Pegawai SPRM yang ditularkan berhak mempertahankan nama baiknya sekalipun tiada kes dan kes itu ditutup oleh Azam Baki ketika menjadi Pengarah Siasatan (B1) SPRM. Jika MCW mahu kes dana RM350,000 disiasat semula, maka siasat semula penglibatan Azam Baki menyimpan dana RM350,000. Mengapa MCW dedah sekarang?Bukankah Azam Baki boleh mengambil tindakan ketika beliau KP SPRM sejak Mac 2020 hingga Mei 2026?
Kenyataan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, yang menggesa siasatan bebas terhadap dakwaan membabitkan seorang pegawai kanan SPRM perlu dinilai bersama keseluruhan latar kes.
Dalam kenyataan yang dipetik, MCW menyebut kejadian pada 13 November 2017, namun turut mengakui belum ada penjelasan rasmi yang dapat disahkan mengenai status siasatannya.
Dana sumbangan program pencegahan rasuah: Mengapa pegawai kanan disasarkan sedangkan Azam Baki Pengarah Siasatan simpan wang
Menurut sumber, wang RM350,000 itu merupakan dana sumbangan seorang bekas ahli Parlimen untuk pelaksanaan program pencegahan rasuah di kawasan Parlimen, bukannya bayaran rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan yang ditularkam.
Maklumat yang jelas Azam Baki, selaku Pengarah Siasatan ketika itu, mengarahkan dana tersebut disimpan, sedangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu telah mengesyorkan supaya wang berkenaan dipulangkan kepada penyumbang. Namun Azam Baki tidak mahu menyerahkan memandangkan dana sumbangan itu telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen itu.
Berdasarkan keterangan sumber itu, persoalan yang sepatutnya diketengahkan MCW ialah mengapa Azam Baki mengarahkan dana disimpan dan apakah tindakan susulan terhadap syor pemulangannya?
Jika MCW mahu kes ini dibuka semula, desakan siasatannya mesti turut menyebut peranan Azam Baki. Mengapa lantang membangkitkan tuduhan yang dikaitkan dengan pegawai kanan tetapi tidak mempersoalkan mengapa Azam Baki menyimpan wang RM350,000 ribu itu.
Azam Baki perlu menjawab dakwaan tentang pengendalian wang
Sumber turut mendakwa seorang pegawai bernama Maharidzwan Mahadzir Penguasa Kanan SPRM Gred 44 (PenMas) mengesahkan wang RM350,000 disimpan oleh Azam Baki, walaupun Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu telah mengarahkan pemulangannya.

Selain itu, sumber mendakwa Azam Baki turut membuat keputusan menutup kes tersebut.
Oleh itu pengesahan SPRM menubuhkan pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan dana RM350,000 membabitkan seorang pegawai kanan SPRM disambut baik. Langkah ini membuka ruang untuk memperjelas asal usul wang, tujuan pemberian dan pihak yang menentukan penyimpanannya, supaya keseluruhan tanggungjawab tidak diletakkan pada seorang pegawai tanpa penelitian menyeluruh. SPRM perlu menyiasat Azam Baki yang menyimpan dana itu sejak sekian lama.
Mengapa kes lama muncul sekarang?
Kemunculan semula dakwaan tahun 2017 memerlukan penjelasan tentang pencetusnya. Mengapa sekarang?
Sumber mendakwa Azam Baki mengarahkan beberapa pihak, termasuk MCW, membangkitkan isu tersebut.
MCW perlu menjelaskan asas kenyataannya serta bahan yang telah diperiksa sebelum membawa isu itu ke ruang awam.
Jais Abdul Karim, Presiden MCW terbukti budak suruhan Azam Baki
Jika melihat kepada kronologi dan kenyataan media MCW jelas Jais memang ‘penjilat’ tegar Azam Baki. Pelbagai isu dari pemilikan saham Azam Baki tahun 2022, pelantikan semula Azam sebagai KP SPRM hinggalah isu saman Azam Baki terhadap Bloomberg. Tugas MCW sejak awal ditubuhkan hanya mengikut telunjuk Azam Baki.

Namun ketika isu Azam Baki terkait dengan ‘Mafia Korporat’ Victor Chin dan cadangan mewujudkan RCI Azam Baki, Jais tidak pernah respon atau menyokong semula cadangan ahli parlimen PH, Rafizi, dan NGO Bersih. Mengapa? Sebab Jais MCW hanya mengikut arahan Azam Baki.

Jika benar MCW bebas mengapa tidak Jais menggesa SPRM siasat Azam Baki yang menyimpan wang RM350 ribu itu?
Jika benar Azam Baki bertindak terhadap isu itu mengapa pegawai yang sama ketika beliau sebagai KP SPRM yang berkuasa sejak mac 2020 hingga mei 2026 tidak mengambil tindakan malah melantik pegawai berkenaan sebagai Pengarah di beberapa bahagian SPRM.
Pendedahan MCW hanya menjerat Azam Baki semula jika siasatan dibuka.
