
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru sahaja membuat kenyataan akan memanggil 23 orang lagi saksi baharu akan dipanggil dalam masa terdekat ini untuk dirakam keterangan berhubung penemuan duit dan jongkong bernilai RM170 juta. Semalam, SPRM sudah merekodkan keterangan 36 individu dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hari ini kecoh di media sosial mengenai dakwaan seorang pengguna aplikasi X bernama Ahmad Khomeini yang mendakwa nama Azmin Ali terkait juga dengan penemuan duit tersebut. Dakwa pemilik akaun X itu lagi, maklumat tersebut adalah dari Menara Dato Onn (Bangunan UMNO di WTC).
Walau bagaimana pun, menurut beberapa penyokong UMNO, ada yang ditulis oleh akauan X itu adalah lebih kepada propaganda murahan yang sengaja mahu mengaitkan duit itu adalah duit parti. Serta mahu memecah belahkan UMNO dengan isu RM170 juta ini setelah Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan duit RM170 juta tiada kaitan dengan UMNO baru-baru ini.

Ada yang mendakwa nama Azmin terpalit kerana ianya ada kaitan dengan duit projek Jana Wibawa yang dibuat pada zaman Abah dan kemudian diteruskan pada zaman Pak Long Mael. Dakwaan ini menjadi lebih kuat bila Mael sendiri dilihat mesra ke arah PN semasa pentadbirannya dan Azmin sendiri dikekalkan dalam pentadbiran Mael semasa dia menjadi PM-9.
Akaun X tersebut didapati banyak memaparkan perihal tentang politik dan banyak menghentam Perikatan Nasional. Paling terbaru nama Takiyuddin juga turut disebut sama. Sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum lagi disahkan oleh pihak Azmin Ali.
