Syarikat IJM Jadi Alat Money Laundering Zaman Ismail Sabri?

Khabarnya di London, Britain’s Serious Fraud Office (SFO) sedang membongkar urus niaga kotor melibatkan syarikat Malaysia yang dipercayai jadi money laundering zaman pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Nama IJM kini timbul di tengah skandal, bukan kerana kejayaan luar biasa, tetapi kerana pembelian pelik yang mencurigakan pada zaman Keluarga Malaysia.

Bayangkan, syarikat Malaysia sanggup labur £50 juta (±RM310 juta) untuk membeli 50% pegangan dalam IJM UK walhal syarikat itu sudah pun rugi lebih £80 juta (±RM496 juta) dalam tempoh 2022–2023.

Tiada pelabur waras akan curah duit ke tong sampah macam ini, melainkan duit itu bukan duit mereka, tapi duit rakyat yang disapu dari kantung negara. Konon dilabel “pelaburan strategik”, hakikatnya ini tak ubah seperti menukar warna darah rompakan jadi wang ‘halal’.

SFO kini mengorek satu persatu projek di UK yang dikaitkan — hartanah mewah, pembangunan bercampur, projek rel bernilai lebih £3 bilion (±RM18.6 bilion), termasuk bangunan bersejarah di tengah London.

Semua ini nampak gah dalam brosur, tapi sebenarnya hanyalah sarang basuh duit bertaraf antarabangsa.

Di Malaysia, SPRM sedang menjalankan siasatan paralel, memburu jawapan kepada kehilangan £119 juta (±RM738 juta) dana awam semasa era Ismail Sabri.

Setakat ini, hampir £30 juta (±RM186 juta) aset telah disita: jongkong emas, wang tunai pelbagai mata wang, dan barangan mewah bertimbun. Paling jijik, ada bukti wang ini disalurkan untuk membiayai kempen politik bagi membeli kontrak infrastruktur. Inilah demokrasi versi Malaysia — projek bukan dimenangi kerana kelayakan, tapi kerana siapa yang mampu hulur ‘modal politik’ paling tebal.

SFO dan SPRM kini berkongsi dokumen, jejak transaksi, dan maklumat risikan untuk menjerat jerung di belakang semua ini.

Modus operandi? Sama seperti 1MDB, guna syarikat sah di atas kertas sebagai topeng, guna pelaburan luar negara untuk mencuci dosa kewangan.

Bezanya, kali ini nama IJM sudah terpampang dalam radar antarabangsa.

Persoalan yang membakar hati rakyat: adakah Malaysia cukup berani menyeret muka-muka besar ini ke mahkamah, atau kita akan saksikan skrip basi seperti biasa — kes tergantung, bukti bertimbun, tapi tiada siapa berani sentuh?

PSebab kalau kes ini mati begitu saja, mesejnya terang: rompak duit rakyat, basuh di luar negara, duduk elok-elok dalam sut mahal sambil potong reben projek baru… semuanya halal asalkan kau geng orang besar.

Dan inilah ironi paling memualkan — di negara ini, yang miskin terus disuruh berjimat, tapi yang kaya hasil rompak terus bertambah gemuk… sambil bersembunyi di balik nama syarikat gergasi seperti IJM.

Back To Top