Keputusan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) untuk menarik diri daripada konsortium yang diketuai oleh Berjaya Rail Sdn Bhd dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) yang menimbulkan spekulasi dikalangan MP PN baru-baru ini sudah dijangka memandangkan telah tular sebelum ini.
Sudah tentu keputusan MRCB menarik diri sebagai keputusan MRCB itu LANGKAH YANG TEPAT memandangkan Timbalan Pengerusi Eksekutif MRCB ketika ini masih lagi Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang juga Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Awal November lalu Wan Saiful MP Tasek Gelugor mempersoalkan hubungan Tan Sri Vincent Tan dengan MRCB dalam membida projek mega High Speed Rail (HSR). Dalam masa U-mobile milik Vincent dilantik pengendali 5G kedua negara. Dengan keluarnya MRCB- Berjaya Group ia memulihkan persepsi dan tanggapan rakyat.
Baru-baru ini kerajaan menyambung khidmat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai Pengerusi SKMM selama dua tahun lagi. Maka tindakan MRCB wajar dipuji
Menurut kenyataan Berjaya Corporation Bhd hari ini, keputusan MRCB adalah untuk menumpukan perhatian kepada peluang strategik lain. Namun, konsortium yang melibatkan Berjaya Rail, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan IJM Corporation Bhd, serta rakan teknikal antarabangsa seperti Deutsche Bahn, Hitachi Rail, dan Hyundai Rotem, akan terus memperkukuh kedudukan mereka dalam membida projek ini.
29 Januari lalu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Mengumumkan sebahagian konsortium bawah Berjaya Group dikuasai Tan Sri Vincent Tan dalam lobi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR). MRCB membentuk konsortium bersama Berjaya Land Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, dan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk membida projek HSR itu.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Bhd, menekankan bahawa misi konsortium ini tetap teguh untuk menyediakan sistem HSR bertaraf dunia. Beliau percaya projek ini mampu memperkuat hubungan serantau dan memacu pembangunan ekonomi Malaysia, di samping menyokong inisiatif mobiliti hijau melalui pengangkutan berkelajuan tinggi.
Namun terdapat maklumat dalaman Tan Sri Vincent Tan dan konsortium Berjaya tidak akan memperolehi projek iHSR memandangkan U Mobile mendapat projek 5G kedua dan Redtone Digital raih kontrak perkhidmatan komunikasi bernilai RM398 juta. Kerajaan tidak mungkin akan menunjukkan semuanya dimonopoli oleh Berjaya Group.
Penarikan MRCB pastinya memberi imej yang baik kepada Kerajaan Madani dan menarik perhatian pihak berkepentingan dalam industri, pelabur, pembida dan rakan konsortium lain, memandangkan projek HSR KL-SG dilihat sebagai pemangkin penting kepada integrasi ekonomi Malaysia-Singapura.