Tiga Ahli Parlimen Memiliki Kelulusan Kejuruteraan Untuk Ganti Tempat Nik Nazmi Sebagai Menteri

Seseorang ahli parlimen yang mempunyai latar belakang pengajian kejuruteraan disebut-sebut bakal menggantikan tempat Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam masa terdekat ini.

Tempat sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam adalah kuota milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak mungkin ahli parlimen daripada parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan akan diambil untuk mengisi posisi Menteri tersebut.

Bila disemak kembali ada tiga orang ahli parlimen PKR yang berkemungkinan besar mengisi tempat tersebut dan berkelayakan dalam bidang kejuruteraan.

Pertama adalah Chang Lih Kang, ahli parlimen PKR Tanjong Malim sejak tahun 2018. Berkelulusan sebagai jurutera awam. Tidak mungkin Chang yang kini adalah Naib Presiden PKR dilantik sebagai Menteri kerana beliau masih lagi bergelar Menteri Sains dan Inovasi, MOSTI.

Nama kedua yang memiliki kelulusan kejuruteraan adalah Sim Tze Tzin, ahli parlimen Bayan Baru sejak tahun 2013 yang kelulusan jurutera daripada San José State University dan Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Sim Tze Tzin bertanding jawatan Naib Presiden PKR baru-baru ini tetapi kurang bernasib baik.

Yang ketiga adalah Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud, ahli parlimen  Sepanggar sejak 2022. Profesion beliau memang seorang jurutera. Dalam parti PKR, Mustapha Sakmud adalah Pengerusi PKR Sabah dan masih menjadi Timbalan Menteri di KPT.

Nama yang paling hampir untuk kerusi Menteri mengantikan Nik Nazmi adalah Mustapha Sakmud. Beliau akan dinaikan pangkat daripada Timbalan Menteri menjadi Menteri penuh. Perlantikan itu adalah bertepatan dengan posisi beliau sebagai Pengerusi PKR Sabah dan menjelang pilihanraya kecil negeri Sabah yang akan berlaku pada hujung tahun ini.

Back To Top