KUALA LUMPUR: Hibiscus Petroleum Bhd menyelesaikan perjanjian ‘farm-in’ dengan Petronas Carigali Sdn Bhd untuk memperoleh 30 peratus kepentingan penyertaan dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) PM327.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, unit milik penuh tidak langsungnya, Straits Hibiscus Sdn Bhd, telah menerima kelulusan peraturan daripada syarikat minyak nasional, PETRONAS), melalui Malaysia Petroleum Management (MPM).
“(Kelulusan peraturan) telah diperoleh dan syarat-syarat terdahulu telah dipenuhi pada 30 September 2024, sekali gus melengkapkan farm-in,” katanya tanpa mendedahkan nilai transaksi berkenaan.
Hibiscus pada 23 Ogos lalu mengumumkan rancangan untuk memperoleh 30 peratus kepentingan dalam PM327, blok penerokaan terbesar di luar pantai Semenanjung Malaysia, yang terletak di selatan Kawasan Pengaturan Komersial PM3 (PM3 CAA) di Lembanga)n Melayu Timur Laut, di luar pantai Malaysia dan Vietnam.
PSC PM327 meliputi kawasan lebih daripada 12,500 kilometer persegi, dengan kedalaman air antara 20 meter hingga 75 meter.
Sementara itu, aktiviti penerokaan telah dimulakan pada 2023, termasuk pemerolehan data seismik 3D baharu, pemprosesan semula data seismik sedia ada, dan penggerudian berfasa telaga penerokaan.