Bekas CEO PHB Ditemukan Maut Di Pejabatnya

KUALA LUMPUR – Komuniti perniagaan di Malaysia dikejutkan dengan berita seorang ahli perniagaan iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PHB,  Raymon Chan Boon Siew ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di pejabatnya semalam.

Menurut sumber, mangsa  dijumpai tidak sedarkan diri dengan sehelai kain putih tergantung di lehernya di ruang pejabatnya sendiri. Pada mulanya, kejadian ini disyaki sebagai kes mencabutnya nyawa sendiri dan  Pihak berkuasa kini  sedang menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan motif dan punca sebenar kes membabitkan ahli perniagaan terbabit.

Menerusi semakan, Raymond Chan merupakan seorang tokoh yang disegani dalam dunia korporat dan merupakan pemegang saham utama PHB. PHB, yang dahulunya dikenali sebagai NICORP Corporation Limited, telah mengalami pelbagai perubahan besar di bawah kepimpinannya. Namun, Namanya  mula tercemar apabila beliau berdepan dengan beberapa isu perundangan melibatkan perdagangan orang dalam.

Pada awal Julai 2024, beliau  telah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atas kesalahan perdagangan secara dalaman dan  didakwa telah membocorkan maklumat dalaman kepada seorang individu bernama Lim Tian Huat yang kemudian bertindak membeli saham PHB sebelum maklumat tersebut diumumkan kepada orang ramai. Tindakan tersebut melanggar Seksyen 188(3)(a) dan Seksyen 188(2)(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memfailkan kes terhadap Zeng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon agar beliau mengembalikan keuntungan yang diperolehnya melalui transaksi  tersebut sebanyak RM25.4475 juta. Selain itu, beliau juga diarahkan membayar denda sivil sebanyak RM1 juta.

Menurut butiran kes, Raymond  telah membocorkan niat untuk membeli saham dalam Crest Energy Sdn Bhd, yang ketika itu beliau merupakan pemegang saham utama PHB, pada 8 Februari sebelum PHB membuat pengumuman awam kepada Bursa Malaysia. Penglibatan Raymond  dalam kes ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan menjejaskan reputasi syarikat.

Back To Top