Satu pendedahan yang amat mengejutkan sekali. Memang di luar tabii terus perangai penganjur E Hati ini. Saksi mengakui, isterinya dan peserta-peserta lain yang mengikuti program E Hati disuruh berbogel dan ada yang berpakaian separuh bogel.
Paling untung adalah suami Diyana Tahir, sesatunya lelaki yang ada dalam program itu. Peserta yang lain semua wanita. Apa justifikasi yang membolehkan suami Diyana Tahir itu untuk skodeng sama dalam program yang mana semua peserta wanita lain disuruh berbogel? Siap tunjuk pisang lagi. Kejadah apa yang suami Diyana Tahir nak ajar pada peserta. Ajar squirt?

Target pula semua perempuan muslim dan yang sedang menghadapi masalah keluarga. Memang jahat dan dajal sungguh kata Masyitah Ashari yang banyak mengupas isu isu ini secara terbuka dan berani dalam media sosialnya.
“Kenapa peserta wanita sahaja berdasarkan gambar. Apa keperluan Rahim di situ? Tak adakah fasilitator wanita lain selain Diyana untuk menggantikan fungsi Rahim? Situ pun dah red flag.” komen seorang netizen mempersoalkan kehadiran Rahim Shukor (suami kepada Diyana Tahir) dalam program E Hati.
Pada malam terakhir akan diadakan upacara Rebirth dan tarian berahi merupakan modul rasmi eHati.
Harganya RM 10,865 untuk dapatkan pakej amalan syirik dan melihat tarian berahi ini. Ini adalah antara modul-modul yang dibuat dalam program EHati yang dianjurkan oleh Diyana Tahir dan suaminya Rahim. Malam last itu adalah acara berbogel beramai ramai dalam dewan.
Difahamkan, ada peserta yang pada mulanya menolak untuk menanggalkan pakaian dan berbogel tetapi setelah diberikan minuman khas maka rasa malu itu hilang. Terus berbogel, berpeluk dan bercium tanpa ingat lagi dosa pahala.

Tarian bogel itu berlaku dalam program eHati di Shah Alam (IDCC) pada 27-30 September 2024. Isu kontroversi muncul pada hari terakhir 30/9/24 dewan IDCC Shah Alam untuk Sesi Queen Session. Perjumpaan peserta wanita sahaja dalam dewan lebih kurang 50 peserta.
Malam tu para peserta memang teruja untuk hadir ke kelas khas tersebut. Bila peserta masuk dewan, set up pun dah berbeza, suasana malap dan diiringi musik romantis. Setelah itu, beberapa orang Cleopatra (level tinggi dalam eHati) yang jadi fasi dalam program itu mula masuk ke dewan.
Tak lama kemudian, Diyana Tahir masuk ke dewan, malam tu dia tidak bertudung dan berpakaian seksi berbikini. Peserta mula berasa pelik, kenapa macam ni sekali? Ada peserta yang mula beristighfar mereka tergamam. Program apa dah ni? Kenapa berpakaian seksi macam tu?
Selepas itu, ahli Cleo yang lain cakap “tak ape jangan takut, u are safe here.”
Saat yang tidak terduga oleh peserta apabila Diyana Tahir dengan berani tanggalkan pakaian dia dan menari-nari bersama ahli Cleo. Dah macam dalam kelab malam. Masa ni memang ramai peserta yang mula rasa pelik dan seram sejuk. Lepas tu Diyana pun cakap, “sebelum mula sesi next, nak bagi minum air dulu”. Itulah air Piya yang rasa cokelat blend dengan pisang. Dia cakap air ni boleh buatkan kita rasa tenang, dia suruh niat benda-benda positif semasa nak minum.

Air jenama Piya yang dibuat sendiri oleh Diyana Tahir dan suami dia Rahim. Lepas 15 minit peserta minum air tu, mood tiba-tiba berubah. Dari rasa takut tadi, tiba rasa berani yang luar biasa, ghairah tu yang membuak-buak. Lepas tu ada beberapa Cleo yang datang ajak menari sekali, diorang memang menari dengan tarian seksi yang menghairahkan sambil bercomolot menjilat-jilat lidah antara satu sama lain.
Ada peserta yang terus tergamam dan rasa malu dengan melihat apa yang sedang berlaku. Diyana Tahir dan Cleo Syiela menari berdua dengan posisi seperti sedang ingin melakukan seks sejenis. Dia bercomolot dengan Cleo Syiela. Setelah itu, Diyana Tahir mengelilingi setiap peserta yang dibahagikan kepada 3 orang setiap kumpulan bersama ahli-ahli Cleo lain.

Diyana Tahir minta, siapa yang nak buang segala apa yang tak best dalam diri boleh ikut lakukan bersama-sama dia. Maka bermulalah upacara membuang masalah dengan mencampak pakaian dalam ke hadapan dewan. Cleo-Cleo eHati melakukan upacara itu, dan mereka berbogel.
Ada sebahagian peserta yang buat dan ada yang tak mahu buat. Sebahagian peserta membuka pakaian sehingga berbogel dan melamparkan pakaian termasuk pakaian dalam sehingga berbogel bulat untuk ikut serta Diyana.
Buang pakaian kononnya simbolik membuang semua masalah.. Astaghfirullah..kebodohan apakah yang diajarkan ini

Peserta juga mendakwa tak ada rasa bersalah atau rasa malu pun waktu itu, selepas minum Piya. Mereka dakwa merasa seperti sangat berani.
Diyana Tahir dan ahli CleoX lain terus memberi kata-kata perangsang kepada ahli lain yang baru join itu untuk sama-sama berbogel tetapi dia tidak paksa.
Tidak lama kemudian setelah sesi berjoget dan bertentangan mata telah selesai. Diyana Tahir mula memperkenalkan seorang model yang juga sedang berbogel di hadapan peserta untuk memulakan satu sesi Rebirth (lahir semula). Untuk sesi tu biasanya dibuat dalam tab mandi tapi oleh kerana dewan IDCC sukar untuk menyediakan tab mandi maka Diyana memulakan upacara Rebirth dengan “Sacred Bath” mandi suci dengan mengelap guna tuala basah sahaja.

Diyana membuat demo terlebih dahulu dengan membaringkan model tersebut lalu dimandikan dengan cara lapkan tuala basah ke badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Lepastu tutup model tu macam mayat dan tak lama kemudian dibuka semula, itulah Rebirth. Siapa yang melakukan upacara ini ia dikira lahir semula dan diri telah menjadi suci yang bersih daripada segala energi buruk dalam badan.
Setelah itu, dipecahkan peserta setiap kumpulan kepada 3 orang, seorang yang akan dimandikan dan dua orang lagi akan duduk sebelah menyebelah sambil mengelap badan dengan tuala suam yang mana Diyana Tahir telah membuat demonstrasi sebelum itu. Program pada hari tu berakhir dengan upacara rebirth ini.
Peserta EHati ini bukanlah orang-orang biasa. Dah berjawatan tinggi dalam kerajaan pun ada. Elok la Majlis Agama Islam Selangor kutip balik semua ini dan beri kursus yang sewajarnya agar sel-sel otak mereka kembali normal selepas diselewengkan oleh Air Piya dan pisang Rahim.