Enam Raw Water Pump Rosak Sekaligus, Apakah Ada Unsur Sabotaj Di Loji Air Ranhill SAJ?

Sejak hari Rabu lepas, dianggarkan 300,000 pengguna di Johor Bharu mengalami gangguan air yang tidak dirancang kerana pam rosak di loji rawatan air Sungai Johor.

Pengendali air Ranhill SAJ berkata motor untuk kesemua enam pam air mentah di premis itu rosak selepas ditenggelami air ketika hujan lebat pada Selasa (20 Mei). Bagaimana enam pam air mentah itu boleh rosak secara sekaligus? Apakah betul dakwaaan itu?

Raw water pump, Pam air mentah digunakan untuk memindahkan air yang tidak dirawat (dari sumber seperti sungai, tasik, laut atau telaga) ke sistem pemprosesan atau penyejukan. Hujan lebat dijadikan alasan oleh Ranhill SAJ untuk menjustifikasikan kesemua raw water pump itu rosak. Ianya perlu dinyatakan dengan lebih terperinci.

Rosak sebab apa? Ada debris, rosak motor akibat litar pintas atau akibat tekanan kuat air. Jika rosak disebabkan oleh kotoran yang dibawa oleh hujan lebat, ini bermakna SAJ Ranhill sendiri tidak mengurus persekitaran sedia ada dengan baik.

Ketua Komunikasi Korporatnya Ahmad Asri Kalbi berkata ketika dihubungi bahawa pembaikan adalah pada 30% pada petang Rabu (21 Mei) dan pam dimulakan semula secara berperingkat untuk memproses air mentah.

Perlu diingat ada peristiwa rasuah berlaku dalam SAJ Ranhill sebelum ini. Untuk pengetahuan, pada Januari 2025, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ranhill SAJ, Muhamad Faizal Aliar, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menipu syarikat tersebut berjumlah RM3.38 juta. Beliau didakwa memperdaya syarikat untuk mempercayai bahawa dua program kebajikan, iaitu “Program Imarah Ramadan 2023” dan “Program Prihatin Komuniti Madani 2023”, akan dilaksanakan, sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan. Pembayaran masing-masing sebanyak RM82,500 dan RM3.3 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik Pertubuhan Inspirasi Prihatin Malaysia.

Pada April 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai tertinggi Ranhill SAJ untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan menerima rasuah daripada dua kontraktor. Dakwaan tersebut melibatkan penerimaan rasuah sebagai balasan untuk membantu syarikat kontraktor memperoleh kontrak perkhidmatan dan pembekalan daripada Ranhill SAJ. Kedua-dua pegawai tersebut juga disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan permohonan sumbangan berjumlah RM3.3 juta untuk program yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Pada April 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai tertinggi Ranhill SAJ untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan menerima rasuah daripada dua kontraktor. Dakwaan tersebut melibatkan penerimaan rasuah sebagai balasan untuk membantu syarikat kontraktor memperoleh kontrak perkhidmatan dan pembekalan daripada Ranhill SAJ. Kedua-dua pegawai tersebut juga disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan permohonan sumbangan berjumlah RM3.3 juta untuk program yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Pada Mei 2024, anak syarikat milik YTL Power, SIPP Power Sdn Bhd, memperoleh 31.42% saham dalam Ranhill Utilities daripada Tan Sri Hamdan Mohamad dan entiti berkaitannya dengan harga RM405.18 juta (99.5 sen sesaham).

Selepas pembelian ini, pegangan gabungan YTL Power dan SIPP Power meningkat daripada 21.77% kepada 53.19%, menjadikan mereka pemegang saham majoriti dan mencetuskan Tawaran Pengambilalihan Wajib (MGO) kepada pemegang saham lain pada harga yang sama.

Bagaimanapun, sebahagian besar pengurusan SAJ Ranhill masih lagi dikuasai oleh orang-orang lama. Difahamkan mereka masih lagi mengamalkan “budaya lama”. Genap setahun, sejak Mei tahun lepas pengambilalihan oleh YTL, maka terjadilah “kerosakan luar biasa” pada keenam-enam raw water pump yang membangkitkan kemarahan 300,000 orang pengguna di Johor Bharu.

Ada pengguna terus menuduh apa yang berlaku adalah disebabkan oleh pembinaan pusat data YTL dengan NVIDIA di Johor yang sama sekali tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali. Pihak berkuasa perlu menyiasat penuh siapakah yang membuat laporan kerosakan ini dan bagaimana tender untuk membaiki keenam-enam raw water pump akan diuruskan.

Selagi ada penyakit lama di SAJ Ranhill, selagi itulah masalah dan kerosakan akan berlaku untuk memberi peluang kepada mereka yang berniaga dengan masalah tersebut. Kerajaan Negeri Johor perlu tegas membersihkan “budaya lama” dan saki baki yang tidak baik ini jika benarlah ada unsur sabotaj hingga merosakkan enam raw water pump sekaligus.

Back To Top