Kelab Bolasepak Sri Pahang Digesa Tolak Tawaran ‘Datuk Scammer’

Malaysia masih lagi panas dengan penangkapan hartawan hartanah scammer di Pulau Pinang yang terlibat dengan skim ponzi Ops Northern Star Dan Skim Ponzi Mobility Beyond Imagination, Tan Sri Datuk Alex Ooi, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif kepada syarikat Ideal Property Group .

Tiba-tiba di pantai timur muncul juga seorang hartawan menawarkan diri untuk membeli Kelab Bolasepak Sri Pahang. Orang ini tidak bergelar Tan Sri, tetapi bergelar Datuk. Dibimbangi mereka ini adalah scammer yang mahu mempergunakan kelab bolasepak untuk menghalalkan kerja-kerja tidak baik mereka. Rekod lampau Datuk ini meragukan.

Syarikat Sri Pahang dinasihatkan supaya berhati-hati dan meneliti latar belakang individu yang menawarkan diri untuk membeli saham syarikat tersebut, susulan dakwaan terhadap seorang tokoh korporat yang pernah dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan kegagalan melunaskan tanggungjawab kontrak.

Individu terbabit, Datuk Mohd. Nazrul Izad Mohd. Arsad, Pengerusi NNA Land Sdn Bhd, dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat berkenaan. Namun, latar belakang beliau menimbulkan keraguan dalam kalangan pemain industri.

Difahamkan, Mohd. Nazrul pernah didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram sekitar tahun 2016, selain dikaitkan dengan beberapa insiden melibatkan ketidakpatuhan terhadap perjanjian kontrak serta kegagalan menjelaskan bayaran kepada kontraktor yang dilantik.

Ketika tahun 2016, Datuk Nazrul pernah menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad (KPHP) telah didakwa di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya kerana kes money laundering melibatkan sejumlah RM1.52 juta.

Dia didakwa menerima wang daripada aktiviti haram melalui cek yang dibankkan ke dalam akaun milik Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya di Hong Leong Bank Berhad dan dituduh melakukan kesalahan itu pada 26 November dan 29 November pada 2013 dan Februari 2014 di Taman Setapak Indah Jaya di Kuala Lumpur.

Bukan setakat itu sahaja, Mohd Nazrul pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, atas enam pertuduhan memperdayakan tiga individu dengan menawarkan lot tanah tidak wujud membabitkan kerugian RM114,067 pada 2010.

Lebih membimbangkan, beberapa projek perumahan rakyat yang dianugerahkan kepada syarikat kendaliannya, NNA Land, didakwa tidak disempurnakan mengikut jadual atau terbengkalai, sekali gus memberi kesan kepada pembeli dan kontraktor terlibat.

Siasatan lanjut turut mendedahkan wujudnya kaitan langsung antara NNA Land dan syarikat lain, KDMI Holding Sdn Bhd, menerusi anak beliau, Nur Nasrin Aqmar binti Datuk Mohd. Nazrul. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDMI Holding dan dalam masa sama juga berperanan sebagai Pengarah Urusan NNA Land & Construction Sdn Bhd. Peranan strategik beliau dalam kedua-dua entiti ini menimbulkan persoalan mengenai pemusatan kuasa serta pengaruh dalam pengurusan projek yang melibatkan dana dan kepentingan awam.

Selain penglibatan dalam sektor hartanah, Mohd. Nazrul juga aktif dalam politik sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Indera Mahkota. Terdapat dakwaan bahawa nama parti turut digunakan untuk meraih projek kerajaan, meskipun prestasi pelaksanaan projek tidak memenuhi jangkaan.

Seorang kontraktor yang enggan dinamakan berkata, “Beliau mungkin individu yang berada, tetapi ramai antara kami menanggung kerugian besar akibat kelewatan dan kegagalan pembayaran. Jangan biarkan sejarah berulang dalam syarikat Sri Pahang.”

Setakat ini, pihak pengurusan Sri Pahang belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tawaran pembelian saham tersebut.

Back To Top