Kes Syed Saddiq, Terlalu Awal Buat Kenyataan Mahkamah Persekutuan Masih Belum Lepas

Belum lagi boleh lepas sepenuhnya. Begitulah kesimpulan yang boleh dibuat dalam kes melibatkan Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan tadi.

Keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan salah dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta belum boleh dianggap sebagai kes itu selesai sepenuhnya selagi keputusan itu belum lagi dimuktamadkan sepenuhnya di Mahkamah Persekutuan.

Mengikut struktur sistem perundangan di Malaysia, Mahkamah Persekutuan adalah yang paling tinggi berbanding keputusan mahkamah-mahkamah yang lain. Belum selesai kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ia disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengenai keputusan hari ini dan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan dibuat,. Saya tiada ‘personal’ dengan sesiapa… tiada rasa kecewa atau suka dalam kita menyiasat apa-apa kes,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang memberi reaksi agar Syed Saddiq dan keluarganya terus bertenang daripada terus membuat tuduhan dan andaian yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bila ibunya sendiri mengeluarkan kenyataan yang agak kurang baik bila menyifatkan Syed Saddiq dianiaya, malah Bella pula membuat kenyataan mengenai jodohnya dengan Syed Saddiq. Masih terlalu awal untuk membuat kenyataan sebenarnya.

Menurut Sharifah Mahani, memberi peringatan bahawa setiap perbuatan zalim pasti ada balasannya.

“Bagi mereka yang menganiaya anak saya, saya berdoa agar Allah memberikan mereka hidayah. Hidup ini sementara, bukan untuk selama-lamanya.

“Janganlah kita aniaya orang lain, kerana balasannya bukan hanya di akhirat, tetapi boleh datang di dunia ini juga.

Kenyataan ibu Syed Saddiq ini dilihat pra matang sedangkan keputusan Mahkamah Rayuan itu sebenarnya belum lagi muktamad selagi kes itu boleh lagi dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Keluarga Syed Saddiq diminta bersabar dan tidak membuat kenyataan awal yang akhirnya akan memakan dirinya sendiri.

Back To Top