Disebalik dakwaan Menutup Lebih 100 Cawangan, Berjaya Food Catat kerugian RM 91.5 Juta Dalam Kewangan Berakhir Jun 2024

KUALA LUMPUR:Starbucks Malaysia menafikan dakwaan oleh sebuah portal berita dalam talian yang mendakwa lebih daripada 100 cawangan Starbucks di Malaysia telah ditutup.

“Dakwaan bahawa lebih daripada 100 cawangan Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah tidak benar. Walaupun terdapat beberapa cawangan yang telah menghentikan operasi, kebanyakan lokasi yang didakwa ditutup hanya ditutup buat sementara waktu,” kata seorang wakil Starbucks Malaysia lapor Business Times

Beliau menjelaskan bahawa penutupan sementara ini adalah sebahagian daripada penilaian berterusan untuk menyelaraskan kehadiran mereka secara strategik, tanpa kehilangan pekerjaan.

“Yang penting, tiada pekerja yang terjejas akibat penutupan kekal atau sementara kerana mereka telah ditempatkan semula di cawangan berdekatan untuk terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan lancar,” tambahnya.

Starbucks Malaysia turut menyatakan bahawa jualan mereka menunjukkan peningkatan positif apabila pelanggan mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama itu adalah tidak benar, dan Starbucks tidak pernah berada dalam senarai Boikot, Divestasi, dan Sekatan (BDS).

Pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood), mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.5 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2024 (TK24) berbanding keuntungan bersih RM103.4 juta pada tahun sebelumnya. Ini adalah disebabkan oleh boikot pengguna dan kerugian sekali sahaja daripada pelupusan Jollibean Foods Pte Ltd.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 60 premis dilabelkan tutup atau tutup sementara waktu dalam laman web Starbucks.

Sebanyak 39 premis adalah terletak di Lembah Klang manakala yang lain adalah di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak, malahan ada tiga kedai di Borneo.

Back To Top