Konspirasi Mafia Korporat? Isteri Victor Chin Boon Long jual 9.53% saham MMAG kepada NexG Bhd!

Bermula memperdaya Datuk Abu Hanifah kuasai Datasonic, buang lembaga pengarah, pujuk proksi saham anak Tan Sri Muhyiddin Yassin jual saham, jadikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman jutawan, dan kini isteri Victor Chin Boon Long, Madam Chan Swee Ying jadikan Nex G Pemegang Saham utama dalam MMAG. Apa motif? mungkin selepas ini Madam Chan Swee Ying akan jadi Pengarah di NexG Bhd? Victor Chin pasti akan cari jalan kikis wang tunai Next G sebagaimana NexG atau Datasonic beli syarikat sampah Innov8tif Holdings RM40 juta milik Revenue Group Bhd

Datasonic atau NexG Bhd kini benar-benar milik mafia korporat. Keluarga Tan Sri Muhyidin Yassin melaui Dato’ Safian Yunus telah menjual semua sahamnya.

Bukan itu sahaja Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bekas KSU MOT yang juga Pengerusi MMAG dicipta menjadi jutawan melayu segera sebagai pemegang saham NexG. Semuanya telah dirancang rapi, kini isteri Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat menjual pula sahamnya kepada NexG agar kelihatan NexG membeli menguasai MMAG.

Inilah cara mafia korporat mencuci wangnya sama ada jual beli saham atau syarikat.

Tiba-tiba NexG menjadi pemegang saham utama MMAG Holdings  Bhd dengan pegangan sebanyak 9.53%.

Ini susulan NexG memperoleh 175 juta saham, mewakili kepentingan ekuiti sebanyak 7.58% dalam MMAG, dengan harga RM70 juta atau 40 sen sesaham secara tunai melalui transaksi perniagaan langsung pada Khamis.

Pegangan ini diperoleh sepenuhnya daripada Chan Swee Ying, yang turut meletakkan jawatan sebagai pengarah ganti MMAG dan berhenti menjadi pemegang saham utama syarikat itu pada hari yang sama.

Pembelian saham pada harga 40 sen sesaham ini merupakan diskaun kira-kira 38% berbanding harga penutupan MMAG pada 64.5 sen pada Khamis.

NexG sebelum ini telah membeli 45 juta saham atau pegangan 1.95% dalam MMAG pada harga RM18 juta pada 5 Mac.

Butiran pelaburan oleh NEXG dalam Saham MMAG adalah seperti berikut:

Tarikh PelaburanBilangan Saham MMAGKos Pelaburan (RM)Peratusan Pegangan Saham dalam MMAGPeratusan Aset Bersih NEXG
05.03.202545,000,00018,000,000.001.95%4.90%
27.03.2025175,000,00070,000,000.007.58%19.08%
Jumlah220,000,00088,000,000.009.53%23.98%

Susulan Pelaburan ini, NEXG akan menjadi pemegang saham utama MMAG pada tarikh pengumuman ini.

“Pelaburan ini memberi peluang kepada syarikat untuk mempelbagaikan operasi ke dalam segmen lain, termasuk perniagaan pengurusan rantaian bekalan MMAG,” kata NexG dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia.

“NexG boleh menyediakan penyelesaian keselamatan dan ID yang menyeluruh dengan sokongan logistik bersepadu melalui perkhidmatan logistik, pergudangan, dan penerbangan MMAG,” tambahnya.

Mengapa MMAG?

Setakat 26 Mac 2025 modal saham biasa yang diterbitkan oleh MMAG adalah sebanyak RM578,368,987.97 yang terdiri daripada 2,309,706,651 saham biasa.

Pengarah MMAG dan pegangan saham masing-masing dalam MMAG setakat LPD adalah seperti berikut:

NamaKepentingan Langsung(%)Kepentingan Tidak Langsung(%)
Chong Koon Meng440,0000.02
Chin Boon Long282,362,400(1)12.23
Ahmad Luqman Bin Mohd Azmi3,000(2)
Dato’ Sok One A/L Esen
Yeap Say Woi
Haji Noorzainy Bin Haji Mohd Noor
Dato’ Che Nazli Binti Jaapar
Azman Bin Mat Ali
Chan Swee Ying (Pengarah Alternatif kepada Chin Boon Long)282,362,40012.23

Nota: (1) Kepentingan dianggap dimiliki oleh Chin Boon Long melalui pegangan saham isterinya, Chan Swee Ying, dalam MMAG.

Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying

Siapa pemegang saham utama MMAG sebelum ini?

Setakat 26 Mac 2025, pemegang saham utama MMAG dan pegangan saham masing-masing dalam MMAG adalah seperti berikut:

NamaPegangan Langsung (Bilangan Saham Biasa)(%)Pegangan Tidak Langsung (Bilangan Saham Biasa)(%)
Chin Boon Long282,362,400(1)12.23
Chan Swee Ying282,362,40012.23
Velocity Capital Partner Berhad150,000,0006.49
DB Atlantic Capital (M) Sdn Bhd150,000,000(2)6.49
Dato’ Fam Chee Way150,000,000(3)6.49

Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying, dalam MMAG memegang 12.23% selain pegangan sahamnya dalam Velocity Capital Partner Berhad dan DB Atlantic Capital (M) Sdn Bhd. Dato’ Fam Chee Way atau Dato’ Ben memegang 6.49%.

Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, muncul sebagai pemegang saham utama NexG pada 24 Mac.

Pada hari yang sama, beliau juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi MMAG bagi “meneruskan kepentingan lain” walaupun beliau pada November 2024 telah dilantik Pengarah Eksekutif dalam NexG/ Datasonic.

Goreng’ saham MMAG

24 Mac lalu The Edge melaporkan saham MMAG menjunam sehingga 17.5 sen atau 22.44% kepada 60.5 sen dalam dagangan sebelah petang pada Isnin, menyebabkan Bursa Malaysia Securities menggantung jualan singkat intrahari untuk baki hari tersebut.

Saham itu pada awalnya bermula dengan baik, dibuka pada 78.5 sen, meningkat daripada penutupan sebelumnya pada 78 sen, dan naik ke paras tertinggi intrahari sebanyak 80 sen. Namun, kaunter tersebut kehilangan momentumnya, jatuh ke paras terendah intrahari 60.5 sen sebelum pulih dan ditutup pada 64.5 sen — masih merosot sebanyak 13.5 sen atau 17.31%.

Aktiviti dagangan melonjak, dengan 9.61 juta saham bertukar tangan, hampir empat kali ganda daripada purata volum dagangan 200 hari sebanyak 2.59 juta saham. Pada harga penutupan 64.5 sen, syarikat itu dinilai pada RM1.47 bilion. Harga sahamnya telah meningkat hampir 25% sejak awal tahun ini.

Kejatuhan saham MMAG susulan penjualan saham oleh para pemanipulasi saham kerana aktiviti mengaut untung selain pengumuman peletakan jawatan Pengerusinya Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Pada Khamis (27 Mac), MMAG ditutup susut 1.5 sen atau 2.27% pada 64.5 sen, dengan modal pasaran sebanyak RM1.49 bilion. Sementara itu, NexG ditutup tidak berubah pada 25.5 sen, dengan modal pasaran RM757.6 juta.

Back To Top