Genjatan Senjata Gaza ditangguh: Boikot berterusan Starbuck dan produk Nestle terus rugikan Berjaya Food dan Nestlé (Malaysia) Bhd

Sentimen terhadap jenama produk Nestlé dan Starbuck nampaknya kekal perlahan dan tidak menentu sekalipun pengumuman perjanjian gencatan senjata menamatkan perang di Gaza.

Terbaru Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa perjanjian gencatan senjata Gaza  yang sudah lama ditunggu-tunggu ditangguhkan kerana masalah pada saat akhir, lapor akhbar New York Post.

Berita ini pasti terus memberi tekanan Nestlé (Malaysia) Bhd dan Berjaya Food Bhd yang baru sahaja berharap genjatan senjata bakal memulihkan sentimen pengguna.

Kedua-dua syarikat pengguna itu menyaksikan perniagaan mereka terjejas akibat boikot berterusan produk sebagai protes terhadap tindakan Israel di kawasan Palestin dalam tempoh 15 bulan yang lalu, yang mengakibatkan kematian lebih 46,000 rakyat Palestin, menyebabkan malapetaka kemanusiaan dan memusnahkan kebanyakan infrastruktur Gaza.

Pemulihan tidak menentu

Penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Syifaa’ Mahsuri Ismail berkata, walaupun gencatan senjata mungkin mengurangkan boikot, pemulihan perniagaan kekal tidak menentu berikutan persaingan yang semakin sengit daripada pilihan tempatan yang berkembang pesat.

“Sentimen terhadap jenama syarikat masih lemah. Garis masa untuk pemulihan kewangan akan banyak bergantung pada peralihan dalam sentimen pengguna dan dinamik pasaran,” kata Syifaa’ Mahsuri kepada media The Edge.

Pengarah Penyelidikan BIMB Securities, Mohd Redza Abdul Rahman pula berkata, rangkaian kedai kopi tempatan Zus Coffee, yang dikendalikan oleh Zuspresso (M) Sdn Bhd, telah mengembangkan rangkaian kedainya secara agresif. 

“Jenama itu juga telah menarik pelanggan dengan harga yang kompetitif dan program kesetiaan yang menarik,” katanya.

Sebaliknya pemulihan pendapatan kedua-dua syarikat pengguna itu sangat mencabar, terutamanya bagi Berjaya Food, yang sangat bergantung pada rangkaian kopi Starbucks. 

Syarikat itu juga mengendalikan rangkaian Kenny Rogers Roasters dan jenama kafe bakeri Paris Baguette di Malaysia.

McDonald’s semakin pulih

Sementara itu McDonald’s mempunyai peluang yang lebih baik untuk berpulih semula kerana kekurangan pesaing yang besar dalam pasaran dengan penawaran produk yang lebih baik. McDonalds juga mempunyai program kesetiaan yang baik yang memulihkan syarikat itu.

Bagi Nestlé, ia mungkin mengambil masa sembilan hingga 18 bulan untuk pulih semula, kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih bergantung pada jenamanya seperti Maggi, Nescafé dan Milo.

Keuntungan bersih Nestlé Malaysia menurun 36.12% tahun ke tahun kepada RM85.14 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM93.6 juta.

Sementara itu, Berjaya Food melaporkan kerugian bersih RM33.68 juta bagi suku pertama berakhir 30 Sept 2024 berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta setahun sebelumnya.

Berjaya Foods menyaksikan penurunan 43% dalam harga sahamnya pada 2024, manakala Nestlé Malaysia turun 15%.

Sejak awal tahun ini, harga saham Nestlé Malaysia telah menyusut lebih 7%, ditutup pada RM92.48 pada Khamis.

Sementara itu, Berjaya Food, dikawal oleh Tan Sri Vincent Tan, menyaksikan harga sahamnya meningkat lebih 12% tahun setakat ini untuk ditutup pada 39.5 sen.

Bagaimanapun sukar menutup kerugiannya berpunca daripada Starbuck.

Ogos tahun lalu Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.51 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, berbanding keuntungan bersih RM103.40 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

BFood juga memaklumkan perolehan syarikat turun kepada RM730.30 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya.

Pembatalan genjatan senjata Israel-HAMAS hari ini bakal menambah kerugian kepada Brjaya food. Sentimen terhadap Starbuck tak mungkin dipulihkan Beberapa penganalisis mengeluarkan penarafan “jual” kepada saham Berjaya Food

Back To Top