
Pengakuan MB Terengganu selepas sidang DUN tadi yang menceritakan situasi sebenar ketika beliau ‘ditahan’ telah memalukan dirinya sendiri. Malah saya sebagai rakyat terengganu juga terasa tempiasnya.
MB Terengganu akui gambar yang tular di KKIA itu adalah gambarnya. Nampaknya MB Terengganu ini tidak layak langsung nak dicalonkan sebagai bakal calon poster boy boleh PAS sebagai calon Perdana Menteri. Kena tahan 10 minit pun dah koyak.
Rupanya beliau ditahan hanya sekali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Itupun kerana beliau melalui laluan biasa dan bukan VIP
Memanglah kalau seorang MB, menteri, TPM malah PM sekalipun, yang melalui laluan biasa di airport akan disemak dahulu kerana atas faktor risiko keselamatan mereka.
Samsuri persoalkan pula kenapa tak dengar pun MB lain ditahan. Masalahnya MB lain buat pandai-pandai macam Samsuri ke?

Dr Samsuri juga mengaku itulah kali pertama dia ditahan. Sebelum ini dia tidak ditahan kerana sentiasa melalui laluan VIP di KLIA. Beliau akui ditahan tak sampai pun 30 minit. Ada sumber yang mendakwa cuma 10 minit.
Jadi sekarang ini masalahnya bukan pihak berkuasa. Tapi masalah sebenar adalah Samsuri. Samsuri yang tidak faham undang2 imigresen Sabah. Samsuri yang tidak faham tanggungjawab pihak berkuasa keselamatan negara.
Samsuri yang tidak tahu bersabar.
Setiap pergerakan VVIP sememangnya perlu diketahui oleh pihak berkuasa kerana mereka adalah individu penting negara.
Saya beri contoh baru-baru ini di bulan Ramadan apabila sahabat saya Naib Ketua UMNO Ampang berjumpa Dato Seri Zahid Timbalan Perdana Menteri ketika menunaikan umrah.
Beliau menjemput Dato Zahid untuk mengunjungi sebuah sekolah tahfiz yang diuruskannya di Madinah.
Dato Zahid minta supaya dihubungi dahulu Konsulat Malaysia di Saudi kerana pihak berkuasa negara kita perlu tahu keberadaan beliau setiap masa walaupun di luar negara.
Hanya jika konsulat Malaysia membenarkan pergerakan beliau ke sana, barulah beliau boleh mengunjungi sekolah tahfiz sahabat saya tersebut
Tiada sebarang isu pun.
Tidak pula TPM mengatakan pergerakan beliau dikawal. Sebab dia tahu itu adalah demi keselamatannya juga
Malulah Samsuri. Buat cerita mengarut macam ni. Kena tunggu sekejap sebab silap sendiri pun merengek-rengek. Kena tahan 10 minit pun dah koyak.
-Pemerhati Politik –