Pemegang saham lapor SPRM, CEO Datasonic ‘cuci duit’ beli syarikat Innov8tif Holdings RM40 juta milik mafia korporat Victor Chin

Apa sudah jadi Datasonic Group Berhad vendor pembuat MyKad dan Passport Kerajaan Malaysia telah dikuasai Mafia korporat Datuk Victor Chin Boon Long. Bukahkah ini berbahaya data kad pengenalan rakyat Malaysia dan passport jatuh ke tangan mafia korporat yang disiasat polis tahun lalu?

Menurut sumber Datuk Hanifah Noordin antara pengasas Datasonic yang kini adalah Timbalan Pengerusi dan CEO Datasonic dilaporkan bekerjasama dengan Datuk Victor Chin  menguasai sepenuhnya Datasonic.

Victor Chin Boon Long yang dulu di belakang tabir kini muncul sebagai Pengarah Eksekutif dalam MMAG Holdings Bhd memainkan peranan signifikan memperalat Datuk Hanifah Noordin.

Membawa masuk Jorrine Ang bekas CFO syarikat Victor Chin dan setiausaha syarikat kepada Tan Tong Lang telah membuka jalan kepada mafia korporat menguasai Datasonic

Episod awal ialah pembelian syarikat ‘sampah’  Innov8tif Holdings Sdn Bhd bernilai RM40 juta milik Revenue Group yang sebelum ini bertukar tangan sebanyak lima kali dan kini dijual kepada Datasonic Group Bhd. Dari RM17.5 juta di Green Packet kepada Hong Seng RM30.85 juta, kepada Revenue Group RM36 juta dan kini dijual kepada Datasonic Group dengan markup harga sehingga RM40 juta.

Semua syarikat ini lembaga pengarahnya ialah Leong Seng Wui budak kepercayaan Datuk Victor Chin.

Innov8tif Holdings Sdn Bhd syarikat untuk ‘cuci wang’ dan ‘cash cow’ bagi mafia korporat. Penyelesaian e-KYC, sistem dianggap sistem lapok dalam industri nampaknya tidak relevan dengan Revenue Group syarikat penyedia payment gateway. Jika Revenue tidak tahu menyesuaikan Innov8tif Holdings Sdn Bhd dalam kumpulannya bagaimana pula Datasonic Group pembuat MyKad dan passport memerlukannya?.

The edge melaporkan kisah Innov8tif dan lima syarikat tersenarai awam menunjukkan bagaimana Innov8tif Holdings Sdn Bhd sebagai alat syarikat senarai awam mengaut keuntungan dari penjualan Innov8tif. Namun ramai tidak sedar semua syarikat senarai awam itu dikuasai oleh Datuk Victor Chin Boon Long yang kontroversi tahun lalu dalam media massa.

Kemasukan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib  bekas KSU MOT yang kini menjadi Pengerusi MMAG Holdings Bhd milik Victor Chin menjelaskan penguasaan sepenuhnya mafia korporat dalam Datasonic. Tan Sri Adib orang yang terlibat dalam penjualan Classita Holdings kepada Hong Seng Bhd yang juga kedua-dua syarikat ini dikuasai mafia korporat Victor Chin Boon Long. Sebelum ini ramai mempersoalkan sejak bila Tan Sri Adib memiliki lebih 43 juta saham bernilai RM6 juta dalam Classita Holdings Bhd dan menjualnya kepada Hong Seng? Tan Sri Adib kaya tiba-tiba selepas menjadi KSU MOT!

Mafia Korporat tukar nama Datasonic

Dalam mana-mana kaedah mafia korporat Victor Chin Boon Long ialah menukar semua syarikat senarai awam yang dikuasainya. Kali ini Datasonic juga tidak terkecuali. Pada 12 Disember lalu Lembaga Pengarah Datasonic Group Berhad dikuasai Datuk Hanifah Noordin mengumumkan penukaran nama daripada “Datasonic Group Berhad” kepada “NEXG Berhad”.

Mengapa? sebab nama Datasonic dah tercemar dengan mafia korporat Victor Chin Boon Long. Maka nama baru diperlukan.

Urus Harta Jemaah milik MOF tidak dapat berbuat apa-apa?

Menurut sumber pemegang saham kerajaan terbesar dari Urus Harta Jemaah (UJ) tidak setuju dan menegaskan Datasonic perlu menjalankan due diligence bagi pengambilalihan 51% saham Innov8tif Holdings Sdn Bhd dengan harga RM40 juta daripada Revenue Berhad. Bagaimanapun Abu Hanifah dan Datuk Victor Chin licik mendapatkan kelulusan. Abu Hanifah dalam masa sama membuang semua Lembaga Pengarah yang menentangnya.

Lantaran itu rasa tidak puas hati itu beberapa pemegang saham membuat laporan kepada SPRM sesuatu pelik bagaimana Datasonic mahu membeli syarikat rugi dan sistem lapok dengan harga RM40 juta. Syarikat payment gateway seperti Revenue Group pun menjual Innov8tif Holdings Sdn Bhd.

Berikut merupakan aduan kepada Tan Sri Azam Baki KP SPRM berhubung pembelian Innov8tif Holdings Sdn Bhd yang meragukan.


MENGAPA DATO SAFIAN BIN MOHD YUNUS LUPUS 20 JUTA SAHAM?

Pemegang saham terbesar Datasonic ialah Urus Harta Jemaah (UJ), Datuk Hanifah Noordin (CEO) dan Dato’ Safian Mohd Yunus (Demi Mekar dan Kuantum Juang) yang sebelum ini memegang 14.9 peratus.

Dato’ Safian Mohd Yunus merupakan proksi saham kepada Datuk Fakhri Yassin anak Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi BERSATU dan PN. Dalam erti kata lain saham Safian merupakan saham Parti BERSATU. Ketika Tan Sri Muhyiddin PM, Datasonic cuba dikuasai oleh orang-orang kanan Tan Sri Muhyiddin seperti Dato’ Razali Mohd Yusof bekas Pengarah Urusan Datasonic.

Pada 11 (Rabu) dan 12 Disember (Khamis) terdapat Transaksi Perniagaan Langsung (Direct Business Transaction, DBT) melibatkan 10 juta saham pada harga 55 sen, mewakili premium sebanyak 28% berbanding harga pasaran.

DBT lain melibatkan 10 juta saham pada harga 55 sen, juga dengan premium sebanyak 28% berbanding harga pasaran, berlaku pada hari Khamis, bertepatan dengan mesyuarat lembaga khas untuk menerima laporan Ketekunan Wajar (Due Diligence) dan meluluskan pengambilalihan 51% ekuiti dalam Innov8tif pada harga RM40 juta.

Persoalan utama ialah mengapa seseorang ingin memperoleh 20 juta saham pada harga 55 sen, menanggung kerugian atas kertas sebanyak RM2.4 juta, jika tiada perjanjian rahsia atau persendirian yang terlibat? Bolehkah Dato’ Safian Yunus dan syarikatnya disiasat?

Datuk Hanifah Noordin kini bertindak dengan sangat berani dan berkuasa. Beliau berjaya menekan dua Pengarah Eksekutif (ED) yang telah lama berkhidmat, berprestasi tinggi, dan berintegriti tinggi untuk meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan ahli lembaga pada 27 September 2024 dan 2 Oktober 2024. Beliau telah melantik ramai ahli lembaga baru terutama Tan Sri Adib dan kini mengawal sepenuhnya lembaga tersebut.

Beliau mengarahkan Eksekutif Tengku Bakar untuk meminta YM Tunku Datuk Nooruddin bin Tunku Dato’ Seri Shahabuddin meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga.

Jika Urus Harta Jemaah atau kerajaan tidak berminat melindungi pelaburannya dan sanggup membiarkan pengurusan baru Datasonic mengambil kesempatan dengan mengenakan harga pasport yang tidak munasabah Datasoni bakal bermasalah

Kerajaan MADANI akan rugi jika kerajaan tidak mahu menggunakan kuasanya untuk menghentikan rancangan mereka memperkayakan penyokong mafia korporat, pembangkang (Bersatu), sindiket, dan CEO dengan RM600 juta hingga RM1.1 bilion melalui penggelapan aset Datasonic.

Terbaru Datuk Hanifah Noordin dan mafia korporat Victor Chin mengambil alih kawalan lembaga dan merancang untuk mengeluarkan 1.55 bilion waran pada harga antara 22 sen hingga 36 sen. Selain mengumpul kira-kira RM300 juta dalam bentuk tunai dan setara tunai, mereka berhasrat untuk mengumpul lagi RM340 juta hingga RM555 juta.

Semua ini dilakukan dengan alasan untuk memimpin pasaran identiti fizikal dan digital melalui ekosistem pengurusan identiti berasaskan AI dan berorientasikan digital yang akhirnya akan mengalirkan wang keluar. Mereka akan ‘cash cow’ semua dana dan aset Datasonic sebagaimana mereka lakukan terhadap Green Packet, Classita Holdings Bhd, MMAG Holdings, Hong Seng, Revenue Group dan kini bakal menyedut Datasonic Group.

Semua tahu e-KYC adalah teknologi yang sangat biasa dan telah digunakan secara meluas dalam ID selamat dan pasport yang mematuhi ICAO selama lebih 10 tahun. SingPass, identiti digital nasional Singapura, diperkenalkan lebih 8 tahun yang lalu. Maka membeli Innov8tif Holdings Sdn Bhd bernilai RM40 juta adalah satu pembaziran.

Hari ini Datasonic serang mengumumkan sambungan kontrak-kontrak kerajaan projek MyKad dan passport. Kerajaan perlu meneliti semula pemberian terhadap Datasonic memandangkan amat bahaya jika Datasonic dikuasai oleh mafia korporat Victor Chin Boon Long. Atau Kerajaan MADANI mengambil alih syarikat ini sebagaimana BERSATU menggunakan anak Tan Sri Muhyiddin menguasai saham Datasonic.

Back To Top