Katering penerbangan Brahim’s kian pulih separuh daripada 38 syarikat penerbangan kekal bersama Brahim’s

Segmen perniagaan katering penerbangan Brahim’s Holdings (Brahim’s) kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan berikutan kebangkitan semula prestasi syarikat penerbangan antarabangsa pasca-pandemik, termasuk minat yang semakin meningkat daripada syarikat penerbangan baharu untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Pengerusi Eksekutif Brahim’s, Datuk Seri Ibrahim Ahmad, berkata walaupun tidak semua pelanggan lama menyambung semula kontrak, lebih separuh daripada mereka telah kembali, memberikan harapan bahawa pemulihan syarikat akan terus berkembang sehingga pertengahan 2025.

“Pada sebelum pandemik, kami menyediakan perkhidmatan kepada 38 syarikat penerbangan antarabangsa, termasuk Emirates, Qatar Airways, British Airways, dan Japan Airlines. Ketika pandemik melanda, operasi syarikat penerbangan terjejas dan ini memberi kesan kepada kami. Namun, kini kami melihat pemulihan yang amat positif,” katanya kepada media selepas majlis pratonton bufet Nostalgia Ramadan oleh Dapur Brahim’s di Randau Rasa, di sini, hari ini.

Tambah Ibrahim, Brahim’s kini sedang dalam usaha menarik pelanggan baharu, khususnya syarikat penerbangan yang menghargai kepakaran mereka dalam menyediakan perkhidmatan katering penerbangan.

Brahim’s sebelum ini merupakan penyedia katering utama bagi Malaysia Airlines setelah mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam cabang katering syarikat penerbangan tersebut pada tahun 2003, manakala baki 30 peratus dipegang oleh Malaysia Airlines. Namun, keputusan Malaysia Airlines untuk menguruskan sendiri operasi katering mereka telah mendorong Brahim’s untuk memberi tumpuan kepada pasaran antarabangsa.

Untuk makluman, Malaysia Airlines secara rasmi menamatkan kerjasama katering penerbangan dengan Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS) pada 31 Ogos 2023, sekaligus menutup tirai kerjasama jangka panjang yang telah terjalin. Keputusan ini tercapai setelah rundingan yang berpanjangan menemui jalan buntu, menyebabkan Malaysia Aviation Group (MAG), induk Malaysia Airlines, dan BFS gagal mencapai persetujuan untuk memperbaharui kontrak. Sebagai langkah susulan, Malaysia Airlines kini mengendalikan operasi katering mereka sendiri bermula 1 September 2023.

Untuk rekod Brahim’s Holdings telah dinyah senarai Bursa Malaysia pada 3 Jun 2022 selepas syarikat itu gagal dalam rayuannya keluar dari status PN17. Datuk Seri Ibrahim Ahmad masih bertahan kerana masih ada Dewina Holdings Sdn Bhd (Dewina) syarikat tidak termasuk dibawah struktur Brahim’s Holdings Bhd (BHB).

Brahim juga terus bangkit bawah Brahim’s Food Services Sdn Bhd yang kekal menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terbaik dunia seperti Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan EVA Air. Sekalipun daripada 35 syarikat kepada separuh kembali memilik Brahim ia sudah cukup baik Brahim dinamakan antara 10 syarikat penerbangan teratas pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024 yang diadakan pada 24 Jun 2024 di London.

Back To Top