SEREMBAN — Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang pernah menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN), kini menjadi subjek laporan polis berhubung hantaran Facebook yang didakwa menjejaskan kedudukan dan kewibawaan institusi diraja Negeri Sembilan.
Berdasarkan salinan dokumen yang dikemukakan, laporan bernombor LENGGENG/001157/26 dibuat oleh Zool Amali Hussin di Balai Polis Lenggeng pada 25 Oktober 2026, pukul 12.24 tengah malam. Laporan itu menamakan akaun Facebook “Quoris Ghani”, yang dikenal pasti oleh pengadu sebagai milik Wan Quoris.


Pengadu mempertikaikan kandungan hantaran tersebut yang menyentuh hubungan antara Menteri Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Tangkap layar yang dilampirkan memaparkan dakwaan bahawa Menteri Besar telah menghantar kenyataan kepada Majlis Raja-Raja yang menamakan individu lain sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12. Hantaran itu turut mendakwa Tuanku Muhriz tidak dapat melaksanakan tugas selagi kenyataan berkenaan tidak ditarik balik.

Menurut pengadu, kenyataan sedemikian boleh menimbulkan tanggapan bahawa telah berlaku pertukaran pemerintah negeri serta mencetuskan kekeliruan mengenai kedudukan institusi diraja. Beliau meminta polis menyiasat kesahihan kandungan hantaran dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.
Kenyataan polis lebih awal mengenai fitnah terhadap Raja
Dalam perkembangan berkaitan kandungan media sosial yang menyentuh institusi diraja, kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan bertarikh 22 Oktober 2026 menyebut polis sedang menyiasat dua kes berasingan melibatkan kandungan yang disyaki berunsur hasutan, penghinaan serta dakwaan tidak benar.
Kenyataan tersebut memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan, sementara pemilik akaun media sosial lain sedang dikesan. Oleh Itu Wan Quoris juga sepatutnya ditahan.


Siapa Wan Quoris UKSB?
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pernah menjadi perhatian sebagai saksi pendakwaan ke-16 dalam perbicaraan kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN) membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Keterangannya menyentuh dakwaan penyerahan wang kepada Zahid serta kepentingan UKSB untuk mengekalkan kedudukannya sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri.

Dalam keterangannya, Wan Quoris mendakwa UKSB menyerahkan wang tunai kepada Zahid antara 2014 hingga 2018 sebagai sumbangan politik kepada UMNO. Menurut beliau, pemberian itu bertujuan mendapatkan sokongan bagi mengekalkan dan melanjutkan kontrak VLN serta mengurangkan gangguan daripada pesaing. Beliau turut mengaku pernah membawa kira-kira S$300,000 ketika bertemu Zahid, tetapi tidak mengingati semua penyerahan yang didakwanya berlaku.
Pada 13 Jun 2022, Wan Quoris turut memberitahu mahkamah bahawa UKSB memberikan sumbangan antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada UMNO Bahagian Rembau, yang ketika itu mempunyai Khairy Jamaluddin sebagai timbalan ketua bahagian. Menurut keterangannya, bantuan tersebut melibatkan kegiatan politik, bantuan bencana dan kemanusiaan, serta tidak diserahkan secara langsung kepada Khairy.
Bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, pula memberikan keterangan bahawa catatan lejar merekodkan bayaran berjumlah RM3.7 juta yang dikaitkan dengan Khairy. Bagaimanapun, Khairy menafikan menerima wang atau sumbangan tersebut secara peribadi dan menyatakan kesediaannya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

David turut mendakwa UKSB memberikan RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui tiga bayaran pada 2018. Dakwaan khusus ini datang daripada David, bukannya Wan Quoris. Muhyiddin menafikan menerima wang berkenaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada David, pengarah atau pemegang saham UKSB.
Dapatan mahkamah terhadap kredibiliti saksi
Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Zahid daripada semua 40 pertuduhan dalam kes VLN tanpa memanggilnya membela diri, selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Dalam penghakimannya, mahkamah mendapati tiga saksi utama UKSB—Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris dan David—tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti dalam konteks perbicaraan tersebut. Keterangan mereka mengenai penyerahan wang tidak berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Zahid.

Pada 12 Disember 2024, Jabatan Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasan itu. Mahkamah Rayuan kemudiannya membatalkan rayuan pendakwaan, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Dapatan tersebut merupakan sebahagian daripada latar belakang Wan Quoris sebagai saksi dalam kes VLN. Semoga laporan polis terhadap Wan Badak itu dapat disiasat segera.
