‘Insider Trading’ dan manipulasi pasaran saham, mengapa  SC tidak dakwa bekas CEO Resources Bhd Datuk Lo Fui Ming?

Satu pendedahan mengejutkan telah dibuat mengenai dakwaan perdagangan orang dalam (insider trading) dan manipulasi pasaran saham yang melibatkan syarikat tersenarai BAHVEST Resources Berhad yang pernah kontroversi sebelum ini.

Sekitar Mei 2023 BAHVEST Resources Berhad Datuk Lo Fui Ming Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bahvest memiliki 16.15% kepentingan. Namun semuanya berubah selepas pertelingkahan anak syarikat Bahvest (Wullersdorf Resources Sdn Bhd ) dan Southsea Gold Sdn Bhd berhubung sewaan 317.17  hektar tanah pajakan perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau. Bahvest Resources disaman  RM20.4 juta di atas dakwaan menduduki secara salah dan menceroboh tanah pajakan perlombongan Southsea Gold Sdn Bhd.

Southsea Gold juga mengarahkan Wullersdorf Resources keluar daripada tapak perlombongan.

Krisis ini mengundang kepada rasa tidak puas hati kepada pemegang saham utama dan memaksa kumpulan yang diketuai Datuk Freddy Lim Nyuk Sang mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 25 Mei 2023 untuk menyingkirkan tiga pengarah, Datuk Seri Dr Md Kamal Bilal (Pengerusi Bukan Eksekutif), Datuk Lo Fui Ming (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif) dan Lo Teck Yong (Pengarah Eksekutif)

Terdapat maklumat Datuk Lo Fui Ming CEO yang korup, menyalahguna kuasa dan menipu dalam urus niaga lombong emas. Sebelum EGM di adakan lapor-melapor SPRM berlaku dan SPRM menyerbu syarikat dan lombong.

Pada 17 Mei SPRM mereman Datuk Lo Fui Ming dan 5 lagi individu iaitu Lo Teck Yong (Pengarah Eksekutif), Mr. Chong Khing Chung (CFO), Shahrol Azuan (COO), Brando Pang Tze Ching (Penolong Pengurus) dan seorang wanita kerana menipu Kerajaan Sabah berhubung siasatan kes penipuan terhadap deklarasi penjualan hasil perlombongan emas bernilai RM25 juta.

SPRM mereman kumpulan Datuk Lo Fui Ming

Penangkapan SPRM itu menyebabkan  Datuk Lo Fui Ming dan anaknya tiada pilihan terpaksa menjual semua sahamnya dan meletak jawatan daripada Bahvest Berhad

Peluang ini mengukuhkan kumpulan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang menguasai EGM dan menukar semua Lembaga Pengarah termasuk Datuk Lo Fui Ming dan anaknya Lo Teck Yong. Hari ini di bawah penguasaan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang dia merombak semula pengurusan bagi mengelak rasuah di Bahvest. Malah pada 24 Disember 2024 Bahvest Resources ditukar nama kepada AUMAS RESOURCES BERHAD

Didakwa di mahkamah

Pada 25 Oktober 2023  Datuk Lo Fui Ming dan anak lelakinya Lo Teck Yong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas di hadapan Hakim Jason kerana didakwa terlibat dalam perniagaan menjual jongkong emas secara haram mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri lebih RM1.3 juta dalam jualan antara 2019 dan 2023.

Didakwa di mahkamah

Datuk Lo Fui Ming  jelas menipu Kerajaan Negeri Sabah iaitu Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah dengan tidak mengisytiharkan hasil penjualan kuantiti jongkong emas yang sebenar dalam dokumen invois yang dikemukakan kepada JTU.

Insider Trading dan Manipulasi Saham di bawah Datuk Lo Fui Ming

Namun ada sesuatu tidak kena ketika Datuk Lo Fui Ming menjadi Pengarah Urusan dan CEO Bahvest Resources. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sepatutnya mendakwa Lo Fui Ming.

Maklumat yang didedahkan menunjukkan pelupusan saham oleh MAB Ventures Sdn Bhd yang merupakan pemegang saham utama BAHVEST merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Mohd Amir Bin Masry, telah menjual pegangan sahamnya dalam BAHVEST pada 2 Mei 2023, iaitu sehari sebelum pengumuman material yang memberi kesan besar kepada harga saham syarikat tersebut.

Dokumen korporat juga menunjukkan bahawa Datuk Lo Fui Ming, yang ketika itu merupakan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif BAHVEST merupakan pengarah dalam MAB Ventures Sdn Bhd bersama Mohd Amir Bin Masry.

Pelupusan Saham Sebelum Pengumuman Penting Bursa Malaysia

Rekod Bursa Malaysia menunjukkan bahawa saham BAHVEST mula dijual secara agresif oleh MAB Ventures Sdn Bhd pada 2 Mei 2023, sebelum satu Surat Tuntutan bernilai RM20.4 juta dari Southsea Gold Sdn Bhd diumumkan pada 3 Mei 2023.

Namun apa yang menjadi isu ialah Southsea Gold Sdn Bhd yang menyaman Bahvest Resources merupakan syarikat 75% dikuasai oleh Datuk Lo Fui Ming yang telah menuntut jumlah RM20.4 juta daripada BAHVEST, yang menyebabkan impak besar terhadap perniagaan dan kedudukan kewangan syarikat. Ini bermaksud Syarikat Datuk Lo Fui Ming menyaman syarikat Bahvest Resources yang dikuasainya!

Susulan tuntutan saman itu pada 10 Mei 2023 Bahvest Resources Bhd mengumumkan resolusi sementara antara Southsea Gold Sdn Bhd dan anak syarikat milik penuhnya Wullersdorf Resources Sdn Bhd membayar deposit tidak boleh dikembalikan sebanyak RM13 juta bagi meneruskan meneruskan operasi Wullersdorf di tanah Southsea Gold, tanpa prejudis kepada Southsea Gold yang menuntut RM20.4 juta penuh.

Pada 12 Mei 2023 Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan kepada Bahvest Resources berhubung justifikasi Deposit Tidak Boleh Dikembalikan sebanyak RM13 juta itu.

Persoalan besar apakah Suruhanjaya Sekuriti tidak sedar tuntutan saman dan pembayaran RM13 juta antara Southsea Gold Sdn Bhd dan Wullersdorf Resources Sdn Bhd (Bahvest) melibatkan pengarah syarikat yang sama iaitu Datuk Lo Fui Ming?

Pengarah syarikat Southsea Gold Sdn Bhd selain Datuk Lo Fui Ming ialah Datuk Osman Jamal bekas Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) bekas wakil rakyat Tawau yang menyertai Parti Warisan. Beliau adalah Pengarah JTU yang sebelum ini meluluskan pajakan tanah di Bukit Mantri.

MAB Ventures Sdn Bhd syarikat milik Datuk Lo Fui Ming meneruskan jualan sahamnya pada 3 Mei 2023, sebelum pengumuman rasmi mengenai tuntutan tersebut dibuat kepada umum.

Dengan menjual saham pada 2 Mei 2023, bukan sahaja dengan pengetahuan dalaman mengenai Surat Tuntutan (LOD), tetapi juga sebagai pihak yang mengeluarkan surat itu, sebelum ia diumumkan secara rasmi pada 3 Mei 2023, ini jelas menunjukkan kes yang kukuh bagi Perdagangan Orang Dalam (Insider Trading).

Tindakan ini dipercayai dilakukan secara berpakat (acting in concert) untuk menyebabkan kejatuhan harga saham BAHVEST dan berkemungkinan memperoleh keuntungan dari jualan pada harga yang lebih tinggi sebelum kejatuhan tersebut.

Dimaklumkan juga walaupun pelupusan saham pada 2 Mei 2023 dilakukan secara off-market, pembeli saham-saham ini kemudiannya menjual semula saham tersebut di pasaran terbuka untuk menekan harga saham syarikat.

Pembeli saham ini merupakan proksi dan pihak berkaitan dengan Datuk Lo Fui Ming, serta bertindak secara berpakat. Pola jualan saham dan niat untuk menekan harga saham ini juga membentuk elemen Manipulasi Pasaran (Market Manipulation).

Akaun dagangan saham MAB Ventures Sdn Bhd dipegang di Kenanga Investment Bank, dengan No. Akaun CDS: 073-001-074293499.

Sumber mendedahkan hasil jualan saham oleh MAB Ventures Sdn Bhd pada 2 dan 3 Mei 2023 telah dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Lo Fui Ming di Maybank Islamic atas arahannya, dan sejak itu telah dilenyapkan.

Perkara ini jelas melanggar Seksyen 136 Akta Syarikat 1965, di mana pemindahan dana syarikat ke akaun peribadi tanpa deklarasi adalah satu kesalahan yang boleh membawa tindakan undang-undang.

Lebih membimbangkan, sumber mendakwa bahawa Datuk Lo Fui Ming tidak mengisytiharkan bayaran tersebut sebagai pendapatan dan tidak membayar cukai terhadap transaksi ini, yang boleh membawa kepada siasatan lebih lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan cukai dan peraturan kewangan.

SC wajar siasat Lo Fui Ming

Kes ini menimbulkan persoalan sama ada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia akan mengambil tindakan terhadap individu dan syarikat yang terlibat. Perdagangan orang dalam dan manipulasi pasaran merupakan kesalahan serius yang boleh membawa hukuman berat termasuk penalti kewangan dan tindakan jenayah.

Dengan kepentingan umum yang terlibat, pendedahan ini menimbulkan kebimbangan mengenai ketelusan dan keadilan dalam pasaran saham Malaysia.

Orang ramai kini menantikan sama ada pihak berkuasa akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa menyalahgunakan kedudukan mereka untuk memperoleh keuntungan secara tidak adil, sambil merugikan para pelabur runcit dan institusi lain.

Datuk Lo Fui Ming merupakan ahli perniagaan pro Warisan. Hari ini beliau menggunakan segala cara memfitnah pengurusan Bahvest Resources / Aumas bagi memburukkan syarikat lamanya. Beliau menggunakan adun-adun Warisan menyerang Bahvest yang kononnya lesen perlombonganya tamat.

Back To Top