KUALA LUMPUR: Pencalonan Ketua Cawangan C, Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Shukri Mohd Said atau BOBO sebagai finalis kategori Compliance Leader of the Year dalam ICA Compliance Awards APAC 2026 telah mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk persoalan mengenai proses penilaian dan tapisan yang digunakan sebelum seseorang pegawai dicalonkan mewakili institusi di peringkat antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Pencalonan Ketua Cawangan C, Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Shukri Mohd Said atau BOBO sebagai finalis kategori Compliance Leader of the Year dalam ICA Compliance Awards APAC 2026 telah mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk persoalan mengenai proses penilaian dan tapisan yang digunakan sebelum seseorang pegawai dicalonkan mewakili institusi di peringkat antarabangsa.
Pencalonan itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama tiga lagi penyertaan yang berjaya disenaraikan sebagai finalis dalam empat kategori utama anugerah berkenaan.
Menurut SPRM, pencalonan tersebut mencerminkan komitmen berterusan warga suruhanjaya dalam memperkukuh integriti, pematuhan, tadbir urus serta usaha pencegahan rasuah. Mohd Shukri turut menyifatkan pencalonan itu sebagai satu penghormatan kepada SPRM dan bukti dedikasi pasukan beliau dalam melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan pematuhan.
Namun begitu, pengiktirafan pada peringkat antarabangsa lazimnya datang bersama tahap penelitian awam yang lebih tinggi.
Anugerah yang mengangkat nilai integriti, tadbir urus dan pematuhan bukan sahaja menilai pencapaian profesional, malah turut bergantung kepada keyakinan terhadap kredibiliti individu yang dicalonkan.
Bagaimana BOBO yang punya skandal rasuah dipilih?
Pelbagai pihak mempersoalkan bagaimana Mohd Shukri @BOBO yang terpalit skandal rasuah ugut saksi terpilih mewakili SPRM?

Sebelum ini, portal The Malaysian Corporates pernah menerbitkan laporan yang menggesa kepimpinan baharu SPRM menilai semula kedudukan beberapa pegawai kanan yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Azam Baki bekas KP SPRM.
SYOR BACA
Namun begitu, pelbagai dakwaan dan persepsi negatif telah lama berlegar berkaitan kaedah pengendalian beberapa siasatan di bawah penyeliaan Mohd Shukri @BOBO Antara isu yang sering diperkatakan ialah dakwaan berkaitan tekanan terhadap saksi, layanan yang didakwa tidak adil, pengeluaran kompaun yang dipersoalkan, kerana hubungan dengan pihak berkepentingan seperti WZR group dan Redtech Offshore Sdn Bhd. Ramai pegawai SPRM yang tahu.
Bagaimana BOBO boleh menganiaya syarikat Petrofield dengan menjadi barua Redtech dan ZJ Advisory MEX Holding yang kena kompaun atas syor Shukri Bobo!
Apakah semua dakwaan untuk pegawai ini disiasat?


Ramai pegawai SPRM tahu, BOBO mempunyai hubungan dengan syarikat WZR Property Sdn Bhd (WZR Group), pemaju dan kontraktor yang terlibat dalam pembangunan NU Mayang Mall di Kuala Terengganu. Projek Mayang Mall pernah menjadi perhatian apabila disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun 2022 berhubung dakwaan tuntutan palsu yang melibatkan beberapa pegawai Pelaburan Hartanah Berhad.

Bukan rahsia WZR Group pemaju utama projek Paraiso Residence (Paraiso @ The Earth) di Bukit Jalil menyediakan sebuah unit kondominium kepada Mohd Shukri untuk didiami sementara ketika proses renovasi kediamannya dijalankan.Reno
Keadaan ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajar dijawab secara terbuka demi memelihara keyakinan orang ramai terhadap institusi:
- Adakah pihak pengurusan telah menjalankan semakan integriti secara menyeluruh sebelum menghantar pencalonan ini ke pentas antarabangsa?
- Sekiranya masih terdapat persoalan yang belum dijawab, mengapa terburu-buru mengangkat seseorang sebagai simbol kepimpinan pematuhan? Lebih membimbangkan, pengiktirafan seperti ini bukan sahaja mencerminkan individu yang dicalonkan, malah membawa nama keseluruhan SPRM di mata komuniti pematuhan antarabangsa.
- Jika kelak timbul sebarang isu yang menjejaskan kredibiliti calon tersebut, siapakah yang akan memikul tanggungjawab terhadap kerosakan reputasi institusi?
- Apakah SPRM ketandusan pegawai lain yang mempunyai rekod perkhidmatan bersih, bebas kontroversi dan lebih layak diketengahkan?
- Atau adakah proses pencalonan ini dipengaruhi oleh pertimbangan dalaman yang tidak diketahui umum?
Persoalan-persoalan ini tidak boleh diketepikan kerana integriti bukan sekadar slogan. Integriti mesti dizahirkan melalui tindakan dan keputusan yang boleh dipertahankan di hadapan rakyat.
Demi menjaga maruah SPRM sebagai institusi pencegahan rasuah negara, pihak pengurusan serta penganjur ICA wajar menilai semula pencalonan ini secara objektif.
Sebarang isu integriti yang masih menjadi tanda tanya sewajarnya diperjelaskan terlebih dahulu sebelum sebarang pengiktirafan diberikan.
Anugerah boleh meningkatkan reputasi seseorang. Namun, jika diberikan kepada individu yang masih dibayangi persoalan integriti yang belum dijawab, ia juga berpotensi menjadi liabiliti kepada organisasi yang diwakilinya.
Bagaimana jika selepas ini ada pihak mengemukakan bukti salah laku rasuah Shukri @ Bobo dengan WZR group dan Redtech Offshore Sdn Bhd?
