Baru-baru ini tular video En Mustakim, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang terlepas cakap, bila berunding dengan sekumpulan penduduk di Kampung Chemomoi, Pahang.
Video yang ditularkan itu amatlah berat sebelah kerana netizen di Malaysia ini tidak mengenali dengan jelas kronologi kejadian, mengapa ia berlaku dan siapa dalang sebenar di sebalik provokasi yang dilakukan terhadap En Mustakim, seorang penjawat awam yang hanya menjalankan tugasnya bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan.
En Mustakim dan pasukannya masuk bagi melihat dan meninjau kawasan ladang sawit yang diteroka secara haram itu tetapi telah dihalang oleh kumpulan Sindiket Ladang Sawit Haram ini.
Dalam video tersebut yang terlibat sama adalah Cala, seorang gengster daripada Klang, Selangor yang memanipulasi penduduk bagi memprovokasi En Mustakim ketika insiden di Chemomoi pada hari Selasa lepas. Apa yang Cala buat hingga penduduk di situ jadi ekstrems terhadap dia dan marah sangat pada Mustakim?

Cala menguasai mereka secara membayar gaji bulanan daripada hasil sawit haram. Mereka jadi ekstrems bila mendapat gaji dan habuan daripada hasil ladang sawit haram Cala dan adiknya.
“Sindiket Ladang Haram Sawit” Chemomoi oleh gangster bersaudara daripada Klang, Selangor yang bernama Cala (Abang) dan Siva (Adik) adalah orang terkaya di Chemomoi. Boleh lihat gambar rumah milik Cala dan saudaranya dalam gambar di bawah ini.

Cala dan adiknya sahaja memilik kira-kira 100 ekar ladang sawit haram di Chemomoi. Bagaimana cara Cala dan adiknya Siva menjadi kaya adalah memanipulasi penduduk setempat (Melayu dan Orang Asli) untuk menjual sawit yang diperolehi di tanah yang teroka secara haram kepada mereka.
Dalam setiap ekar tanah dan ladang sawit yang dibuka secara haram itu, Cala dan Siva akan memilik saham sekitar 20% hingga 30%, inilah cara Cala dan Siva menghasut dan memperdayakan penduduk agar terus menerus mengambil hasil sawit secara haram ini bagi keuntungan mereka sahaja.

Ada penduduk yang tahu mereka sudah terperangkap dengan sindiket ladang haram sawit ini, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuatnya pengaruh gengster ini terhadap mereka. Ugutan dan keselamatan diri menjadi penghalang untuk mereka menceritakan perkara sebenar.
Namun ada juga yang berani menampilkan diri memberikan cerita yang sebenar agar netizen faham situasi sebenar yang berlaku. Ada mereka yang mendedahkan perkara ini sudah tidak sanggup lagi makan duit haram secara bulanan dan bersekongkol dengan gengster luar yang ingin mengkucar kacirkan keadaan.

Ada penduduk yang hadir untuk sesi rundingan dan penyelesaian secara baik yang ditawarkan oleh YB kawasan dan pihak berkuasa. Tetapi akibat ugutan dan termakan doktrin gengster mereka ini menjadi hilang pertimbangan akal dan mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Cala dan Siva.
Malah mereka yang tetap taat dan setia dengan Titah Tuanku Sultan tentang penerokaan haram ini akan tampil bagi membongkar satu persatu sindiket ladang sawit haram yang selama ini menjadi merompak, menyakau dan meniriskan hasil negeri Pahang ke tangan-tangan gengster dari luar Pahang ini.
Banteras Sindiket Ladang Sawit Haram di Pahang !!!
