KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2025 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek telah dilantik semula sebagai Pengerusi FELDA.
YBhg Dato’ Sri menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui FELDA.

Pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA menyambut baik pelantikan semula ini dan yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek akan terus membawa Kumpulan FELDA melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia MADANI.
Pada 30 Jun 2025 lepas, YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek secara rasmi menamatkan kontrak dua tahun sebagai Pengerusi FELDA. Dalam satu kenyataan, FELDA merakamkan ucapan penghargaan atas khidmat beliau yang dianggap “luar biasa, konsisten dan berani.”
Majlis terakhir sebelum ini adalah mesyuarat pengurusan FELDA – simbolik penutupan tirai seorang pemimpin yang membawa reformasi dari dalam.

“Saya datang bukan untuk glamor, tapi untuk bawa FELDA ke arah yang lebih dihormati…” – Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ayatnya ketika majlis terakhir pada 30 Jun itu.

Kini disambung semula sebagai Pengerusi, menggantikan Tan Sri Idris Jusoh sejak 1 Julai 2023 yang lepas. Antara perkara yang dilakukan Shabery ketika berada di Felda adalah Shabery mempercepatkan penyahsenaraian FGV Holdings Berhad dari Bursa Malaysia. Ia satu langkah yang:
- Mengembalikan semula kawalan FELDA terhadap syarikat strategik,
- Mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan,
- Menghapuskan persepsi negatif terhadap pengurusan lampau.