
Memang jumlah itulah wang yang akan mereka terima. Sudah jadi jutawan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilaporkan berkata syarikat minyak nasional itu akan mengurangkan 10 peratus tenaga kerjanya dalam mendepani keadaan operasi yang mencabar, terutamanya disebabkan penurunan harga minyak mentah.
Beliau berkata bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses itu dianggarkan berjumlah kira-kira 5,000 orang dan mereka yang terbabit akan dimaklumkan secara berperingkat tahun depan. Difahamkan ada staff yang sudah pun diberikan bisikan-bisikan agar menerima terus “first offer” sekiranya diberhentikan oleh Petronas.

Menurut mereka, jika bersetuju dengan tawaran awal Petronas itu maka seseorang Senior Manager boleh mendapat wang pampasan sekitar RM1,000,000 hingga RM1.5 juta. Bagi golongan Manager pula yang telah berkhidmat dengan Petronas lebih daripada 15 tahun, kemungkinan besar akan mendapat pampasan melebihi RM500,000.
Sekiranya enggan menerima offer pertama yang diberikan, maka Petronas akan tolong mencarikan kerja untuk staff yang dalam senarai untuk diberhentikan itu. Kemungkinan besar dipindahkan ke bahagian lain atau ditukarkan ke tempat yang bukan dalam skop tugas mereka sekarang ini. Sekiranya tiada tempat, maka pihak pengurusan akan membuat second offer, tawaran yang kedua ini jumlah pampasannya tidaklah sebesar sebagaimana first offer. Rugi jika tidak sign terus first offer tersebut.

Difahamkan ramai yang akan ditawarkan untuk berhenti ini adalah di kalangan pekerja pengurusan, kewangan dan latihan. Paling terkesan adalah di Pusat Latihan Petronas di Bangi yang mempunyai 180 orang pekerja. Khabarnya hanya tinggal 15% sahaja pekerja Petronas di situ selepas ini, ramai akan diberikan peluang pertama untuk berhenti.
Petronas tidak juga zalim. Mereka masih lagi memberikan peluang kepada pekerja yang telah diberhentikan untuk datang ke pejabat lama mereka selama 6 bulan bagi mencari peluang kerja lain dan diberikan latihan-latihan tentang perniagaan dan pengurusan hidup. Sekiranya enggan mengikuti kursus tersebut, mereka akan ditawarkan wang sekitar RM40,000 ke RM50,000 bagi tujuan bagi mencari peluang pekerjaan yang lain.
Struktur Petronas selepas ini akan menjadi mengecil di bahagian middle management. Tidak lagi seperti piramid yang mana bahagian middle management itu besar. Banyak tugas yang dibuat oleh pihak pengurusan pun sudah ditiadakan dalam struktur yang terbaru.
Difahamkan ada kalangan pekerja Petronas yang sudah mendapat hint akan diberhentikan mulai menyusun hidup baharu mereka. Ada juga yang masih belum move on dan masih bersentimental dengan Petronas. Jika sudah dapat sampai RM1 juta atau RM1.5 juta, boleh lah move on dan membuat perancangan yang baru dalam hidup.