Meletup seluruh negara dengan pendedahan yang dibuat. Ada pulak seorang Ustaz Jelmaan mempergunakan nama dakwah dan agama untuk kepuasan nafsu serakahnya sendiri. Bila disemak, Ustaz Jelmaan ini bukannya lulusan agama secara formal, dia adalah lulusan arkitek dari UiTM.
Dua wanita mangalami kerugian RM140,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang juga penceramah bebas berkaitan projek pembangunan sekolah agama di Selangor.
Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua pemilik syarikat berusia awal 40-an berkaitan kes itu di daerah Shah Alam dan Gombak.
“Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an pada tahun 2020. Lelaki itu didakwa memperdaya mangsa bagi tujuan projek pembangunan sekolah agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hussein berkata, mangsa pertama melakukan tiga transaksi berjumlah RM60,000 antara Ogos hingga September 2020 manakala mangsa kedua pula membuat bayaran sebanyak RM80,000 pada tahun 2019.
“Siasatan mendapati modus operandi suspek adalah dengan menggunakan nama institusi agama bagi meraih kepercayaan mangsa.
“Mangsa kemudiannya menyerahkan sejumlah wang kepada suspek bagi tujuan pembangunan sekolah tersebut,” katanya.
Jelas beliau, dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Seorang aktivis masyarakat mendedahkan juga di media sosial miliknya mengenai taktik Ustaz Jelmaan tersebut. Tulisnya ;

“Dari 11am sehingga 2.30 petang tadi, berada di IPD Shah Alam.
Saya telah mengumpul mangsa2 ustaz jelmaan aka penunggang agama, yang ditipu / diperdaya di bawah jenayah commercial pula, untuk membuat lapuran. Ada yg pm saya, ada yang wasap, ada yang reached saya melalui mangsa2 lain.
Alhamdulillah usaha untuk mengumpulkan semua sekali ( ada yg tak dapat datang ke ipd shah alam telah turut membuat lapuran di masa yang sama di ipd berdekatan tempat mereka) berjaya dilaksanakan wlu memakan masa saya sehingga 4 jam.
Kesian, mereka2 di atas diperdaya dari 6k, 10k, 40k, 60k dan 80k. Kalau kes pinjam duit 3-5 ribu, bersepah2, itu belum saya sempat kutip info.” ulas aktivis masyarakat yang bernama Mona Din dalam media sosialnya.
Sebelum kes ini meletup, pada awal bulan Julai, aktivis itu turut memaparkan Bapa Ustaz Jelmaan dan isteri-isteri Ustaz Jelmaan itu ada menelefonnya berkali kali untuk melindungi kes itu agar tidak dibawa ke pihak berkuasa.

“Subuh tadi isteri no 1 & 3 ustaz jelmaan called berkali2 hp saya, terpekik-pekik.
Sekarang, bapa dia pula dok call non stop. Kesian satu keluarga kena bekerja kuat nak protect si jelmaan. Yang tuan badan lari menyorok !”
Hari ini sudah terbongkar kisah sebenar Ustaz Jelmaan itu dan satu dunia tahu yang Ustaz Jelmaan itu benar-benar menunggang agama dan menyalahgunakan nama pendakwah. Memalukan dan lebih teruk nafsunya dari Daddy Hot dan cerita Walid arahan Erma Fatima.