Kuala Lumpur dan Kuching Jadi FE Division CIA di tahun 60an

Lebih dari 2.000 dokumen terkait penyiasatan pembunuhan Presiden AS John F Kennedy pada 22 November 1963 telah didedahkan kepada umum sejak 19 Mac lepas.  

Dalam dokumen tersebut terdedah dua bandar di Malaysia menjadi markas CIA iaitu Kuala Lumpur dan Kuching sekitar tahun 60an. Dua bandar ini dikenali sebagai Far East Divison atau nama ringkasnya FE Division.

Peranan FE Division adalah bertanggung jawab terhadap operasi perisikan dan analisis berkaitan kawasan Asia Timur dan Pasifik. FE Divison terlibat dalam berbagai kegiatan perisikan, termasuk pengumpulan maklumat, analisis, dan operasi rahsia di kawasan tumpuannya.

Selain Kuala Lumpur dan Kuching, markas FE Division CIA juga berada di Jakarta, Medan, Surayabaya, Bangkok, Hong Kong, Honolulu, Singapura, Manila, Melbourne, Okinawa, Saigon, Seoul, Taipei, Tokyo, Vientiane, dan Wellington.

Siasatan yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat merumuskan bahawa Lee Harvey Oswald,bekas anggota Marin AS yang pernah membelot ke Soviet Uniton, bertindak sendiri ketika menembak kenderaaan JFK dari sebuah kilang.

Oswald kemudian dibunuh hanya dua hari setelah kejadian pembunuhan JFK oleh seorang pemilik kelab malam bernama Jack Ruby, ketika dia dipindahkan ke penjara.

Back To Top