Pengurus Sunway Construction bakar RM1 Juta – Rasuah Projek Pusat Data Milik Cucu Taikun Robert Kuok Terbongkar

Baru-baru ini, kes rasuah membabitkan sebuah projek pusat data berprofil tinggi di Johor yang dianggarkan bernilai lebih RM180 juta telah menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan satu serbuan mengejut yang dilakukan minggu lalu, membongkar kegiatan rasuah berskala besar yang menggemparkan industri pembinaan dan teknologi negara.

Difahamkan, projek berkenaan dimiliki oleh K2 Strategic Infrastructure Malaysia Sdn Bhd, sebuah entiti di bawah kumpulan Kuok Group, dan telah dianugerahkan kepada Sunway Construction Sdn. Bhd. (SunCon), iaitu anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Berhad.

Skandal Rasuah Terbongkar — Wang RM1 Juta Dibakar, RM7.5 Juta Dirampas

Dalam operasi khas dinamakan Op Ways, SPRM menahan empat individu, termasuk ChongYih Lip Pengurus Sunway Construction Group Bhd dan isterinya, yang dipercayai menjadi dalang kepada skema sogokan terancang. Dua lagi pengarah syarikat swasta turut dicekup bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, pengurus tersebut bertindak membakar hampir RM1 juta wang tunai apabila menyedari serbuan SPRM di rumahnya di Petaling Jaya.

“Anggota SPRM menjumpai wang kertas RM100 berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan separa terbakar di dalam bilik mandi,” kata sumber.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan wang tunai berjumlah RM7.5 juta, pelbagai jam tangan mewah (Rolex, Omega, Cartier), serta barangan kemas dan syiling emas — dipercayai hasil aktiviti rasuah yang berkait langsung dengan projek pembinaan pusat data tersebut.

 Projek Mega Dikenal Pasti ontrSunway Construction

Siasatan awal mengesahkan bahawa projek ini dikendalikan oleh Sunway Construction Sdn. Bhd yang memenangi kontrak secara berperingkat sejak Oktober 2023:

 Kontrak Utama oleh SunCon:

FasaNilaiTarikh
LOIA (Fasa 1)RM192.88 jutaOktober 2023
Surat Anugerah (Fasa 3)RM260 jutaMei 2025
Jumlah KeseluruhanRM392.7 jutaDijangka siap Mac 2026


Kerja-kerja tersebut melibatkan pembinaan pusat data canggih di kawasan strategik Sedenak Tech Park, Johor yang didakwa sebagai projek terbesar di rantau ini dalam tempoh 2½ tahun akan datang.

Siapa Pemilik Projek Sebenarnya?

K2 Strategic Infrastructure Malaysia Sdn. Bhd., pemilik pusat data tersebut, ialah anak syarikat kepada K2 Strategic Pte Ltd (Singapura) yang dikaitkan secara langsung dengan Kuok Meng Wei — cucu kepada hartawan terkenal, Tan Sri Robert Kuok.

Menurut laporan media Meng Wei menyasarkan pelaburan mencecah RM39.8 bilion dalam tempoh lima tahun untuk membina pusat data di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Media mendedahkan K2 Strategic mahu menjadi  pengendali pusat data di Malaysia seperti Bridge Data Centres (Bain Capital) dan DayOne (GDS China) dengan kapasiti mencecah 126MW.

Apakah Imej Sunway Group akan Terjejas?

Ini merupakan tamparan hebat kepada reputasi Sunway Construction — antara syarikat pembinaan ternama negara — yang kini terpalit dengan siasatan rasuah terbesar industri pusat data negara.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi dari pihak SunCon atau Sunway Group, tekanan dijangka meningkat daripada pelabur, pemegang saham dan awam yang menuntut penjelasan segera dan audit dalaman menyeluruh melibatkan pengurus kontraknya.

Siapa Lagi Terlibat?                                                                                                                                       

Skandal ini bukan sahaja membabitkan pengurusan dalaman projek, malah mencetuskan persoalan besar tentang:

  1. Integriti perolehan dalam projek teknologi strategik negara
  2. Peranan pemantauan pemilik projek (K2 Strategic)
  3. Kemungkinan penglibatan lebih luas dalam industri pembinaan

 SPRM Dijangka Dakwa Dalam Masa Terdekat

Dengan jumlah wang rampasan yang besar dan tindakan membakar bukti secara terang-terangan, pelbagai pihak menjangkakan kes ini akan dibawa ke mahkamah bergantung kepada penemuan bukti kes. Membakar wang RM1 juta untuk menghapuskan bukti adalah satu tindaka terdesak.

Rasuah dalam projek infrastruktur strategik seperti pusat data bukan sekadar jenayah kewangan — ia juga menggugat keyakinan pelabur asing dan mencemarkan nama baik negara.

Dengan nama-nama besar seperti Sunway dan Kuok Group terpalit, negara kini menunggu jawapan dan tindakan yang sewajarnya.

Back To Top