Datin Seri Pamela Ling Yueh Menuduh Suaminya Memalsukan Tandatangan Syarikat Berpangkalan Di Singapura

Datin Seri Pamela Ling Yueh  menuduh suaminya, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu memalsukan tandatangannya dalam dokumen pemindahan saham syarikat berpangkalan di Singapura, Multi Galaxy Pte Ltd, lalu membuat aduan kepada SPRM sebagai cara menekannya supaya menarik balik tindakan undang-undang di Singapura.

Pamela mendakwa penahanannya dan sekatan perjalanan adalah sebahagian daripada gangguan yang dimulakan suaminya, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu susulan perceraian serta pertikaian perniagaan antara mereka.

Pamela juga mendakwa pegawai SPRM menyalahguna kuasa untuk memaksanya menyelesaikan pertikaian bersama suami termasuk bertindak membekukan akaun bank milik bapanya dan membuat ugutan semasa melakukan siasatan terhadapnya.

Dalam permohonan pada 7 April itu, SPRM didakwa menggunakan kuasa di bawah Akta SPRM dan Akta AMLA untuk menekan Pamela supaya menyelesaikan pertikaian peribadi dengan bekas suaminya, dan bukannya untuk penyiasatan sah.

Pamela dilaporkan hilang pada 9 April ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM di Putrajaya, hari beliau dijadualkan memberi keterangan untuk kali kesembilan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, kenderaan e-hailing yang dinaiki Pamela dihalang tiga kereta jenis Toyota Camry, Nissan Almera dan Nissan Teana manakala dua lagi kereta menghalang lalu lintas.

Beliau berkata, sekurang-kurang lapan individu termasuk memakai vest dan seragam polis dianggarkan terbabit kejadian itu.

Sehingga kini, polis masih mengesan keberadaan wanita itu dan tidak menolak kemungkinan beliau masih berada di negara ini.

Back To Top