Menteri Pertahanan Terima kunjungan hormat Daripada CEO Thales International

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thales International, Pascale Sourisse, yang diiringi oleh delegasi pada hari Rabu di Kementerian Pertahanan.

dalam satu hantaran di Facebook, Mohamed Khaled  berkata salah satu topik utama yang dibincangkan adalah peningkatan keupayaan industri pertahanan tempatan, selaras dengan usaha negara untuk mencapai kebergantungan kendiri.

“Thales merupakan syarikat multinasional terkemuka dari Perancis dalam sektor aeroangkasa, pertahanan, dan keselamatan.

“Saya percaya bahawa pencapaian matlamat kami boleh disokong oleh pemain industri global melalui inisiatif seperti pemindahan teknologi dan Program Kolaborasi Industri (ICP),” katanya.

“Diharapkan hubungan kukuh yang telah terjalin selama ini akan terus berkembang, memberikan manfaat kepada industri pertahanan negara,” tambahnya.

Back To Top