Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini pada Khamis.
Apabila terjadi sesuatu peristiwa dan kejadian, netizen di Malaysia ini akan terlebih pandai. Kadang-kadang terlebih pakar daripada pakar yang sedia ada.
TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet yang berlaku pada jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

Terdahulu, dua video tular memaparkan kepulan cahaya menjulang serta asap tebal yang dipercayai dirakam penduduk berhampiran lokasi kejadian.
Difahamkan, dua pegawai tentera yang berada dalam pesawat terbabit dilaporkan selamat. Ada netizen yang mendakwa pesawat F/A-18D Hornet milik TUDM adalah barang terpakai di media sosial.
Dakwaan itu dinafikan oleh Malaysia Military Review yang menjelaskan dakwaan itu sama sekali adalah fitnah dan salah.

Menurutnya, Malaysia membeli 8 buah pesawat F/A-18D Hornet baru pada tahun 1993. Proses first metal cut bermula pada tahun 1995 dan mengambil masa selama 2 tahun untuk siapkan 4 buah pesawat F/A-18D Hornet pertama pada tahun 1997.

“Pihak juruterbang dari TUDM telah membawa pesawat F/A-18D Hornet tersebut dari St Louis di Amerika Syarikat ke Haiwaii, ke Guam dan alhamdulillah, selamat mendarat ke Tanah Air di Pangkalan Udara Butterworth” menurutnya.


Tahun 1978 F/A-18 Hornet buat penerbangan pertama selepas dilancarkan. Amerika mula gunakan pesawat ini pada tahun 1983 dan 1984, Malaysia mula guna tahun 1997 sampailah sekarang. F 18 adalah antara jet terbaik, sampai hari ini Amerika Syarikat masih menggunakannya untuk Marin.
Berdasarkan analisis, F/A 18D Hornet Night Attack milik Malaysia ini berkeupayaan tinggi dan jika one by one dengan J10-C milik China, Hornet ini ada kelebihan.
Kini TUDM memiliki 8 unit Hornet (1997) dan 18 unit Sukhoi (2007)
Secara ringkasnya, F/A-18D Hornet lebih sesuai untuk misi pantas, serangan taktikal & rondaan maritim, dengan avionik barat yang lebih canggih. Manakala, Su-30MKM lebih sesuai untuk dominasi udara jarak jauh, serangan strategik & pencegahan kerana jarak operasi panjang dan kuasa tembak lebih hebat.
Dalam TUDM, kedua-dua pesawat ini saling melengkapi: Hornet jadi aset “tepat & pantas”, manakala Su-30MKM jadi “kuasa besar” untuk menunjukkan kehadiran serta deterrence strategy di rantau ini.