Baru-baru ini, kecoh mengenai tangkap layar yang didakwa menunjukkan pindahan RM8,000 kepada seorang pegawai UKM, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tujuan pembayaran itu serta kaitannya dengan dakwaan komisen RM17,000 bagi penjualan data pemohon universiti.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa meneliti dakwaan penjualan data pemohon Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikaitkan dengan seorang pegawai pentadbiran akademik universiti itu, Encik Basir bin Bahir.
Dakwaan maklumat yang tular mendedahkan data pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat melalui laluan perdana disalurkan kepada pihak lain bagi tujuan pengambilan pelajar melalui UKMShape. Turut dipersoalkan ialah dakwaan bayaran kepada pegawai berkenaan melalui Koperasi Pendidik Bangi Berhad.

Jawatan dalam pentadbiran akademik
Nama Basir bin Bahir disenaraikan sebagai Timbalan Pengarah (Governans Akademik), Pusat Pengurusan Akademik UKM dalam Pekeliling Akademik Bilangan 31/2025 bertarikh 3 September 2025. Dokumen rasmi itu mengesahkan kedudukan beliau dalam pentadbiran akademik universiti ketika pekeliling tersebut dikeluarkan.
Basir bin Bahir mula dilantik ke jawatan tersebut pada 15 Ogos 2022 kemudian dilantik semula pada 15 Ogos 2025 dan dinaikkan pangkat ke gred Pegawai Tadbir N14 berkuat kuasa 8 September 2026.
Susulan bahan yang tular itu, SPRM dan Unit Integriti UKM digesa menyiasat dakwaan penyaluran data pemohon kepada pihak luar serta kemungkinan kaitannya dengan kedudukan pegawai berkenaan.
Tangkap layar bertajuk “In-House Transfer” itu memaparkan pindahan RM8,000 daripada Koperasi Pendidik Bangi Berhad kepada penerima bernama “Basir B Bahir”.

Siasatan diperlukan bagi mengesahkan ketulenan transaksi, tujuan bayaran dan sama ada wang tersebut mempunyai kaitan dengan dakwaan penjualan data pemohon UKM.
Menurut sumber koperasi Koperasi Pendidik Bangi Berhad didakwa bertindak sebagai salah satu ejen pengambilan pelajar bagi laluan antarabangsa melalui data pemohon yang gagal memasuki UKM melalui laluan perdana digunakan untuk menawarkan peluang permohonan melalui laluan lain di UKMShape.

UKM perlu jalankan pemeriksaan bebas
Pengurusan UKM wajar mengarahkan Unit Integriti dan Audit Dalam meneliti dakwaan ini secara bebas, termasuk memelihara log akses sistem, rekod eksport data, komunikasi berkaitan pengambilan pelajar serta dokumen pelantikan dan pembayaran kepada ejen.
Basir, Koperasi Pendidik Bangi Berhad dan pihak pengurusan UKMShape perlu disiasat segera jika mereka semua bersubahat

Kontroversi tatakelola UKMShape bukan perkara baharu. Pada 15 Oktober 2026, bekas pengarahnya, Datuk Prof. Muhammad Hussin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan salah guna kedudukan melibatkan kontrak bernilai RM3.12 juta melalui Koperasi Siswazah Bangi Berhad. Beliau mengaku tidak bersalah. Perkembangan itu menguatkan keperluan supaya dakwaan terbaharu diperiksa secara telus, walaupun belum ada bukti yang menghubungkan kedua-dua perkara tersebut.
