Hebat penangan Dr. Jay Ong Mun Ho CEO & Principal CSA Academy!. Lebih 4000 penjawat awam terpedaya sindiket. Lebih 5 bank bersekongkol. Bagaimana mereka lakukan? Rakyat Malaysia tak tahu wajah sebenar dalang OPS SKY!
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 98 akaun syarikat dan individu bernilai RM22.07 juta menerusi Op Sky setakat hari ini.
Jumlah tangkapan pula melibatkan 21 individu iaitu lapan pengarah dan pegawai syarikat, 12 pegawai bank dan seorang orang awam yang berperanan sebagai ejen. Mungkin lebih ramai lagi terlibat
Sindiket ini dikesan di lima atau enam bank yang beroperasi di Malaysia dengan nilai pinjaman sebanyak RM700 juta. Lebih kurang anggaran antara 0.5 dan satu peratus dibayar kepada pihak terlibat bagi mendapatkan kelulusan.
SPRM turut menyita sembilan unit kenderaan mewah pelbagai jenama, wang tunai RM309,400, 17 jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM11.11 juta, lima beg tangan mewah (RM431,256) dan lima set barang kemas (RM50,000).
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A), Seksyen 17A (a) Akta SPRM 2009, Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.
Op Sky membabitkan siasatan penggubahan wang haram hasil daripada kegiatan rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan pinjaman peribadi.
SPRM turut melakukan Op Trust bagi mengesan sindiket melibatkan syarikat yang didapati menyeleweng unit amanah untuk kepentingan peribadi.
Op Sky dan Op Trust merupakan isu masyarakat berkaitan dengan aspek kewangan dan perbankan di Malaysia.
Siapa Dr. Jay Ong CEO dan CSA Academy?
Diasaskan oleh Dr. Jay Ong Mun Ho yang mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan berjaya terlibat dalam pelaburan sektor makanan dan minuman, e-dagang, pendidikan, dan teknologi. Beliau berkata telah menerima pelbagai anugerah dan penghormatan dalam bidang keusahawanan dan pengurusan kewangan, termasuk Malaysia G Forty Top 40 Awards 2022 dan Extraordinary Business Recognition Award 2022.
Kempen iklan mereka hebat menggunakan artis Malaysia dan bekas angkasawan Malaysia.
CSA Academy menawarkan platfom tersedia untuk individu meluahkan segala masalah berkaitan kewangan dan bersedia menjadi pendengar serta pembimbing pada setiap masa. Tujuannya memastikan kehidupan bebas hutang dan hidup lebih terjamin. Inilah tawaran yang mengelabukan mata penjawat awam yang berhutang banyak di negara ini.
Modus operandinya, pegawai bank atau CSA mengenal pasti pelanggan terdiri penjawat awam yang mempunyai hutang lapuk, seterusnya diperkenal kepada syarikat perunding CSA Academy yang akan menawarkan bantuan skim multiple loan.
CSA Academy pula akan membantu menyediakan dokumen mengandungi maklumat palsu yang akan dihantar ke beberapa institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman.
Hasil siasatan juga menunjukkan CSA Academy akan mendahulukan wang kepada peminjam untuk melangsaikan hutang dan selepas pinjaman diluluskan, peminjam perlu membayar balik pendahuluan itu, manakala baki pinjaman dilaburkan dalam satu skim pelaburan.
Maklumat lengkap mengenai CSA Academy boleh dilihat dalam profail.