.



2. Pembayaran RM10,000: Ily Lia menerima bayaran sehingga RM10,000 (termasuk penerbangan dan penginapan) yang dimasukkan terus ke akaun peribadi kononnya untuk peranan sebagai emcee satu program luar negara. Namun, beliau masih menuntut bayaran tambahan daripada Invest Sabah. CEO meluluskannya, satu pelanggaran tatakelola terang-terangan. Kerajaan Sabah boleh menyemak transaksi salah guna kuasa ini.
3. Trip Brunei Tanpa Kelulusan: Trip ke Brunei dijalankan dahulu tanpa surat kebenaran kabinet. Hanya selepas pulang, CEO merayu Menteri MIDE untuk mendapatkan surat kelulusan bertarikh selepas lawatan tamat. Ini jelas langgar prinsip tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam.

Gangguan, Ugutan & Budaya Takut Dalam Pejabat
Ily dikatakan mengugut dan menekan Ketua Jabatan serta staf lain termasuk HR agar menandatangani tuntutan beliau tanpa semakan. Bila ditolak, beliau menangis dan mengadu kepada CEO skandalnya. CEO kemudian menegur HR agar “tidak menyusahkan staf”. HR terpaksa menjelaskan bahawa tuntutan Ily melebihi RM7,000 dan perlu diteliti.
Lebih teruk, Ily bertelagah dengan Ketua Jabatan beliau, menunjukkan sikap besar kepala, dan berkata beliau bebas bekerja di mana-mana jabatan sesuka hati. Walaupun Invest Sabah mempunyai PA CEO dan pegawai khas, CEO tetap membawa Ily ke hampir semua lawatan mencetuskan rasa tidak puas hati dan menjatuhkan moral staf lain.

Dalam satu kes, CEO dilaporkan berkata dalam mesyuarat pengurusan bahawa sesiapa yang menyebar gambar atau maklumat hubungan beliau dengan Ily akan “menyesal kemudian hari”, satu bentuk ugutan jelas. Kini, hampir semua staf tidak tahan dengan budaya toksik ini.
Penyalahgunaan Dana & Isu Percintaan Terbuka
CEO dan Ily kerap ke KL hampir setiap hujung minggu, kos tiket dan penginapan ditanggung syarikat. Seorang ejen pelancongan Invest Sabah turut mendakwa Ily mencadangkan agar mereka berkongsi bilik hotel untuk “menjimatkan kos”; satu kelakuan memalukan yang melampaui batas profesional. Ini skandal seks memalukan dari CEO Invest Sabah dengan stafnya. Bukan lagi rahsia.

Bagaimana mungkin seorang pensyarah pinjaman dari UiTM Sabah, yang dikhabarkan pernah menghilang diri semasa bertugas kerana gangguan emosi, kini diberi kuasa besar sehingga meminggirkan Ketua Jabatan, meluluskan tuntutan sendiri, dan mengubah GLC menjadi panggung percintaan?
Di Mana SPRM & BIGONS?
Siapa melindungi Dr. Firdausi Suffian dan Ily? Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah tak mungkin akan menyelamatkan CEO bermasalah seperti Dr. Firdausi Suffian. Datuk Thomas Logijin Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sabah dikatakan pelindung utama Firdausi dan Ily.
Adakah Invest Sabah bukan lagi GLC, tetapi pentas untuk cinta pejabat, ugutan, dan pembulian? Apakah misi asal penubuhannya untuk menarik pelaburan ke Sabah masih hidup? Atau misi jalan-jalan CEO bersama PRnya?
Rakyat Desak Campur Tangan Segera
Sudah tiba masanya GLC ini dikembalikan ke bawah seliaan terus Pejabat Ketua Menteri seperti model Invest Selangor dan Invest Sarawak. Pengurusan hari ini bukan sahaja gagal memartabatkan pelaburan ke Sabah, malah mencemarkan nama baik pentadbiran negeri.
Jika tiada tindakan segera, rakyat Sabah bakal terus rugi bukan hanya dari segi pelaburan, tetapi juga maruah. SPRM dan BIGONS tidak boleh lagi berdiam diri.
Siasat Sekarang. Hentikan penyalahgunaan kuasa. Bersihkan GLC Sabah. Dan kembalikan Dr Firdausi ke UiTM Sabah!

