Rombakan SPRM bermula: Pertukaran Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas isyarat awal agenda Dato’ Sri Abd Halim Aman

Proses reformasi dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat mula menampakkan hala tuju apabila beberapa pertukaran pegawai kanan dilaksanakan di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya baharu, Datuk Seri Abd Halim Aman. Langkah itu berlaku kira-kira tiga minggu selepas beliau mengambil alih jawatan pada 13 Mei 2026 menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan kontrak perkhidmatannya.

Antara perubahan yang mencuri perhatian dalam rombakan terbaharu SPRM ialah pertukaran Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin daripada jawatan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sebagai Pengarah baharu institusi latihan utama agensi tersebut.

Pada masa yang sama, Datuk Karunanithy Y. Subbiah yang sebelum ini menerajui MACA dilantik mengambil alih kepimpinan Bahagian Operasi Khas SPRM. Pertukaran dua pegawai kanan itu dilihat sebagai langkah strategik dalam usaha menyusun semula barisan kepimpinan SPRM serta memperkukuhkan keberkesanan operasi dan tadbir urus organisasi di bawah pentadbiran baharu.

Menurut laporan media pertukaran beberapa pegawai kanan berstatus JUSA merupakan sebahagian daripada proses biasa bagi memperkukuhkan keupayaan SPRM dalam aspek penyiasatan, penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemulihan aset. Setakat ini dua pengarah kanan terbabit dalam rombakan setakat ini, dengan kemungkinan lebih banyak pergerakan dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Sebelum ini, portal The Malaysian Corporates menerbitkan beberapa artikel yang menggesa kepimpinan baharu SPRM melakukan pembaharuan menyeluruh terhadap struktur pengurusan agensi itu. Portal tersebut mendakwa terdapat beberapa pegawai kanan yang dilihat terlalu rapat dengan pentadbiran terdahulu dan mencadangkan supaya mereka ditukarkan bagi memberi ruang kepada proses reformasi institusi. Antara nama yang disebut ialah Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang kontroversi dengan dakwaan kes rasuah RM20 juta di Johor dan pelepasan kes Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan dalam isu pembelian saham oleh Sunway Group.

Baru-baru ini Colla Cattle Farm menerima kunjungan delegasi Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM sempena Majlis Serahan Daging Korban Aidiladha 2026 yang telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan BOK ketika itu, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin. Delegasi SPRM dimaklumkan turut dibawa melawat fasiliti dan operasi ladang bagi melihat sendiri pengurusan ternakan Colla Cattle Farm. Agaknya sesuai ke?

Dah macam YB Pegawai SPRM

Pertukaran Mohamad Zamri ke MACA mencetuskan pelbagai tanggapan namun ini langkah berani Dato’ Sri Abd Halim merombak SPRM sebagai isyarat bahawa kepimpinan baharu mahu membawa pendekatan berbeza dalam pengurusan kes-kes operasi khas.

Apa yang lebih penting ialah isyarat yang cuba dibawa oleh Dato’ Sri Abdul Halim Aman sejak hari pertama beliau menerajui SPRM. Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Pesuruhjaya, beliau menegaskan komitmen untuk memastikan SPRM bertindak secara tegas, adil dan bebas daripada sebarang pengaruh luar dalam menangani kes rasuah serta penyalahgunaan kuasa, tanpa mengira kedudukan, pangkat atau pengaruh individu yang terlibat. Beliau turut memberi jaminan bahawa aspek ketelusan, profesionalisme dalam siasatan, perlindungan pemberi maklumat serta kerjasama strategik dengan pelbagai pihak akan terus diperkukuhkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti SPRM.

Sehubungan itu, rombakan yang sedang dilaksanakan dilihat sebagai langkah awal ke arah reformasi institusi yang lebih menyeluruh dalam SPRM. Dengan beberapa pegawai kanan dijangka menamatkan perkhidmatan dalam masa terdekat dan lebih banyak pertukaran dijangka berlaku, proses penyusunan semula ini berpotensi menjadi titik permulaan kepada pembentukan barisan kepimpinan baharu yang lebih selari dengan agenda pembaharuan, akauntabiliti dan pemerkasaan integriti yang mahu dibawa oleh Abdul Halim Aman.

Siapa Lagi Bakal Dirombak Dalam SPRM?

Selepas Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dipindahkan daripada jawatan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), perhatian kini tertumpu kepada tiga pegawai kanan yang memegang peranan strategik dalam operasi dan siasatan SPRM. Ketiga-tiga mereka sering dikaitkan dengan bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi, siasatan kewangan serta penguatkuasaan utama SPRM. Jika agenda reformasi yang dibawa oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu diteruskan, mereka antara nama yang disebut berpotensi terlibat dalam rombakan seterusnya.

1. Datuk Norhaizam Muhammad @ Buyau

Datuk Norhaizam Muhammad atau dikenali sebagai “Buyau” merupakan bekas Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan yang kini mengetuai Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM. Beliau dianggap antara pegawai yang mempunyai pengaruh besar dalam operasi siasatan kewangan dan AMLA serta sering dikaitkan dengan kelompok kepimpinan lama dalam SPRM.

Pengkritik mendakwa beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan pengaruh kumpulan tertentu dalam organisasi, selain membawa beberapa pegawai yang rapat dengannya ke Bahagian AMLA. Terdapat juga dakwaan bahawa operasi AMLA menjadi kurang agresif berbanding sebelum ini atas sebab isteri kedua Azam Baki Nur Aida Ariffin diletakkan dalam Bahagian Operasi Khas ini

Nama Norhaizam turut disebut dalam beberapa pendedahan media alternatif berkaitan dakwaan “mafia korporat” dan operasi terhadap syarikat tersenarai awam. Sehubungan itu, terdapat pandangan bahawa kepimpinan baharu SPRM perlu mempertimbangkan penstrukturan semula jawatan strategik bagi mengurangkan pengaruh kelompok lama dalam organisasi.

2. Datuk Yuhafiz Mohd Salleh

Datuk Yuhafiz Mohd Salleh kini memangku jawatan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM selain memegang jawatan Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi). Beliau bertanggungjawab menyelaras operasi siasatan di seluruh negara termasuk kes-kes berprofil tinggi dan tindakan penguatkuasaan utama SPRM.

Sebagai antara pegawai kanan yang sering menjadi jurucakap operasi SPRM, beliau turut dikaitkan oleh beberapa pihak dengan struktur kepimpinan terdahulu dalam bahagian siasatan. Namanya juga disebut dalam beberapa laporan berkaitan dakwaan rangkaian “mafia korporat” melibatkan Victor Chin Bong Long baru-baru ini.

Atas faktor tersebut, terdapat pandangan bahawa beliau boleh ditempatkan semula ke jawatan lain bagi memberi ruang kepada pembentukan pasukan siasatan baharu yang lebih selari dengan agenda reformasi SPRM.

3. Wong Yun Fui

Wong Yun Fui merupakan Ketua Sektor Swasta Bahagian Siasatan SPRM yang mengendalikan siasatan melibatkan syarikat korporat dan syarikat tersenarai awam. Beliau pernah terlibat dalam beberapa siasatan berprofil tinggi yang mendapat perhatian umum.

Nama beliau sering muncul dalam laporan media alternatif dan portal pendedahan korporat berkaitan dakwaan operasi terhadap tokoh korporat tertentu, termasuk isu yang dikaitkan dengan Victor Chin Boon Long. Terdapat juga pelbagai dakwaan serta laporan polis yang dikemukakan terhadap beliau, namun tiada tindakan atau keputusan rasmi yang mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini.

Wong turut disebut dalam kontroversi berkaitan siasatan melibatkan Datin Sri Pamela Ling Yueh yang mendapat liputan meluas media antarabangsa. Susulan pelbagai kontroversi tersebut, terdapat gesaan supaya kepimpinan baharu SPRM menilai semula kedudukan pegawai-pegawai yang sering menjadi perhatian awam bagi membantu memulihkan imej dan keyakinan terhadap institusi itu.

Siapa lagi?

Back To Top