Kenyataan Tergesa-Gesa Timbalan Menteri Komunikasi Beri Impak Kepada Hubungan Luar Malaysia-US-China

Semasa berada di forum Strategic AI Infrastructure: Trusted, Sovereign and Global, 19 Mei 2025, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching mengumumkan penggunaan teknologi cip Huawei Ascend dan DeepSeek. Model ini, menurutnya, akan dikawal secara “berdaulat” oleh Malaysia dan rakyat Malaysia.

Hanya sehari sahaja, pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri itu telah mendapat reaksi balas daripada Amerika Syarikat,  pada 20 Mei, David Sacks, penasihat AI kepada bekas Presiden AS Donald Trump, segera memberi respon, memberi amaran tentang pelanggaran polisi kawalan eksport AS jika Malaysia menggunakan cip AI dari China.

Selepas respond daripada David Sacks, Kerajaan Malaysia mengumumkan penarikan balik pengumuman YB Teo Nie Ching dari hari sebelumnya. Jurucakap Huawei menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menjual sebarang cip kepada Malaysia dan kerajaan belum membuat sebarang pembelian.

Jelas sekali peristiwa ini memalukan negara dan menjejaskan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh berdiplomasi dan penuh seni rundingan politik serta kerjasama serantau. Timbalan Menteri Komunikasi seolah-olah alpa dengan keadaan geopolitik semasa dan seolah-olah tidak tahu perang teknologi yang serius antara AS dan China, terutamanya larangan eksport cip China oleh AS.

Sebagai orang nombor dua di Kementerian Komunikasi, Teo Nie Ching harus jelas membezakan tugasnya dengan tugas Kementerian Digital dan MITI. Bukan sekadar membuat pengumuman dan merasmikan majlis semata-mata.  AI sepatutnya di bawah bidang kuasa Kementerian Digital (Gobind Singh), bukan Kementerian Komunikasi (Fahmi Fadzil). Jadi mengapa Teo Nie Ching yang membuat pengumuman?

Pilihan teknologi yang diumumkan oleh Teo Nie Ching juga boleh dipersoalkan. Cip Huawei 7nm jauh ketinggalan berbanding cip Nvidia 3nm, tetapi Timbalan Menteri Komunikasi kelihatan meminggirkan Nvidia walaupun syarikat itu sudah lama menunjukkan minat terhadap pasaran Malaysia.

Apaka ada spekulasi perjanjian belakang tabir di sebalik pengumuman itu?

Ada dakwaan bahawa individu yang rapat dengan MCMC dan Huawei terlibat dalam usaha menutup perjanjian ini. Dikatakan juga berkait dengan pengunduran pantas U-Mobile dari DNB, selepas dinamakan sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia, dengan Huawei sebagai rakan teknologi.

Jika benarlah ada unsur belakang tabir dan kelemahan pengurusan bidang AI ini, ianya akan memberi risiko kepada industri tempatan. Keseluruhan industri teknologi Malaysia yang dianggarkan bernilai RM138 bilion kini terancam kerana salah urus komunikasi dan dasar yang lemah.

Beberapa  persoalan penting bermain di fikiran captain-captain industri di Malaysia.

“Artificially relevant”: Malaysia kelihatan cuba menonjolkan diri dalam bidang AI tanpa keupayaan sebenar.

“How sovereign is it when only a few close to the ministry have a say on the AI roadmap?”

(“Sejauh mana berdaulatnya projek ini jika hanya segelintir orang dalam kementerian menentukan hala tujunya?”)

“Flying too close to the sun”: Malaysia terlalu ghairah mengejar impian teknologi hingga terbakar oleh realiti geopolitik.

“Jika hanya beberapa individu terpilih yang menentukan pelan AI negara, sejauh mana sebenarnya kedaulatan projek itu?”

Jika ada rombakan kabinet, PMX perlu menyusun kembali Kementerian Komunikasi ini. Meletakkan seseorang yang lebih faham dengan teknologi, budaya dan komunikasi yang sebenar. Nurul Izzah tentu ada calon yang lebih baik untuk mengukuhkan lagi kerajaan MADANI ini bagi kelangsungan beliau sendiri sehinggalah PRU17 nanti.

Back To Top